thank you!!!

Tuesday, September 2, 2008

selamat berpuasa!!!! dah lama tak blogging kan... bila dah kerja nie, rasa macam best jer kalau dapat g spa, holiday kat tepi pantai tapi masa tak de lak. 1 malam pun takpe. :) last school holiday, my family g vacation kat damai puri 2 hari 2 malam. tapi aku....1 malam jer sebab dah apply cuti hari lain. holiday nie buat last minute so tak dapat apply cuti. nasib baik lah tak jauh macam puncak borneo tue..dapat gak drive g office. khamis petang baru aku bertolak. tue pun balik tergesa-gesa. malam tue g dinner kat situ. well, the dishes tak lah variety lah. mostly seafood. yelah, tepi pantai kan.. :) malam tue aku realized sumthing, rupa-rupanya dalam banyak2 makanan, aku tak boleh makan kepah rebus. baru i tau !!! kalau kepah yang dimasak tue boleh masuk lagi. kalau yang rebus, macam licin jer masuk tekak... whew!!!! menarik lah cara dier letak kepah tue, letak dalam sudu jer. so, nak makan, ambil sudu tue jer, satu sudu, satu kepah lah. sorilah tak sempat nak snap pic sebab hp low batt lah pulak. :)) malam tue memang best lah tido, tak yah aircond. rasa macam tak nak g office lak. tapi kena g gak sebab hari sabtu tue dah apply cuti. hopefully, nanti dapat pergi lagi. ala, tak jauh pun kalau drive, 1 jam jer.
next saturday lak, aku cuti sebab ada table test spa untuk ptd. tempat nyer punya lah jauh. padahal sekolah kat rumah aku pun jadi pusat exam gak, yang aku lak dihantar nun jauh di puncak borneo. padahal, bukannya tak kasi alamat. yang g sana pun mostly yang stay dekat2 dengan puncak borneo. hopefully pass lah walaupun susah giler. kalau tak, nak apply kat spa tukar tempat ujian. :((
aha!!! the best part is, my colleague dah berkahwin the next sunday, so ramai2 lah g majlis bersanding dier. dier nie pengantin paling kecoh yang pernah aku jumpa, atas pelamin pun sempat bercakap lagi. :)) tapi tak lah bercakap sampai riuh satu rumah, ala2 berbisik gitu. tapi, bukan ker kalau jadi pengantin, kena kontrol kan. :)) dier nie memang, kat office pun kecoh, bila dier takde, sunyi lak office . :)) nak tengok pic tak?pic yang lain aku letak karang lah sebab kat hp member. member tu pun upload kat laptop lagi. TADAAAAA!!!

Saturday, August 16, 2008

yea!!! yea!!! yea!!! mqa visit was superb! no negative comments!!!! alhamdulillah, tak sia-sia aku n the gang stay back kat office sampai pukul 10 malam, 7 days per week, at first memang kelam kabut, tak tau nak buat apa. tapi sekarang dah tau yang mana kena settle dulu.. :)) mqa visit for dtmp bila-bila masa jer. abis settle mid term nie, nak settle documentation dtmp lak. 2 hari mqa datang, 2 hari jugaklah aku makan free. :))

first day
breakfast - mee jawa
lunch - nasi ayam penyet (pedas giler beb!!!!)
tea - kuih selorot, kuih ketayap n onde-onde

2nd day
breakfast - laksa sarawak
lunch - nasi padang (ada yek, nasi padang kat kuching?)

takde tea sebab lepas lunch, mqa panel dah balik. lepas mqa, barulah aku berpeluang makan malam di rumah. best nyer... before nie, balik umah terus tido... :))

Thursday, July 31, 2008

MQA!!!!!!!! gerun bila dengar nama tue. huhuhuhuhuhu...my programme next month. documentation tak abis lagi. malam semalam dah stay kat office. buat kerja. ala, bukan aku sorang jer. ramai lagi yang lain. tapi kan best jugak balik lewat malam, takdelah sesak time driving. seronok betul bila driving. :)) malam nie stay lagi. takpe, lepas nie nak pergi makan ice cream kat iglool. hehehehe...pas tue balik office buat kerja balik. kalau ada masa, aku bloggy lagi.

Sunday, July 27, 2008

hari aku buat aper ek????ha!!!!aku g office. i spent my weekend at office!!!!walla!!!!mestilah bukan aku jer...giler aper kerja sorang2 kat office hari ahad. :) ramai lagi especially programme manager n mqa comittee. this coming august, mqa untuk programme aku lak. taklah ikut office hours :) sambil buat kerja tue sempat gak korek rahsia. so, sekarang bukan rahsia lagi dah. :)) final year student dah buat thesis presentation. ah!!!my ex lecturer datang juger. jadi panel. sempat lagi tukar cerita. aha! ingat lagi tak mamat 'pesona bintang' tue??? tak abis belajar lagi tau!!! :)
nak story pasal presentation pulak. memang haru biru. mula nyer smooth jer pastue bila nak abis tue, ada student yang pertikaikan kenapa kena buat 4 hard cover. ello!!! aku buat 4 hard cover tak bising pon!!!!macam biasalah, macam2 alasan. ada 2 perkara yang buat aku bengang,
1. kurang ajar depan my ex lecturer. tinggikan suara macam orang buat demonstrasi jalanan
2. mempertikaikan title thesis yang diberi, seolah2 tajuk yang diberi tue memang cikai. kiranya thesis tue bila dah print layak buang dalam tong sampah jer.
next day, aku consult student tue. sapa tak bengang beb!!!masa tue memang dier langsung tak pandang muka aku. nak protes lah konon. ingat aku takut aper!!!!lama gak aku cuci dier. kebetulan pulak, lepas tue, turn dier lak...aku nak tengok lah kan presentation thesis cikai dier tue. kebetulan lagi, bila abis present, suma panel serang dier. lama gak dier menjawab kat depan tue. thesis cikai, presentation pun cikai lah. terkantoi pulak dier nie. pendek cerita, aper yang dipresent bukan apa yang dibuat so banyak lah part yang boleh diserang. aku pun join serang menyerang nie. tak abis lagi ok. lepas present, ada pulak dier hantar sms kat aku. mesej tak puas hati. lantak ko lah labu!!!markah thesis pun keluar lagi. aku tak balas pun sebab kalau aku balas, aku pun sama level macam dier nie. bila tak balas, makin dier sakit hati so hantar pulak sms aduan kat supervisor dier. kata macam2 lah apsal aku. aku dah explain apa yang berlaku. supervisor dier pun dah explain budak nie memang bayak alasan bila buat kerja. suruh cari info sikit pun dah mengeluh. aku pun ada gak tak puas hati kat lecturer dulu tapi tak ader lah sampai nak hantar sms. macam budak kecik. yang lucu tue, siap bagitau tak nak buat thesis lagi. :)))) kalau ko kat tempat lain, dah lama ko fail!!! aku nak tengok dier nie sampai mana. tegur sikit pun tak boleh!!!hello!!!kalau macam nie lah perangai ko, aku jamin lah ko tak akan hidup aman. biar jer. ko belum facing lagi real life. baru kena tegur dah 'merajuk'. hahahaha!!!agaknya kalau boss tegur, mesti terus hantar surat resign!!!

* ada yang comment, bila baca blog aku nie, bernafas dengan kencang. alamak!!! kena stand by ambulance nie. neno!!! neno!!! neno!!! :))) anyway, thank you!!! blog nie lah tempat aku lepas geram. aku bukan style bila geram, hantar sms!!! :)))

Thursday, July 17, 2008

ari nie penat walaupun x lecture sebab ada program kat kolej. so, my students ada buat pameran n presentation. aku kagum ngan semangat student aku. beria2 buat kerja n kreatif, sampaikan ada satu part tue, aku pun tak terfikir nak buat macam tue. time lunch, aku belikan student aku kek. ceria betul bila aku bg kek tue. :) itu jer yang mampu aku support. sepanjang program, aku realized something special. apa ek? ada student aku memang lemah dalam akademik tapi time program, memang supportive abis. ada yang join pantomen, ada yang explained macam mana nak buat cpr. :) okay lah kan. since aku handle problematic student, macam2 problem yang aku jumpa, sampai ada yang beyond expectation. sebab tu ada masalah dalam study. bukan diaorang nak pun jadi macam tue. ada sebab lain yang jadi macam tue. bukan salah diaorang pun. bila aku dah detect problem student aku, alhamdulillah, aku dapat handle diaorang dengan baik. student macam nie tak boleh main serang jer. kena approach betul2. opsss...tolak anak raja tue ek. :) yang tue memang aku angkat bendera putih!!! aha! aku dah antar resume kat.... adalah tue. biarlah rahsia. doakan aku k. harap2 berjaya. insyallah. aku janji, kalau aku dapat kerja lain, 1 whole secret recipe cake bersedia untuk dinikmati!!!! aku dah bagitau ari tue kan...ha!!!!apalagi, doakan aku dapat kerja lain. amiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Tuesday, July 15, 2008

lama aku menyepikan diri...bukan merajuk ok, cuma bz jer. :) apart from tutoring, ada lagi kerja admin...filing lah tue. uruskan pasal student affairs lah. mana lagi yang suka cipta masalah. kepala boleh jadi sewel!!! sekarang nie aku dah settle pasal student atttendance. nama stduent pun dah dihantar untuk key in dalam sistem. total stduent aku semester ini, average lah 170. sebab tue kuiz aku suruh isi tempat kosong jer, senang n cepat sikit nak check.lab report buat in group. assignment pun aku bagi in group. kalau asssignment yang senang, buat individu. masa start kerja dulu, memang kelam kabut lah. key in markah memang last minute. sekarang nie dah ok skit. yelah dah ada experience. :) tapi kan, dalam bz aku tue, sempat gak intai2 job lain... :) my boss pernah kata, u hav ur right to get better job n i hav my right to get better worker than you. ha!!! mendalam n sinis kan... sekarang boleh lah mention macam tue. bila ramai yang resign, mulalah mengelabah cari staff. ada staff tak dijaga n dihargai. takpelah, aku percaya ada rezeki lain di luar sana. aku dah usaha n sekarang bertawakal sahaja. insyallah, aminnnnnnnnnn...

Friday, July 4, 2008

2nd entry in a day!!!! sebabnya ada 2 berita gembira. first dah dapat copy academic transcript. so, boleh lah buat permohonan pengurangan mara n aktiviti tambahan. :)) actually the fax copy tue untuk buat pengurangan tapi my boss terus ambl letak dalam personal file aku. :)) terpaksalah PA dier buat copy.
2nd nyer lak, aku dah dapat green light untuk bagi pengajaran pada anak raja tue. my boss dah bagi decision. mestilah decision yang baik lah kan. bermakna aku tak perlu jumpa lagi anak raja tue semester depan. yahoo!!!! aku rasa itu pun jalan yang terbaik. biarlah dier berjuang di luar sana. yelah, bukannya guna duit aku pun. duit bapak dier. so what?!!! before nie pun anak raja tue dah bagitau aku, itu duit bapa saya! suka hati saya lah!!! jaga duit bapa sendiri!!!! hello!!! aku pun tak teringinlah ngan duit tue. cuma bagi nasihat jer. daripada buang duit bayar for sumthing yang takde hasil, baik guna untuk benda lain. maybe dah berkepuk duit sampai tidur pun beralaskan duit kot.tue yang keluar duit macam buka paip. so fine!!!! tengah ada duit nie dapat jaga, kalau dah takda, silap2 ko pun tak terjaga. :))
finally, semua mentee aku dah settle registration. semuanya ikut action plan. cuma ada sorag dua tak nak drop subject tapi pointer teruk, so aku suruh isi borang mentor mentee report. report tue adlah bukti jika pointer student tue jatuh menjunam lagi, itu bukan responsible aku lagi. :)) walaupun semua mentee aku problematic, tapi bila consult betul2, actually ok sebenarnya. cuma malas, nak kena suap sekali. aku nak story pasal sorang student nie.yang abnormal, langsung tak makan saman. datang sini, nak bersukaria jer. skip kelas, banyak alasan, pas tue nak layanan macam anak raja. korang bayangkan ek, boleh dier suruh kawan dier pesan kat tutor suruh ambil jadual anak raja nie. amboi!!!! banyak cantik muko ko!!!! mestilah aku tak buat kan.orang macam nie biar jer, tak payah ditolong.bila call parent baru nak datang jumpa aku.kena ikut prosedur rupanya. :)) bila bagi nasihat, kurang ajar lak tue. sekarang boleh lah nak bergembira, nak duit, terus bank in, nak apa2 terus dapat,once parents dah takda,baru tau langit ni tinggi ker rendah. masa tue baru tau, macam mana nak hidup. boleh ker survive dengan attitude macam tu. yang parents dier lak, dah tau anak macam tue, buat aper lah nak biar lagi bersukaria di sini. makin lah naik lemak. mungkin lah itu cara parents nak menunjukkan kasih sayang tapi, kasih sayang macam tue dah menghancurkan life anak dier sendiri. kalau anak yang tau nak appreciate takpe gak. nie dapat yang macam nie....takpelah, bier jer lah. enjoy lah sampai puas ok!!!! don't know, don't care!

Monday, June 30, 2008

walla!!!dah lama tak blogging...as usual, bz tahap gila. mqa will visiting us somewhere on august. lots of work should be done. documentation kena prepare sumer. macam biasa, yang kena blame nanti all of us here. buat kerja ker, tak buat ker, sama jer. kena bambu gak. :(( aha!!! pernah tak jumpa insan yang kuat berdendam tahap dinosour? aku dah jumpa!!! dendam dier nie sampai tahap tak kenal siapa kawan lagi dah. tak kiralah kalau once he or she pernah jadi kawan then once bila he or she dapat naik ke satu level, so dier nie mulalah nak blame. hello!!! bila u dah tak ngam dengan other person! please lah jangan hasut orang lain ok!!! sekarang aku dah nampak, apa yang dier kutuk orang dulu tue dah berbalik dengan diri dier sendiri. betullah kata orang, bila kita kutuk orang, tak mustahil apa yang dikutuk berbalik pada diri kita sendiri bak kata 1 jari menunding kat orang lain, 4 jari pulak menunding diri sendiri. baru sekarang aku dah realized attitude sebenar dier nie. i dont mind and i dont care about u anymore ok! kalau tak nak suka buat sesuatu, diam2 jer lah. yang hasut orang lain ikut attitude yang tak berakal tue apa kes?!!!! aku dah realized kalau before nie dier revealed keburukan orang depan aku, tak mustahil dier akan revealed keburukan aku depan orang lain pulak. takpe...orang macam nie tak akan jumpa kawan sejati lah. i bet u!!!!

Wednesday, June 25, 2008

pejam celik, dah start semester baru. long semester lak tue...kiri, kanan, belakang, depan, aku nampak student jer :) ...kolej pun dah macam tin ikan sardin. i need fresh air!!! okay, i teach 2 subjects for this current semester. nasib baik lecture semuanya pagi. ada 3 hari lecture pukul 7.30. gamaknya aku sama ngan cikgu sekolah lah pulak. tapi takpe, takde kelas sampai lewat petang. ye lah, tak lama lagi nak puasa kan, so kalau kat sini 6.30 tue dah kira senja plus dapat lak tengok ezora unless ada yang dengki, irihati tak nak aku balik awal. ada jer aktiviti tambahan. :) kiranya semester nie agak tough bagi aku sebab kena handle problematic students. semua tue dah didaftarkan jadi mentee aku. total 40! silap2 aku yang jadi problematic staff. :) hopefully all of them dapat lah survive especially yang dah hampir-hampir nazak tue. u can if u work hard and less complaint!!! kalau tidak bertambah lah kerja nak report nanti. ha!!! yang sorang aku memang redha good bye jer lah. tak nak tolong diri sendiri tapi mengharapkan orang lain. sampai bila wei!!! dah penat aku layang kerenah dier nie...takpe...one day, baru kau tahu susahnya kehidupan nie...sekarang boleh nak main2. ur time will come and i will wait and see u how u can survive... good luck!!!

Saturday, June 14, 2008

bila nak sumthing, please respect other people's feeling ok. please dont get me wrong. bukannya berlagak, tapi faham-faham sendirilah. one more thing, jangan lah jadikan aku mangsa disebabkan orang lain. if u hate certain people, its ur choice, ur right but please dont involved other person. aku tak pernah minta diberikan apa-apa post. semuanya dah ditentukan oleh management. as a staff, ikut jer lah kan unless im the boss. please support me and friends here ok. bukan ku minta jadi begini :)
18 june dan start kelas. my total credit hours is 24. dapat bayangkan tak? 24 credit hours for 5 days. setiap hari ada kelas. hari sabtu, working hour dari pukul 9 sampai 1 jer. tapi aku kena ada kelas tengahari until 6.30 pm. so, bila cuti gawai jatuh hari ahad plus time student cuti plus cuti sekolah lagi, aku ambik lah annual leave extra 3 days. so, jadilah seminggu. itu jer time aku boleh dapat cuti. kalau mintak leave time ada lecture, kena buat class replacement. nak kena booking kelas lagi. before tue kena consider jugak, student available ke tak. time aku free, student pulak tak free. time student free, aku lak tak free.leceh lah!!!! student pun tak kan datang yer. yelah, time lecture lagi boleh skip, lagilah class replacement. itu jer masa yang paling sesuai. lainlah kalau teaching load sikit, ada gak hari takde lecture langsung. boleh gak kalau nak ambil leave. memang adalah kerja yang tak siap lagi for mqa. kerja tak akan siap unless nak resign. :) aku cuma ambik sedikit masa untuk rest. salah ker? kenapa tak buat jer kerja kat rumah, sedangkan ambik cuti seminggu. hello!!!! aku dah mention kat entry before nie, tujuan aku cuti sebab nak rest. kalau bawak file ke rumah, baik aku tak payah jer ambik leave. faham faham sendiri lah. kenapa selama nie tak buat? okay, bila nak buat ada kerja lain yang lebih urgent. lainlah kalau aku ada PA, takpun aku yang jadi boss! rasa sedih, marah, kecewa, bila ada yang pertikaikan aku ambik cuti. aku cuma manuasia biasa, bukan robot n i need quality time for my family.

Wednesday, June 11, 2008

dah start keje...firstly settle moderation file n report....tak muat satu paper file... :) dari pagi sampai petang, keje aku setia bersama mesin fotostat sampai mesin jadi bengong. ingatkan dapat lah siap, tapi tak juge. yelah, kalau dah fotostat banyak, mesin dah mula buat perangai sampai ada yang missing, so kenalah fotostat sekali lagi. pas tue buat report lak. finally siap jugak... :) time busy wat report, ada lcd preparation workshop, so sambil tue buat report n workshop sekali. multi tasking beb... yang lain2 tue dah settle mqa documentation. pukul 11, perut dah berdondang sayang, biasanya kalau ada workshop, lunch provided. kali ni, nasi beriani. lauk pulak kari ayam, rendang ayamm n acar. sedap lah... yelah tengah lapar. around 6.30 pm, dah balik sebab nak tengok ezora. miss lah 15 minit. suka episod kali nie banyak klimaks, antaranya leeya dah tau reza berkahwin dengan ezora, mak leeya and adreen masih hidup lagi, ezora dah bercerai... biar ezora dengan adreen jer. fuh!!!! suka! suka! suka! balik umah tue bawak sekali file moderation sebab nak punch and susun elok2. time tengok berita n sindarela, tangan nie sibuk buat punch hole...malam nie kiranya direct lah cite best. lepas sindarela, mr mama, intan asmara n paling best sekali, viceversa. bestlah viceversa, dialog taklah skema macam sembilu tue... :)) yang paling best sekali, friendship diaorang nie kuat sangat. lagi kuat dari marriage relationship.yang paling sedih, bila part norin keguguran. nampak sangat alex frust... :(( ending dier macam last episode jer. :(( xpelah, kalau dah abis viceversa, boleh abiskan buku hillary clinton tue. hehehehe

Saturday, June 7, 2008

walla! my holiday dah nak abis dah...starting from next week, bertungkus lumus lah nak settle documentation for mqa plus buat preparation untuk mengajar lak. well, aku dah immune ngan semua benda tue. :)) my mum dah balik dari aussie last friday. she bought me 2 shirts, handphone accessory and TADAAAAA!!!!
AND.....

i love it!!!! suka nyer....buku nie takde kat malaysia, so memang time yang baik lah bila my mum bercuti di aussie...first time bila sms my mum tue, cuma bagitau nak once i was a princess jer, then my mum reply balik, which one u want? once i was a princess or since i was a princess? bagitau my mum either one lah tapi kalau beli 2-2 lagi bagus... hehehehehehe....actually, tau pasal buku nie kat internet. bila review macam best jer.... memang tak sangka lah dah jadi hak milik kekal.... tak sabar nak abiskan autobiography living history hillary tue.... pastu tak tau nak baca yang mana satu lak.... ada 10 lagi buku yang belum dibaca plus yang ini dah jadi sedozen. small matter lah... i can do it!!! aja aja fighting!!!



Thursday, June 5, 2008

apa tujuan cuti ekk? budak sekolah ada cuti, boss ada cuti, big big big boss pun ada cuti. staff biasa pun ada cuti. tukang sapu sampah pun ada cuti. PM pun ada cuti. ada cuti raya, tahun baru cina, deepavali, krismas, gawai dan lain lain lagi lah. nape kita diberi cuti? ada orang kata, cuti tue g melancong tak kiralah local atau oversea. memang betul pun. tak semestinya cuti tue kena g melancong. kalau juz lepak jer kat umah, cuti jugak. bagi aku lah kan, cuti tue time nak spent more time with family. dalam kepala nie tak ada fikir apa-apa hal yang ada kaitan ngan kerja, sebab kalau dalam kepala masih lagi fikir pasal kerja, better jer tak payah cuti. :)) mungkin bagi certain people, tak perlu cuti, workholic lah. keja hari2. tats fine lah kan. bukan paksa pun suruh kerja. but ada certain people, yang perlu cuti. nak rest kan otak, lain orang lain attitude lah kan...

actually tak tau nak blog aper, so merepek lah pasal cuti nie sbb aku pun tengah cuti. ye lah, cuti aku dah dicerobohi. :))

Tuesday, June 3, 2008

lama dah tak blogging, biasalah tue...bz jer memanjang. hari2 angkut laptop g office, takde nyer nak pakai... short semester nie mmg singkat.pejam celik dah final exam... mana nak check paper lagi, buat itu ini, buat exam file lagi... meeting lagi.. dah abis final nak kena wat pre board, post board, apa2 board lah.. :)) tats life lah kan... aha!!! nak wish sumthing

HAPPY GAWAI !!!!!

kebetulan pulak cuti gawai jatuh time student cuti n paling best nyer jatuh hari ahad, so ada peluang lah nak ambik cuti... so aku apply 3 days annual leave...kalau ambik cuti time student ada, kena replace kelas pulak...well, i need rest lah... mana tahan hari2 tengok file jer... mungkin ada yang boleh, but not me lah... kebetulan lak cuti sekolah, so i can spent time with my cousins... my mum pulak bercuti di aussie ngan member dier... bestnyer...well, bila pulak time aku nak bercuti di aussie...huhuhuhu...last night sms kat my mum nak pesan beli buku once i was a princess by jacqueline pascarl...buku tue takde kat malaysia nie...before my mum fly tue, tak tau nak pesan aper... baru jer semalam teringat pasal buku nie...before nie dah baca buku raja bahrin tue.. pinjam kat libary... nice book... opss...tambah lagi satu koleksi buku yang belum dibaca.... sekarng nie tengah nak abiskan autobiogtaphy living history hillary rodham clinton. dah abis buku nie, baru baca yang lain2 tue... :))


Tuesday, April 29, 2008

as usual, during mid term, selain mengajar tutor juga kena jadi invigilator. so, macam-macam attitude student lah especially bab rambut for male students. nowadays, fashion pun pelbagai so macam-macam style rambut ada. so, bila jadi student, kenalah ikut rules lah kan. pergi mana-mana pun ada rules. bila time exam, ikutlah rules time exam. once u follow the rules, should be no problems....easy right? mid term cuma 5 hari jer. ada jer student yang fashion rambut mcm hong kong superstar tapi bila time exam, boleh jer betulkan rambut tue...tak mengerbang macam hantu pun...smart jer...bila dah kerja, ada rules juger. tak mati pun kalau rambut tue smart, tak hilang macho pun ok.cuba fikir, bila tak dapat masuk exam, u consider FAIL, nak repeat ker sebab rambut sahaja. waste ur time, kan?

BILA NAK SERIBU DAYA, BILA TAK NAK SERIBU DALIH

Sunday, April 27, 2008

ada satu benda best bila dah ader income sendiri nie... the best part is i can afford to buy lots and lots of storybooks... sebelum nie, nak beli kena fikir 2 3 kali...hehehehehe...plus i had 3 member cards from 3 different bookstores, mph, times and popular...walla!!! mph pulak baru jer buka kat the spring, kuching....HASILNYA!!!!!!

tak tau ler bila nak abis baca sumer buku nie...during my old days, i can read one book in 3 days!!!! nowadays, one book in 3 weeks!!! buku dah berlambak, so dah stop beli storybooks... no more shop around kat any bookstores...sebab kalau dah masuk bookstores, at least ada sebuah buku berjaya dibeli!!! tats me!!!

Thursday, April 24, 2008

my first entry!!!

MQA DKE dah settle. coming next!!!!! DTMP!!!!!! walla!!! fail masih lagi berterabur... hopefully dapat settle before MQA datang melawat. sumtimes rasa nak study lagi kat msu tue... pergi kelas, balik kelas, makan2 depan tv....download games...viewed youtube...gelak2 ngan hommies... but times changes, peoples changes.. tats life, babe... sekarang dah kerja... ada 3 kerja yang urgent and important


1. lab reports, ada 5 lab reports...kena antar kat shah alam before 3oth april

2. check paper mid term, there are 61 sets... 3 days starting from 26th april

3. assessment file, ASAP!!!


well, guys, wish me luck!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...