thank you!!!

Showing posts with label showtime. Show all posts
Showing posts with label showtime. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

hafalan shalat delisa

tahniah!!! satu lagi movie hebat selain laskar pelangi. layan movie nie kat astro first. penuh pengajaran dan keinsafan. ditambah lagi dengan pemandangan yang cantik oppps, tolak yang scene guna CGI hokay. CGI macam kartun lah pulak. filem ini diadaptasi daripada novel tere-liye. memang kesan tsunami ini sungguh hebat. baik dari segi mental mahupun fizikal. tetapi seorang kanak2 mampu melihat kesan tsunami daripada sudut positif. kalau aku di tempat delisa, aku pun tak akan mampu tersenyum apatah lagi bermain bola. wajah delisa yang innocent sungguh memikat hati. :) jalan cerita yang mudah tetapi menyentuh perasaan. dalam banyak2 scene, scene delisa memanggil penduduk kampung membeli mi pak cik acap memang kelakar lah. scene yang paling sedih apabila delisa bermimpi berjumpa umminya. backdrop scene tue memang cantik. gambaran seperti di syurga. air terjun dan sungai susu. watak smith dan sophie yang melayan delisa dengan baik menggambarkan bangsa dan agama bukan ukuran. alangkah baik nya jika semua bangsa di dunia ini seprti smith dan sophie. tiada lagi peperangan, cuma yang agak peliknyer, watak ustaz rahman, bagaimana ustaz boleh terselamat? nampak tergantung di situ. mungkin dalam novel ada kot. overall, movie nie memang best. erm, takde ke ditayang kat pawagam malaysia? kalau filem indon yang jiwang2, seram boleh pulak masuk dengan senang tetapi mengapa filem sebegini kurang mendapat perhatian? adakah orang malaysia kurang gemar filem sebegini? tepuk dada tanya selera lah.

must grab item!!!

Sunday, December 4, 2011

last weekend dating dengan bella dan edward, weekend kali nie dating dengan hariz dan izzah. before keluar rumah, kitaorang, me and afiqah dah lunch, masih lagi kenyang so cuma lepak kat starbucks.

espresso frappuccino for me and mocha frappucino for afiqah

american baked cheesecake for afiqah

red velvet cake for me

chocolate macaroon for me... there goes my diet plan... hehehehe

okay, sekarang kisah date dengan hariz dan izzah

siapa yang pernah baca novel ombak rindu, mesti teruja dengan movie nie. aku baca novel nie di uni. memang best!!! seperti biasa, bila novel ke filem, mesti jalan cerita berubah. samalah seperti filem lagenda budak setan. mengenai watak, aaron aziz dan maya karin berjaya tetapi lisa surihani macam ada yang tak kena. ada banyak perubahan dalam movie nie tapi so far masih lagi menarik untuk ditonton.

1. makcik izzahm puan hajar digambarkan sebagai seorang yang lumpuh dan baik dengan izzah, tetapi dalam novel, makcik izzah nie seorang yang garang, benci dan cemburu dengan izzah kerana suaminya meminati izzah.

2. hariz pertama kali berjumpa dengan izah apabila kereta hariz hampir melanggar izzah. dalam novel, hariz berjumpa izzah di kelab malam dalam keadaan izzah yang mabuk.

3. hariz menghantar izzah ke sebuah rumah kampung sedangkan dalam novel, izzah tinggal di apartmen.

4. semasa pak dollah menghantar izzah ke klinik, anak pak dollah, najwa ternampak pak dollah lalu menganggap izzah isteri muda ayahnya. najwa memberitahu mak jah menyebabkan mak jah merajuk sehingga mengambil keputusan tinggal di najwa di seremban sedangkan dalam movie pak dollah dan mak jah yang menemui izzah sakit ketika menghantar keperluan dapur.

5. izzah pengsan dalam toilet tetapi dalam novel izzah pengsan dalam bilik tidur.

6. hariz dan izzah kantoi dengan pak dollah dan isterinya ketika berpelukan dalam bilik. dalam novel, hariz dan izzah kantoi ketika pak dollah dan mak jah menemui hariz tidur bersama izzah di rumah pak dollah.

7. dalam novel, hariz mempunyai seorang adik perempuan yang bernama hazirah tetapi dalam movie watak hazirah tidak diwujudkan.

8. gambar izzah bersama hariz yang ditangkap oleh spy datuk sufiah sebenarnya gambar hariz dan izzah berpelukan di koridor apartmen tetapi dalam movie, gambar di tepi kereta.

9. ayah angkat hariz mempunyai isteri kedua dan adik tiri yang bernama musliha. musliha pulak berkawan baik dengan izzah ketika izzah menyambung pelajaran. ketika izzah dipecat dan dihalau keluar dari apartmen, izzah menetap bersama ibu tiri hariz dan bekerja di butik pakaian milik ibu tirinya. dalam filem, izzah menetap dengan pak dollah dan mak jah.

10. dalam movie, datuk sufiah menfitnah izzah mempunyai hubungan dengan mail tetapi gambar dalam movie adalah gambar izzah bersama hudhairi.

11. izzah terlanggar tunggul kayu ketika berlari mengejar hariz sehingga menyebabkan keguguran. dalam movie, kandungan izzah selamat.

12. ketika scene pak dollah memarahi hariz, sebenarnya ketika itu hanya ada pak dollah dan hariz sahaja. datuk sufiah pula mencuri dengar pergaduhan pak dollah dan hariz dan mengalami serangan jantung apabila mengetahui hariz adalah anak angkat. datuk sufiah rebah dan meninggal dunia. sebelum menghembuskan nafas terakhir, datuk sufiah menyebut nama hazirah.

13. rumah pakcik taha terbakar dan menyebabkan kematian makcik hajar yang ditinggal berseorangan di rumah selepas pak taha pula melarikan diri.

.14. mila berjumpa dengan izzah di rumah tetapi dalam movie, di sawah lah pulak.

15. izzah mengutip comel di perhentian bas. tetapi sebenarnya comel adalah hadiah dari hariz lengkap dengan rumah kucing dan keperluan yang lain dengan pertolongan wafiah. wafiah merupakan cat lover.

16. dalam movie, hariz kemalangan ketika mengejar izzah. sebenarnya punca kemalangan tidak diketahui. izzah berpeluang menemui hariz di hospital dengan bantuan sulaiman, pekerja hariz. ketika kemalangan, hariz dalam perjalanan untuk berjumpa izzah.

17. last scene, yang atas bot tue. memang berbeza. hariz dan izzah sedang menonton tv menyaksikan mila menerima anugerah.

18. izzah bekerja dengan hariz usai izzah menyambung pelajaran.

apa2 pun, osman ali berjaya menarik hati penonton dengan scene ladang teh yang cukup cantik. kalau lah aku berpeluang bercuti di ladang teh, best nyer... :)

Wednesday, October 6, 2010


kononnya, hari ahad tue, nak habiskan menyemak paper exam. iyer lah tue!!! tengah syok menyemak, tetiba tv3 siarkan trailer magika, macam best jer... tanpa sedar terus jatuhkan pen, check cinema online, touch up skit2, terus drive g spring... menyemak konon!!! hahaha!!! nasib baik ader membership mbo, tak yah baris panjang2.... terhibur sebab lagu2 yang best... KRU lah katakan. scene pun cantik. cuma mawi jer kaku semacam. the best part, dalam filem nie ada macam2 watak. ada mahsuri, pak pandir, mak andeh, hang tuah and the gang, badang, bawang putih n bawang merah, nenek kebayan, puteri bunian, puteri gunung ledang and last but not least, naga tasik chini. semua nie cerita2 dongeng yang memeriahkan era kanak2 ribena aku dulu. budak zaman sekarang nie, familiar ker dengan cerita2 dongeng nie? buku cerita nie lah yang aku cari setiap kali g library atau book store. :)) kalau harry potter tue, kenal lah kot.. hehehe... lagu yang paling best, time closing. muzik cam closing theme filem duyung jer. watak yang paling best adalah ziana zain. memang garang beb. ada satu part yang buat aku tergelak.. scene ning baizura with sabri yunus. ning (puteri gunung ledang) sedih sebab dah hodoh dan gemuk. dialog sabri memang kelakar. hang tuah and the gang lak cakap utara. so far, filem nie menghiburkan lah. memang kena lah time aku yang pening layan final exam student. lupa jap dengan jawapan student aku yang mengarut2.

Tuesday, January 5, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010
dah masuk 2010, so far, aku masih belum berpuas hati dengan achievement aku... banyak lagi yang perlu upgrade... hahaha...my resolution untuk tahun nie tak lah vasss pun. hopefully better than previous year. cuma ada satu keinginan yang aku rasa tak boleh reveal kat sini. bila dah berhasil, aku update lah. yang ini something yang aku tunggu sangat2. alhamdulillah,hopefully, semuanya akan berjalan dengan lancar. :)

i believed in karma. whatever you do, you'll get it back. one of my friend pernah bagitau aku, sekarang nie tak payah tunggu balasan pd hari kiamat, kat dunia pun dah dapat. cuma lambat atau sekejap jer. kata2 tue yang aku pegang smp bila2. bukan lah nak katakan aku mengharapkan seseorang itu ditimpa musibah or bla bla bla...aku bukannya ada kuasa pun nak bagi bala musibah. cuma sebagai peringatan. think positive okay. the main reason aku melalut nie bila one of my 'old friend' requested aku kat FB semalam, aik!!! kelakar lah pulak. before nie menghilang tanpa khabar berita smp dengar suara aku pun tak nak. agaknya boleh gugur jantung kot. alih2 request aku pulak. to my dear 'old friend' i will forgive but i can't forget.

Monday, December 28, 2009

plan aku christmas day, nak layan movie. macam biasalah, bawak cousin aku tue. nak layan movie muallaf dan alvin and the chipmunks. actual plan nyer, ber3 jer, tetiba jer my mum nak join layan muallaf. nie gara2 tengok trailer muallaf. good job astro!!! muallaf lak takde kat mbo, so g lah star tapi boleh pulak showing time tue tunda ke jan...aiseh, itu macam pun ada ka!!! so, we went to mbo, yeah!!! aku suka mbo!!! sampai sana, fuyo!!!! crowded... aku ingatkan time christmas day, lengang...macam biasa lah kan... barisan memang lah panjang...huhuhu...takpe, aku mesti beli membership card. :)) showing time pukul 3.30 dah full, so proceeded to 5.15. tue pun, setengah panggung dah full. masih awal lagi, so lunch kat manhattan fish market. we ate fish and chips, ewww.... extravaganza oily...so, goodbye manhattan fish market. kalau tau, baik lepak kat secret recipe jer... after lunch, my mum decided balik so, kami ber3 nie, call lah sesapa yang free kat rumah nanti... :))

the movie was great, memang enjoy and funny. the hall memang penuh. baby pun layan movie gak. aiseh!!! aku masa baby dulu, tak pernah layan movie kat cinema. tak sesuailah bawa baby...dah namanya baby, mestilah menangis. nasib baik parents dier bawa keluar, kalau tak, hilang mood aku nak layan chipmunks. lagu2 dalam movie kali nie tak best sangatlah compare dengan first dulu. tapi, theodore memang cute!!!!

after movie, apalagi, tawaf lah satu spring tue. masuk kat health circle. tertarik kat satu product imported from australia. apa yang menarik tue, tagline SLS AND PARABEN FREE. whoa!!! first time aku jumpa skincare yang free paraben and sls. semua ada, foaming cleanser, cream cleanser, moisturizer, lotion, toner, shampoo, shower bath....teruja aku. apart from sls and paraben free, ada satu lagi yang membuatkan aku tak teragak2 keluarkan rm50,


so, aku terus beli foaming facial cleanser, melayang lah rm39.90. takpelah, sekarang nie dah pakai, memang wangi sangat. natural ok. rasa macam pakai aromatherapy oil jer. tenang jer.


kalau ada perubahan, i will update okay!!!

Sunday, November 22, 2009

yepi, at last dapat gak layan 2012 kat cinema. yer, memang berbaloi-baloi. tak rugi quene beli tiket dekat sejam and beli popcorn dekat setengah jam. plus the environment memang superb lah. sampaikan aku rasa macam kat tengok wayang kat one utama. ralat sikit lah sebab masuk lewat skit. ini gara2 nak beli popcorn.satu yang aku tak puas hati kat mbo the spring, ticket counter ada 4 tapi 2 closed. counter popcorn ada 3 tapi 1 closed. maybe kurang staff kot. :)) okay, back to 2012. filem nie memang best and ada part yang buat kita jadi sedih, ada gak ala2 titanic especially bila cruise tue kena tsunami. satu lagi part yang buat aku terharu, president US sanggup menolak untuk masuk dalam kapal bersama politicians yang lain tetapi rela bersama rakyatnya menempuh malapetaka tue. alangkah indahnya dunia nie kalau semua pemimpin macam tue kan. so, sapa-sapa yang belum lagi menonton filem ini, silalah membeli tiket di pawagam berhampiran anda!!! memang berbaloi-baloi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...