thank you!!!

Showing posts with label stress therapy. Show all posts
Showing posts with label stress therapy. Show all posts

Monday, January 30, 2012

juara lagu 26

sambil update blog, sambil tue gak layan juara lagu 26. nape aku rasa tema air macam kurang sesuai jer. macam ada tak kena. semua lagu yang bertanding best2 semuanyer. keputusan penuh juara lagu

Juara Lagu Ke 26

Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

talking about persembahan terbaik, alyah memang layak. aku memang tak expect pun alyah berdiri atas prop tue. sangat kreatif. teringat pulak kat music box aku zaman kecik dulu. ingat senang ke berdiri tanpa gerak sambil nyanyi? kalau aku sure dah jatuh terduduk. hafiz pulak memang layak jadi juara lagu sekaligus vokal terbaik. suara hafiz memang mantap. sejak dari af lagi, suara hafiz memang sedap dan konsisten. memang mantap sejak azali. :) first time aku lihat performance juz pakai t shirt dengan tracksuit. memang sesuai dengan lagu awan nano itu sendiri. siapa boleh pertikaikan lagu ciptaan m.nasir. dalam sejarah AJL sendiri, kalau m.nasir bertanding, mesti menang punyer lah. overall, AJL 26 kali nie biasa saja. yang menyelamatkan AJL 26 adalah lagu yang dipertandingkan semuanyer best dan kerap kali dimainkan di radio tempatan dan juga menjadi lagu tema drama popular tv.

Tuesday, December 6, 2011

kenapa aku suka hari selasa... :)

image credited to fb tv3

Tuesday, November 29, 2011


tada!!! masa untuk bergumbira!!! cuti umum maal hijrah, aku dengan sepupu g layan breaking dawn kat spring. kitaorang g lepas solat zuhur. omg!!! sesak giler nak g spring. jalan belakang pun dah sesak.... nie semua kena fever twillight ker? :) bila aku tengok jln sesak, so aku assume 1 jam aku cari parking. tapi, nasib baik lah pulak, dalam 10 minit dapat parking. :) kitaorang terus g mbo. beli tix kat kiosk. yeah!!! twin seat lah pulak.. :) ada lagi masa 1 jam before breaking dawn, so lunch kat secret recipe. aiseh!! servis lembap lah pulak.... movie time 4.30 ptg, so ada masa nak solat asar. alhamdulillah... aku nie bukanlah twi hard fan... cousin aku tue mungkin lah kot... :) jalan cerita ok lah, banyak story pasal wedding bella and her pregnancy. apa yang pasti, aku jatuh cinta dengan wedding gown bella...

simple, cantik, elegan

i love the lace...

:)

scene yang paling kelakar.. bagi aku kelakar ler... scene edward keluarkan darah dari blood pack untuk bella minum. yer lah... bila aku tengok blood pack, teringat lak keja aku mostly dealing dengan blood pack. :) lepas movie, jalan2 kat spring, hasil tangkapan aku

1. harry potter and the chamber of secrets... yer, aku tahu dah basi harry potter nie, tapi aku masih belum sempat baca buku tapi dah banyak kali tengok movie harry potter. conclusion nyer, jalan cerita dalam buku mostly berbeza dalam movie. :) yang paling best, mestilah buku kan... :)
2. beli to do list pad... iyo lah tue... last2 jadi hiasan jer... :)
3. white tree cleanser dari the face shop. dapat free 1 botol kecik toner white tree dan 1 botol kecik white tree face lotion. actually nak beli rice water cleanser tapi stock sampai bulan depan.

Sunday, November 27, 2011

pegi ke ICT fair di BCCK dengan akmal dan berjaya menangkap

1. seagate external hardisc
2. hard disc case
3. pendrive kingston 4gb

niat nak beli hard disc dah setahun lebih. ingat lagi masa tue plan nak beli sekali dengan efida. konon2 dapat diskaun lah kan.

Wednesday, November 2, 2011








48934 undi



49649 undi

vote di atas pada pukul 9.22 malam, 2 Nov 2011. sila vote siapa yang bakal bersama soffiya. vote kat sini okay. aku dah vote tau. my choice adalah ilyas. nape aku pilih ilyas? sebabnyer...

1. ilyas adalah cinta pertama soffiya
2. ilyas yang bersama soffiya ketika soffiya dituduh membunuh bapanya sendiri merangkap
peguam soffiya.
3. soffiya lebih senang berkomunikasi dengan ilyas sebab ilyas mengetahui sejarah hitam soffiya.
berbanding dengan kamal, soffiya lebih banyak berahsia
4. amanah kakak ilyas, arwah dr noraini supaya ilyas menjaga soffiya.

image credited to tv3.com.my

Sunday, May 22, 2011

image credited to hindi tv.com

MUN MASIH MUDAK
PENYANYI : SAFAR GHAFFAR
LIRIK : ALLAHYARHAM SALLEH MARICAN

Mun masih mudak semua urang suka

Tubuh gik terit didiat mata

Dak urang dara ya dirindok daknya

Macam dak lanyek dengan dak bunga

Dak urang dara sik nyedar dirik

Mun urang laki muji nya kacak

Mun pegi siya-siya nya ngekot juak

Sampei molah sik senunoh

Nya diam ajak

Ooo rang dara!

Ingatlah kitak semua

Jangan ngekot hati mudak

Mun kenak pujuk kitak diam ajak

Sik ‘tak tauk perangei boyak

Mun dapat hal kitak, ditinggal giya ajak

Sik nya ngakuk molah kitak macam yaa…

lagu nie popular era lewat 70, 80 an. aku lahir tahun 1981. selalu jugak lah dengar time2 kecik dulu. sekarang nie pun, lagu nie kerap diputarkan di channel 88.9FM (radio tempatan sarawak) best tau lirik lagu nie, melodi pun best... mesej yang disampaikan lebih kurang sama dengan lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali duet dengan Sohaimi Mior Hassan. bahasa yang digunakan adalah bahasa melayu sarawak. kalau nak dengar lagu nie, search kat youtube ek...

Thursday, November 11, 2010

at last, drama CHINTA dah abis. kahwin jugak dengan rasul iman. tapi ader ker isteri sebaik sadatul saadiah ? faradhiya macam tak sesuai jer bawak watak tue. maybe sebab aku masih teringat lakonannya dalam spa q. macam langit dengan bumi. fasha sandha memang sesuai dengan watak CHINTA. perangai fasha yang suka berparti tue, itu aku tak nak komen lah. yang penting lakonannya hebat. mula2 tengok drama nie, macam kelakar jer, ramai watak utamanya dah 'mati' awal. maybe cerita nie agak biasa bagi sesetengah orang tapi bagi aku, banyak mesej yang cuba disampaikan. lakonan aida radzwill memang annoying lah. dari cara bercakap malah nada suara pun dah cukup membuatkan aku rasa macam nak jerit SHUT UP!!! :) yang paling best, tudung2 yang dipakai semuanya cantik. jarang drama melayu yang mencipta watak chinta yang marahkan ALLAH. walaupun chinta marahkan ALLAH, tapi ALLAH yang memberikan hidayah untuk chinta. aku ingatkan chinta kejam sehingga lah episod akhir tapi jadi baik lah pulak. anyway, drama nie memang ada aura sehinggakan aku sanggup menempuh traffic jam supaya aku sampai umah before 6.30.
p/s yang jahat tak semestinya kekal jahat dan yang baik pun tak semestinya kekal baik. yang menentukan ahli syurga dan ahli neraka bukannya manusia tetapi ALLAH SWT.

Saturday, September 18, 2010

dulu, kecoh dengan mona fendy, mangsanya datuk mazlan yang dikerat 18. kemudian canny ong yang dibakar. kerat sudah, bakar pun sudah so upgrade guna c4 lak. dalam sibuk nak beraya, kecoh pulak dengan kes datuk sosilawati lawiya. kali nie dibakar kemudian abunya dibuang ke sungai. memang ala2 filem tamil lah pulak. mereka nie ingatkan bakar orang macam bakar suratkhabar kot. takde hati perut langsung!!! agaknya apa perasaan mereka nie bila buat keja bodoh nie?!!! esok lusa ntah apa lagi yang akan berlaku. nyawa manusia sekarang nie memang takde value ek. apa2 cuma tunggu perbicaraan dan nasib kesemua2 manusia2 gila ini.

Monday, April 12, 2010

pagi nie, ada nescafe free kat office. suke!!! kalau kat cafe, rm2 setin. mahal kan... jadi aku pulun habis-habisan.


aku berjaya menghabiskan sebanyak...

Saturday, March 27, 2010

semalam, tengok filem nie kat tv2. aku tak pernah miss tengok. banyak kali tapi tak pernah jemu. bagi aku inilah filem melayu yang betul2 mendatangkan kesan kat aku. takde scene cinta2, takde heroin yang cun dan seksi, takde hero yang control macho tapi kaku, takde scene pusing2 pokok kat tepi tasik, tapi sudah cukup membuatkan aku terpaku depan tv. setiap kali layan cerita nie setiap kali tue jugak aku menangis. aku dilahirkan semasa zaman merdeka, tak pernah melalui zaman era komunis. syukur alhamdullillah. macam mana agaknya perasaaan atuk nenek aku dulu yek...sedangkan aku yang cuma tengok filem jer dah rasa takut...salah satu scene yang menyedihkan bila part seorang anak kecil namanya jamilah melihat ibu dan adiknya rebah lalu mati ditembak komunis di depan matanya sendiri. mesti kekal dalam ingatan sampai bila2 kan...betapa tingginya semangat juang anggota polis bukit kepong pada masa itu yang tidak mahu menyerah diri walaupun kekurangan peluru dan anggota polis. aku salute dengan watak jin shamsuddin yang mengambil berat hal ehwal anak buahnya. semoga semangat juang sebegini masih lagi wujud di kalangan anggota polis. kejamnya komunis yang sanggup membunuh tanpa belas kasihan. seolah2 nyawa manusia itu tidak beharga. memang patut chin peng tidak dibenarkan kembali ke malaysia. itulah padahnya menjadi seorang ketua komunis! semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada. dapat tau ada novel bukit kepong. nak!!! nak!!! nak!!! kat dbp mesti ada tak? kan best kalau stesen tv ulang siarkan filem jasmin 1 dan jasmin 2. rasanya sekali jer aku tengok tue pun masa kecik lagi. another quality malay movie.

KAMI ORANG- ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH DIRI DAN BIAR KAMI MATI DI SINI. BUKIT KEPONG MENJADI TANAH KUBUR KAMI

Monday, March 8, 2010

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

one of my favourite nasyid group apart saujana. tinggi tahap akademik dan akhlak. rasanya tak lagi kumpulan nasyid macam kumpulan nie sekarang. sebab utama lagu nie jadi pilihan aku hari nie ialah liriknya sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan. simple tapi bermakna. sekarang nie buang anak makin menjadi-jadi, macam buang sampah lak. kat longkang, kumbahan najis, tong sampah ( tempat yang paling popular ) dsb. yang menyedihkan,yang paling rajin membuang anak ialah kaum Melayu, yang tercatat di IC agamanya ISLAM. mana pegangan agama? tak ingat Allah ker ? tak takut dosa ker? memang kita manusia ada perasaaan untuk disayangi dan menyayangi tapi mestilah ada hadnya. bukan lah bermaksud menyerahkan segala-galanya. confirm ker lelaki tue jadi suami sehidup semati ? semalam, terkejut dengan berita nie kat tv dan paper.

Buang bayi : Polis tahan wanita

KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong yang mengesahkan penahanan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut latar belakang wanita berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah kedai minuman di kawasan Stutong pada pukul 1 petang ini.

Dalam kejadian itu, dua kanak-kanak berusia 13 tahun terkejut apabila menemui mayat berkenaan di dalam longkang.

Mayat berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui ekoran terdapat kesan darah baru pada pusat bayi malang itu.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

credited to utusan malaysia

FYI, setiap hari, aku lalu pasar stutong nie on the way balik keje. tak dapat aku bayangkan bayi dibuang ke dalam longkang besar di tepi jalan. akal kat lutut kah? menurut berita tv3 semalam, wanita tersebut berasal dari simunjan, di mana majoritinya diduduki kaum Melayu beragama Islam. teman lelakinya kini dalam buruan pihak polis dan dipercayai seorang pekerja binaan. apa nak jadi dengan manusia hari ini? semakin hari semakin kejam.

Saturday, November 21, 2009

first time dengar lagu nie memang best lah... eventhough aku tak layan drama kau dan aku ek. jadi layan jer lah


Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...