thank you!!!

Tuesday, November 6, 2012

Hong Kong : Big Bus Tours

14 oct sehingga 20 okt lepas, saya dan mak berlepas ke hong kong. cuti2 hong kong. kami berlepas ke sana menggunakan air asia. macam biasa. :) flight ke hong kong mengambil masa 4 jam. so, sempat belayar ke alam mimpi. kami tidak menggunakan travel tours sebab mak saya seorang yang berani dan yang paling penting, rajin bertanya. hahahaha....lagipun, saya telah diarahkan survey serba sedikit mengenai hong kong sebelum berlepas. hasil survey saya itu maka terjumpalah big bus tours nie. bagi sesiapa yang travel sendirian berhad, big bus nie adalah pilihan yang paling tepat. lagipun apa yang best, boleh jer sesuka hati nak turun kat ner, nak spend seberapa banyak masa yang ada pun tak kisah. hari pertama, kami sampai petang, so plan nyer, nak beli tiket big bus. semasa kami sampai di airport, info center ada bagitau tempat nak beli tiket big bus. on the way ke sana, untung2 terserempak staff big bus. rupa-rupanya big bus nie ada menyediakan staff di certain tempat singgahan big bus. setiap staff dibekalkan dengan map big bus dan mobile machine untuk credit card. boleh beli guna kredit atau cash.tiket ada 2 jenis. premium tour dan deluxe tour. premium tour untuk 24 jam dan deluxe tour untuk 48 jam. harga berbeza lah.kami beli premium tour. HK350 seorang. kalau ditukar ke RM nilainya RM140 seorang.



ada 4 route. 
route merah : hong kong island tour
route biru : kowloon tour
route hijau : stanley tour
riute puprle : night tour
kami decided naik semua route. bak kata mak saya, kalau naik semua route nie, kita dah pusing satu hong kong! nak pilih route senang jer, pada setiap bas ada tertulis route dengan warna sekali. nak tukar route pun terpulang dengan kita, senang kan... 
hari kedua, kami guna route merah dan hijau. sebabnya kami stay di kawasan route biru. route merah dan hijau pulak di seberang sana. kena naik feri. mula2 naik route merah. route merah akan melalui causeway bay, wan chai, man mo temple dan victoria peak. sepanjang route nie, mata memang terhibur dengan pemandangan kota hong kong yang penuh dengan skycrapers yang pelbagai design. 



















pemandangan dari star ferry. tambang free kalau beli naik big bus.


















hot picks route merah antaranya ialah
hong kong convention & exhibition centre
golden bauhinia square (tempat penyerahan hong kong kepada china), 
park lane hotel (fashion walk shopping area, branded punya), 
causeway bay sogo
wan chai computer centre for gadget lovers
peak tram, 
lan kwai fong & soho (hong kong nightlife), 
man ho temple (traditional temple built during colonial era)
mid levels escalator (800m hokay!!! escalator terpanjang di dunia merentasi jalan2 besar)





yang best nyer, sepanjang perjalanan, kami mendengar info setiap hot pick melalui earphone yang disediakan. boleh pilih 10 bahasa yang disediakan, asalkan faham. saya semestinya memilih channel 1!

lepas route merah, kami tukar ke route hijau, route ini pergi ke stanley market. route nie best skit sebab pergi ke kawasan pantai dan bukit. saya syorkan sebaik2 nya guna route hijau nie selepas tengahari sebabnya, bila petang, memang best lah duduk dalam bas tue, make sure duduk atas sekali hokay!!! angin laut yang nyaman, kat bukit pulak tue. apa yang best kat stanley market? stanley market nie tempat nak beli sutera cina, seni lukisan, pakaian kasual, souvenirs etc. asalnya, stanley nie cuma kampung nelayan sebelum british datang ke hong kong dan merupakan tempat pertahann british terakhir sebelum menyerah kalah kepada jepun. so, no wonderlah ramai mat salleh yang stay kat sini, kami tak ambik masa banyak sangat sebab masa tue dah petang. takut terlepas last bus. oh yer, untuk pengetahuan, big bus nie ada last bus pada masa tertentu ikut route. so, pandai2 lah bahagikan masa ikut kesesuaian....on the way balik, kami melalui repulse bay beach. memang cantik. kat sinilah, ramai rumah orang2 kaya. semuanya atas bukit facing ke laut. even kubur pun menghadap ke laut. selepas repulse bay, next pick was ocean park. ocean park nia taman hidupan liar, sama macam zoo lah kiranya. next pick was aberdeen, kat sini menarik gak sebab ada sampan ride. free naik sampan ride kalau beli tiket big bus. naik sampan dalam setengah jam gitu. plan asal nak naik sampan, tapi memandangkan hampir senja, so tak jadi, masa tue pukul 6 petang, dah masuk waktu maghrib. risau kalau balik lewat sangat. tambahan kami stay di seberang. kena naik feri. tapi kan, mat salleh dalam bus pun tak turun naik sampan! :)  



 sampan ride




 


hari ketiga, kami naik blue route dan night tour. blue route melalui 
nathan road, (antara jalan yang paling busy, kiri kanan ader jer kedai emas, designer label outlets, fuh!!!)
temple street, (nightmarket, ada fortune teller, kalau nak beli barang murah, sini lah tempatnya)
ladies market, (sama macam temple street, cuma lebih kepada pakaian dan aksesori untuk wanita, sama jer macam pasar malam kat jln TAR tuh)










hong kong space museum

malam hari ketiga, kami naik night tour. so, kalau nak lihat bandar hong kong waktu malam, nielah peluangnya, masa nie memang kagum dengan lampu pada setiap bangunanan di hong kong, night tour akan melalui nathan road dan last stop di victoria harbour untuk world famous symphony of light. symphony of light nie, pancaran laser dari beberapa bangunan di hong kong serentak dengan iringan muzik. masa nie memang best lah. :) tak lama, 10 minit jer. sambil2 tue jalan2 kat avenue of stars.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...