thank you!!!

Friday, December 9, 2011


image credited to zazzle.com

Wednesday, December 7, 2011

image credited to http://www.graphicshunt.com

Tuesday, December 6, 2011

sesiapa yang layan apprentice first season, mesti familiar dengan bill rancic. hubby giuliana rancic. ala, host E! tue lah... lately, giuliana detected dier ada breast cancer dan paling latest, giuliana announced she opting for double mastectomy. aku memang minat dengan giuliana nie. tak nampak fake compare dengan the kardashian. bila balik rumah, aku google her announcement dan aku nak highlight kat sini, komen her hubby, bill rancic... terharu beb...

'I don't care about the physical results. I just want you around for another 50 years. I need you healthy. I need you as my wife. I need you as a mother to our kids.'"

kenapa aku suka hari selasa... :)

image credited to fb tv3

Monday, December 5, 2011

image credited to http://positivetosuccess.com

Sunday, December 4, 2011

last weekend dating dengan bella dan edward, weekend kali nie dating dengan hariz dan izzah. before keluar rumah, kitaorang, me and afiqah dah lunch, masih lagi kenyang so cuma lepak kat starbucks.

espresso frappuccino for me and mocha frappucino for afiqah

american baked cheesecake for afiqah

red velvet cake for me

chocolate macaroon for me... there goes my diet plan... hehehehe

okay, sekarang kisah date dengan hariz dan izzah

siapa yang pernah baca novel ombak rindu, mesti teruja dengan movie nie. aku baca novel nie di uni. memang best!!! seperti biasa, bila novel ke filem, mesti jalan cerita berubah. samalah seperti filem lagenda budak setan. mengenai watak, aaron aziz dan maya karin berjaya tetapi lisa surihani macam ada yang tak kena. ada banyak perubahan dalam movie nie tapi so far masih lagi menarik untuk ditonton.

1. makcik izzahm puan hajar digambarkan sebagai seorang yang lumpuh dan baik dengan izzah, tetapi dalam novel, makcik izzah nie seorang yang garang, benci dan cemburu dengan izzah kerana suaminya meminati izzah.

2. hariz pertama kali berjumpa dengan izah apabila kereta hariz hampir melanggar izzah. dalam novel, hariz berjumpa izzah di kelab malam dalam keadaan izzah yang mabuk.

3. hariz menghantar izzah ke sebuah rumah kampung sedangkan dalam novel, izzah tinggal di apartmen.

4. semasa pak dollah menghantar izzah ke klinik, anak pak dollah, najwa ternampak pak dollah lalu menganggap izzah isteri muda ayahnya. najwa memberitahu mak jah menyebabkan mak jah merajuk sehingga mengambil keputusan tinggal di najwa di seremban sedangkan dalam movie pak dollah dan mak jah yang menemui izzah sakit ketika menghantar keperluan dapur.

5. izzah pengsan dalam toilet tetapi dalam novel izzah pengsan dalam bilik tidur.

6. hariz dan izzah kantoi dengan pak dollah dan isterinya ketika berpelukan dalam bilik. dalam novel, hariz dan izzah kantoi ketika pak dollah dan mak jah menemui hariz tidur bersama izzah di rumah pak dollah.

7. dalam novel, hariz mempunyai seorang adik perempuan yang bernama hazirah tetapi dalam movie watak hazirah tidak diwujudkan.

8. gambar izzah bersama hariz yang ditangkap oleh spy datuk sufiah sebenarnya gambar hariz dan izzah berpelukan di koridor apartmen tetapi dalam movie, gambar di tepi kereta.

9. ayah angkat hariz mempunyai isteri kedua dan adik tiri yang bernama musliha. musliha pulak berkawan baik dengan izzah ketika izzah menyambung pelajaran. ketika izzah dipecat dan dihalau keluar dari apartmen, izzah menetap bersama ibu tiri hariz dan bekerja di butik pakaian milik ibu tirinya. dalam filem, izzah menetap dengan pak dollah dan mak jah.

10. dalam movie, datuk sufiah menfitnah izzah mempunyai hubungan dengan mail tetapi gambar dalam movie adalah gambar izzah bersama hudhairi.

11. izzah terlanggar tunggul kayu ketika berlari mengejar hariz sehingga menyebabkan keguguran. dalam movie, kandungan izzah selamat.

12. ketika scene pak dollah memarahi hariz, sebenarnya ketika itu hanya ada pak dollah dan hariz sahaja. datuk sufiah pula mencuri dengar pergaduhan pak dollah dan hariz dan mengalami serangan jantung apabila mengetahui hariz adalah anak angkat. datuk sufiah rebah dan meninggal dunia. sebelum menghembuskan nafas terakhir, datuk sufiah menyebut nama hazirah.

13. rumah pakcik taha terbakar dan menyebabkan kematian makcik hajar yang ditinggal berseorangan di rumah selepas pak taha pula melarikan diri.

.14. mila berjumpa dengan izzah di rumah tetapi dalam movie, di sawah lah pulak.

15. izzah mengutip comel di perhentian bas. tetapi sebenarnya comel adalah hadiah dari hariz lengkap dengan rumah kucing dan keperluan yang lain dengan pertolongan wafiah. wafiah merupakan cat lover.

16. dalam movie, hariz kemalangan ketika mengejar izzah. sebenarnya punca kemalangan tidak diketahui. izzah berpeluang menemui hariz di hospital dengan bantuan sulaiman, pekerja hariz. ketika kemalangan, hariz dalam perjalanan untuk berjumpa izzah.

17. last scene, yang atas bot tue. memang berbeza. hariz dan izzah sedang menonton tv menyaksikan mila menerima anugerah.

18. izzah bekerja dengan hariz usai izzah menyambung pelajaran.

apa2 pun, osman ali berjaya menarik hati penonton dengan scene ladang teh yang cukup cantik. kalau lah aku berpeluang bercuti di ladang teh, best nyer... :)

Friday, December 2, 2011

sejak cuti sekolah nie, rumah aku dah bertukar menjadi kelas mengaji lepas maghrib. kelas mengaji setiap malam kecuali weekend. actually yang mengaji tue sorang jer, anak cousin aku. lepas mengaji, sesi borak + minum + makan... memang best bila lepak ramai2 . macam2 cerita keluar, dari salasilah keluarga hinggalah yang paling latest... 2 malam berturut2 borak pasal saka dan hantu. malam first, aku memang tertarik tapi bila masuk malam kedua, jatuh lak malam jumaat, rasanya better aku layan astro. sepanjang hidup aku, ada 2 pengalaman seram yang aku experienced sendiri. kedua-duanya berlaku di hostel.

kisah seram 1
lepas tamat sekoalah rendah, aku masuk boarding school. sekolah tue pulak dikelilingi dengan hutan. depan sekolah aku ada pantai. hostel aku terletak2 betul2 tepi hutan. cuma dipisahkan dengan pagar dawai jer. bilik aku lak nun di hujung blok. bilik yang paling dekat dengan stor baldi dan toilet. memang scary lah kan. dalam bilik aku ada 8 orang dan semuanya single bed. kisah nie terjadi semasa aku form 1. malam tue aku tetiba terjaga tengah malam. dalam pukul 3 pagi rasanya. aku terjaga sebab terdengar ada bunyi ketukan di pintu. aku terfikir sapa lah nak ketuk pintu bilik aku pagi2 buta. member2 aku yang lain semuanya tidur. aku tenung jer pintu bilik. rasa takut usah cakap lah. dalam masa 5 minit, ketukan pun berhenti. directly lepas ketukan berhenti, angin tiba2 kuat bertiup dalam bilik aku. kuat sangat2 hinggakan langsir bilik aku seolah2 terapung2 di udara. nasib baik lah di luar bilik aku, lampu koridor terpasang. semasa angin kuat bertiup tue, aku tengok kat tingkap sebelah pintu tue, tak de lah pulak imbasan manusia. kalau ikut logik, jika manusia yang mengetuk pintu, for sure lah aku boleh nampak imbasan manusia apabila berjalan di koridor. aku pasang telinga in case etrdengar bunyi selipar ker tapi nothing. di kiri dan kanan pintu ada tingkap. so, aku boleh nampak sesiapa yang pergi dan balik ke toilet sebab sebelah bilik aku adalah stor baldi dan toilet. aku terus baca ayat kursi sambil tutup mata2. sedar2 dalam pukul 4.30 pagi. normal me, aku akan mandi awal sebab tak nak berebut2 mandi. aku biasanya yang pertama masuk toilet. tapi pada hari tue, aku tunggu sehingga aku yakin manusia betul2 yang g toilet. pagi esoknya, semasa bersiap2 nak g sekolah, aku tanya member aku, dier perasan tak angin kuat malam semalam. mestilah jawapannya tidak. sampai sekarang aku masih ingat lagi langsir bilik aku yang ditiup angin kuat malam tue.

kisah seram 2
yang nie pulak berlaku bila aku di uni. belakang hostel aku ada kawasan padang rumput yang memisahkan hostel lelaki dengan perempuan. meja study pulak memang menghadap betul2 padang rumput nie. kalau siang hari, memang cantik tapi kalau malam, memang menakutkan. bilik aku lak first floor dan berdekatan dengan toilet. memang nasib tak baik kan. :) dalam bilik ada 3 orang dan ada 1 katil double decker dan 1 single bed. aku guna katil double decker dan aku pilih tidur atas. roomate aku lak senior so, dier pilih single bed. masa tue dalam bilik ada 2 orang jer. ntah kenapa malam tue, kitaorang teringin nak dengar lagu semasa tidur. so, kami pinjam lah radio kawan. masa tue pulak ada channel lagu jiwang time tengah2 malam. masa tue kitaorang ready nak tido dan siap tutup lampu. semuanya ok sehinggalah lagu nyanyian ezad dan safura. tajuk nyer andang cintaku menyala. mula2 lagu tue ok sehinggalah di pertengahan lagu, aku terdengar ada suara yang cukup halus, sayup2 tapi sedap yang turut menyanyi. ntah kenapa, mulut aku laju jer bertanya kat roommate aku, kak mid, ada dengar sesuatu tak, bunyi aper tue? roomate aku lak tak menjawab dan mukanya dihadapkan ke dinding. aku lak assume dier dah tidur tapi aku rasa pelik, takkan cepat sangat tido padahal baru jer baring2 atas katil. bila soalan aku tak dijawab, aku pun diam jer lah. masa tue aku tak pulak rasa takut, maybe aku salah dengar kot. pagi esok, aku borak2 dengan roommate aku, so keluarlah kisah malam semalam. rupa-rupa nyer roommate aku memang mendengar suara tu. tapi pura2 tidur. dier siap sound aku yang 'terlepas' soalan tue. masa tue lah tetiba bulu roma aku meremang. masa tue baru aku rasa takut. jiran sebelah aku lak ada bagitau kitaorang, malam2 dier selalu dengar tingkap bilik dekat meja study diketuk orang. dier ingatkan kitaorang yang ketuk. sapa nak ketuk tingkap kat tingkat 1? kalau aku nak ketuk pun, aku kena panjat atas meja study. malam esoknya, kitaorang pasang cd yasin. sejak malam tue, radio diharamkan dipasang di bilik kami. :) bila ingat balik, agaknya apa reaksi aku bila suara itu menjawab soalan aku? maybe aku jatuh tergolek kot.

Thursday, December 1, 2011

nowadays, aku cepat penat. balik rumah, lepas makan, mandi, lepak depan tv. around 9 mesti mata dah layu. masa study, selalu gak lar stay up lewat, buat final tesis, even stay up, mampu bangun awal pagi. tapi sekarang, aku rasa tak mampu. maybe metabolism menurun by age. lately, aku pun jarang ambik supplement. sejak kecil, my mum memang concern pasal supplement. semasa aku di boarding school and uni, the most popular question was, vitamin ada tak? dah beli vitamin? bila balik ke hostel atau uni after long holiday, item yang wajib dibawa pulang adalah vitamin. vitamin yang diambik pulak berbeza by age. :) masa kecik, my mum bagi haliborange. minum sesudu besar setiap pagi dan before tidur. haliborange nie memang popular zaman 70 till 1980's. aku masih ingat lagi, kotak nyer warna hijau dan kuning di bahagian atas. kat luar kotak tue pulak ada gambar ikan dengan bibir merah yang tebal dengan buah orange yang cute. aku carik kar mr google, tapi tak jumpa lah pulak. :( bila masuk sekolah rendah, around 10 years old, my mum switched to flavettes. sebiji setiap pagi.
sekolah menengah, switched again to seven seas multivitamin sampai lah dah bekerja sekarang nie

bila dah bekerja, beli sendiri lah kan... tue yang kejap ada, kejap takde.. :) no wonder lah cepat letih dan senang dapat flu atau fever. dulu, aku jarang letih, jarang kena flu or fever. bila aku demam, my mum will said, itulah, tak ambik supplement, make sure always ambik supplement, tue yang selalu demam. so, aku rasa nak ikut style my mum lah... our mum will do the best for her kids kan... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...