thank you!!!

Sunday, March 28, 2010

finally, my samsung z720 reached its end. tak larat nak repair lagi. so, just let it go. thanks for 2 years service. im decided to buy another phone. the lucky phone was

advantages
1. cheaper than samsung z720. total rm580 upgraded to 2GB
2. 5 megapixel, samsung z720 only 3.2 megapixel
3. ada radio

disadvantages
1. keypad keras
2. no usb port cover

yang tue jerlah yang dapat aku detect setakat nie. welcome sony ericsson c902!!!

Saturday, March 27, 2010

semalam, tengok filem nie kat tv2. aku tak pernah miss tengok. banyak kali tapi tak pernah jemu. bagi aku inilah filem melayu yang betul2 mendatangkan kesan kat aku. takde scene cinta2, takde heroin yang cun dan seksi, takde hero yang control macho tapi kaku, takde scene pusing2 pokok kat tepi tasik, tapi sudah cukup membuatkan aku terpaku depan tv. setiap kali layan cerita nie setiap kali tue jugak aku menangis. aku dilahirkan semasa zaman merdeka, tak pernah melalui zaman era komunis. syukur alhamdullillah. macam mana agaknya perasaaan atuk nenek aku dulu yek...sedangkan aku yang cuma tengok filem jer dah rasa takut...salah satu scene yang menyedihkan bila part seorang anak kecil namanya jamilah melihat ibu dan adiknya rebah lalu mati ditembak komunis di depan matanya sendiri. mesti kekal dalam ingatan sampai bila2 kan...betapa tingginya semangat juang anggota polis bukit kepong pada masa itu yang tidak mahu menyerah diri walaupun kekurangan peluru dan anggota polis. aku salute dengan watak jin shamsuddin yang mengambil berat hal ehwal anak buahnya. semoga semangat juang sebegini masih lagi wujud di kalangan anggota polis. kejamnya komunis yang sanggup membunuh tanpa belas kasihan. seolah2 nyawa manusia itu tidak beharga. memang patut chin peng tidak dibenarkan kembali ke malaysia. itulah padahnya menjadi seorang ketua komunis! semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada. dapat tau ada novel bukit kepong. nak!!! nak!!! nak!!! kat dbp mesti ada tak? kan best kalau stesen tv ulang siarkan filem jasmin 1 dan jasmin 2. rasanya sekali jer aku tengok tue pun masa kecik lagi. another quality malay movie.

KAMI ORANG- ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH DIRI DAN BIAR KAMI MATI DI SINI. BUKIT KEPONG MENJADI TANAH KUBUR KAMI

Thursday, March 25, 2010

3 days leave!!! best!!! best!!! semua kerja dah siap sebelum cuti. stay lewat semata2 nak siapkan item analysis. spr tue dalam 10 minit jer leh siap. 2 hari pertama cuti, aku berpeluang merasai nikmatnya tidur petang. badan rasa segar jer bila bangun tido. hari ketiga lak, layan movie ni lak
yiha!!! movie nie better than alice in wonderland. actual plan tengok movie pukul 2.30 petang, lastly pukul 6.30 petang lak. huhuhuhu.... hari tue memanglah malang lah betul lah. sampai kat spring around pukul 1.45 petang, macam biasalah aku memang park kereta kat basement. tetiba lak cermin kereta kat driver seat stucked lah pulak. tak boleh tutup. kalau gap 1 cm tue okay gak, ini muat tangan. kalau yang tangan panjang dah boleh buka pintu dari dalam. call mak aku, then mak aku suruh tarik cermin tue slowly, FAILED. other suggestion, mintak tolong pak guard. FAILED. last suggestion, BALIK RUMAH, THEN MAK HANTAR NANTI.... huhuhu..masa tue dah pukul 2.15 petang. huhuhuhu, sepatutnya aku dah duduk diam2 dalam cinema sambil makan popcorn. yer, kita hanya merancang, allah yang tentukan. takpelah, yang penting, dapat tengok movie. :)) lepas movie, jalan2 kat parkson, beli sepasang cardigan untuk cousin aku n a pair of jeans for myself. dah jatuh hati kat sepasang wedges kat vincci, yang itu budget next month. maybe jezmine update next month, mana lah tau ada yang berkenan pulak. another addition for my collection.

Thursday, March 11, 2010

hari nie dalam sejarah aku diarahkan pergi ke sekolah. bukan school talk. cuma dapatkan responden jer. nasib baiklah lokasi sekolah tue dalam perjalanan aku balik ke rumah. aku nie kan 'rabun' jalan2 kat kuching nie. nasib baik berdua. kalau sorang2, mau aku jadi tunggul jer. paling lucu lak, colleague aku pun first time gak. aiseh!!! redah jer lah. selama nie bab2 approach responden nie memang aku fail. sebab tue aku tak suka join MLM. kalau MLM datang umah pun, aku but tak tau jer. tukang layan nyer famili aku jer lah. my boss bagi masa dalam 2 jam jer. dalam 2 jam tue aku n the gang berjaya mendapatkan 30 responden. ok lah tue bagi beginner kan. sebelum pergi tue ada korek strategi dari colleague yang memang expert. bukan senang wo nak dapatkan responden. bila dapat tau aku g school ari nie, colleague aku yang lain sumanya bagi moral support. before nie aku buat kerja indoor jer. so kalau aku buat oudoor tue, kiranya sesuatu yang pelik. best lah gak, sebab berpeluang jalan2. hahahahaha...anyway, thanks ya boss for the experience.

Wednesday, March 10, 2010

"It's so easy, To think about Love, To Talk about Love, To wish for Love, But it's not always easy, To recognize Love, Even when we hold it.... In our hands."
by Jaka

A : i want 2 have shares listed in bskl. now im preparing acc 4 my company 2 b listed next 5 years.

B : bgs lah. im not business minded. :)) impian sy yg plg besar, sy nak invent sumthing yang boleh cure any severe diseases.

A : haha... i dont think it will make profit. i have 6 yrs experience in private sector. better u join me to invest in assets.

B : sy bukan fikir nak profit. cuma nak sumbang sesuatu unntk community. better health. apa salahnya. nyawa bukan blh dibyr dgn wang.kalau bnyk duit pun, tp bnyk penyakit, tak guna gak.

A : buang masa jer. kalau takde untung, macam maner nak jual. kalau tak dapat dijual, kenapa nak buat kalau takde market. haha

B : gelak lah lagi. hopefully, sy tak jumpa awak terlatar atas katil. tgh nazak sbb x cure. time tu
mungkin sy pulak yg gelakkan awak. masa tue, ada duit million pun tak berguna.

A : berguna, untuk buat amal jariah...bekalan untuk anak belajar ilmu. semua ada hasil pahala.

alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang berusaha untuk memajukan diri. tapi perlukan kita merendahkan orang lain? adakah kerana mengejar wang ringgit, kita terlupa asal usul kita? setiap orang ada impian masing2. tak kiralah bidang apa, asalkan boleh membawa kebaikan. setiap kita depends each other. guru perlukan murid, pesakit perlukan doktor, businessman perlukan pelanggan. hari2 makan nasi, ayam, udang, ikan, sotong dsb. dapatkah kita makan nasi kalau tak ada petani, dapatkah makan ayam kalau tak ada penternak ayam, dapatkan makan udang, sotong, ikan kalau tak ada nelayan. setiap orang ada peranan masing2. businesmman untuk jana ekonomi, cikgu untuk didik jadi insan yang berguna, doktor untuk rawat pesakit. kalau lah kat dunia nie semua orang nak jadi businessman, kalau sakit, nak jumpa siapa? kalau lapar, nak cari makanan kat maner? taburlah wang tue kat laut, mana tau dapat ikan salmon ker, udang galah ker, sotong kurita ker. kalau nak makan nasi, tanam lah wang tue, kot2 boleh tumbuh padi...belum listed lagi dah macam tue, apa jadi agaknya kalau ada ada syer nanti.

Monday, March 8, 2010

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

one of my favourite nasyid group apart saujana. tinggi tahap akademik dan akhlak. rasanya tak lagi kumpulan nasyid macam kumpulan nie sekarang. sebab utama lagu nie jadi pilihan aku hari nie ialah liriknya sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan. simple tapi bermakna. sekarang nie buang anak makin menjadi-jadi, macam buang sampah lak. kat longkang, kumbahan najis, tong sampah ( tempat yang paling popular ) dsb. yang menyedihkan,yang paling rajin membuang anak ialah kaum Melayu, yang tercatat di IC agamanya ISLAM. mana pegangan agama? tak ingat Allah ker ? tak takut dosa ker? memang kita manusia ada perasaaan untuk disayangi dan menyayangi tapi mestilah ada hadnya. bukan lah bermaksud menyerahkan segala-galanya. confirm ker lelaki tue jadi suami sehidup semati ? semalam, terkejut dengan berita nie kat tv dan paper.

Buang bayi : Polis tahan wanita

KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong yang mengesahkan penahanan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut latar belakang wanita berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah kedai minuman di kawasan Stutong pada pukul 1 petang ini.

Dalam kejadian itu, dua kanak-kanak berusia 13 tahun terkejut apabila menemui mayat berkenaan di dalam longkang.

Mayat berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui ekoran terdapat kesan darah baru pada pusat bayi malang itu.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

credited to utusan malaysia

FYI, setiap hari, aku lalu pasar stutong nie on the way balik keje. tak dapat aku bayangkan bayi dibuang ke dalam longkang besar di tepi jalan. akal kat lutut kah? menurut berita tv3 semalam, wanita tersebut berasal dari simunjan, di mana majoritinya diduduki kaum Melayu beragama Islam. teman lelakinya kini dalam buruan pihak polis dan dipercayai seorang pekerja binaan. apa nak jadi dengan manusia hari ini? semakin hari semakin kejam.

Sunday, March 7, 2010

finally!!! aku dah ader mbo membership card. best lar. card boleh guna terus . tak yah nak tunggu lama2. apply card and beli tiket cuma less than 10 minutes. takde lagi nak baris lama2 nak beli tiket. plus ada discount seringgit. oklah tue. member aku decided nak tengok movie nie

kitaorang nie first time tengok 3D. so excited skit lar. komen aku, erm, okay lah... sebab cerita nie cerita fantasi, action pun kurang, so kurang feel skit. the movie kelakar lah jugak. lepas movie, ktk orang jln2. sampai umah dalam pukul 8 mlm. sejak dah ader card nie, nak tengok movie hari2.

Friday, March 5, 2010

sekarang nie student aku tengah jawab final paper patologi. semuanya hadir. alhamdulillah. 9 pg tadi, aku sempat belek2 soalan final sambil tersenyum. soalan structure and esssay question senang beb!!! kebanyakan soalan dah dibincangkan semasa kuliah. berbaloi rasanya aku suruh pelajar aku jawab soalan2 past year. mana yang ikut arahan aku tue, pastinya tak ada masalah. mana yang copycat jer, nasib lah kan. tujuan aku supaya mereka nie biasa dengan bentuk2 soalan peperiksaan. dulu, masa awal2 kerja, aku hairan gak, nape student aku tak boleh jawab soalan time exam walaupun dah diajar berulang kali. rupa-rupanya time exam selalu blur, tak faham soalan dan macam2 lagi lah. so, aku cuba suruh student aku jawab2 soalan2 past year. mereka nie beruntung sebenarnya, soalan2 past year dari awal sehinggalah yang paling latest semuanya ada di library. tapi tak ramai yang sedar. bila silibus dah cover, aku akan buat ulangkaji dengan past year question jer. aku minta student yang tulis jawapan kat white board. dari situ lah student aku yang lain dapat tengok dengan mata sendiri macam mana sebenarnya mereka jawab soalan time exam. ada sesetengahnya ada point tapi penggunaan bahasa pulak salah. bila dibaca, maksud nya jadi lain. bila melukis, tak ada label. markah kecil, jawab banyak tapi bila markah besar, jawapannya 2 baris jer. practice makes perfect!!!

Thursday, March 4, 2010

hp aku vibrate time aku invigilate final exam. dari zakia!!!
salam... epy bday kak izah...Miss u so much
selang seminit ada lagi sms masuk...dari iwana!!!
Kak izah, happy birthday :) take care...
whoa!!! Allah macam tau jer aku memang rindu kat 1-5-18... terima kasih ya Allah
sambung chit chat ngan zakia n iwana... best sangat tapi part yang paling best, sms si zakia nie
Sori lmbt n selalu jek lupe. Tp sumpah! Pasni kompom sy igt. U know y???? Br realize same day wif my hubby. Ha3. Sori xde hadiah. Hadiah pospon raya nnt ekkk. Weee...
Xpe. Sy fhm. Dulu lain skrg lain. Huh! Nasib baik kawen ngan en amir. Hahahaha! Kalau x, x ingat lah 2.
Hehehehe.... Tau ke sy nk bg awk hadiah ape nanti???
X bg lagi, mana tau. Ha! Awak pregnant ya! Due raya ek
Weeeeee....Insyallah....Doakan sy tau!!!

alhamdulillah, dah nak jadi mak orang rupanya kawan aku nie... no more jajan tau. dulu, awak lah duta jajan. asal g giant jer, mesti ada jajan. kalau time loan mara masuk lagi lah banyak jajan. iwana, suka sangat awak nak smbg belajar lagi. pas nie kena panggil dr iwana ker? :)) insyallah, sy akan menyusul tahun nie. rasa gembira sangat hari nie. suma nya cerita happy jer. kalau boleh tak nak hari ini berlalu pergi tapi mustahil lah kan... nanti tak beranak pulak si zakia tue...

thank you ya pada semua yang wished semalam... my first sms pukul 10.01 malam, lagi 2 jam before 4th march. alasannya i want to 2 b the first one 2 congrate for ur bday...sweetnya... suddenly rindu pulak dengan 1-5-18, apartment tue walaupun kecik tapi boleh muat 9 orang. boleh lagi guling2 depan tv. semuanya ada kecuali mesin basuh jer. 1-5-18 lah yang first sekali implemented wireless pas tue barulah apartmen2 yang lain. senang skit nak buat assignment. macam satu trend lah pulak. 9 orang bermakna ada 9 birthday celebrations setahun. bukannya celebrate kat tempat2 yang mahal. having dinner bersama2. kalau bukan di luar, kat rumah pun dah cukup bermakna. siap dengan surprise lagi. time tue zaman friendster, so kira macama satu trend posted birthday wishes kat friendster. best lah... asal jer time birtday, mesti ramai yang bagi wishes, kalau 1-5-18 tue memang wajib lah kan :) yang lain2 tue rakan sekelas lah... indah rasanya dikelilingi kawan2 yang best. terasa nak putar balik ke zaman tue. ada yang tanya my birthday wish tahun nie. erm... semoga murah rezeki, panjang umur dan diberkati. itu jer lah.

Tuesday, March 2, 2010

akhirnya workstation aku dah kembali normal setelah segala 'sampah-sarap' dilupuskan. aku pun tak tau dari mana datangnya semua benda tue. teaching load aku 24 jam, ada tue kelas aku dari pukul 8 sehingga 6 petang. student pulak ada 170 orang. setiap sorang ada 5 kuiz, 2 assignment, 5 lab report. huh!!! darab lah sendiri. tue belum lagi latihan2 tambahan. selesai satu kerja, datang lagi yang lain. normal lah tue kan. sekarang student aku tengah final exam, so semua assessment pelajar dah settle. esok, dapat lah aku bawa laptop. sebelum nie guna pc office jer. so, misi aku akan bermula esok. insyallah...

p/s
tuan punya miserable-stroll, leh berkenalan tak? :)

Monday, March 1, 2010

Pengakuan ibu Syafiah


SITI Norhanim Aziz memegang erat buku mewarna yang terakhir digunakan oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sambil dipeluk erat anak sulungnya yang juga abang kepada mangsa, Mohd. Syafiq di rumah keluarga mereka di Sungai Plong, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Naim Aziz


HULU SELANGOR 28 Feb. – Mungkin ramai yang tidak pernah merasai pengalaman kehilangan anak tersayang. Dan jika boleh, sesiapapun tidak sanggup untuk melalui pengalaman itu.

Tetapi, jika ditakdirkan berlaku, adakah kita sebagai ibu bapa bersedia dan reda menerima hakikat kehilangan anak tersebut.

Sudah pasti, hanya tangisan yang mampu mengiringi pemergian kanak-kanak itu, seperti yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3, mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia pada Khamis lalu.

Ibu kandungnya, Siti Norhanim Aziz, sudah tidak mampu lagi mengeluarkan air mata mengenangkan kehilangan anak perempuan kesayangannya.

Sebak, pilu dan berlinangan air mata – itulah yang dilalui oleh Siti Norhanim selepas insiden itu dan setiap kali nama Syafiah Humairah disebut.

Teman lelakinya ditahan untuk membantu siasatan, namun wanita itu masih belum ‘dilepaskan’ oleh suaminya yang kini ditahan dalam penjara, menambah lagi derita yang ditanggung.

Siti Norhanim mendakwa, dia pernah memohon untuk bercerai dengan suaminya yang kini ditahan dalam penjara namun tidak dilepaskan.

Akibatnya, wanita berusia 25 tahun itu mengaku dia telah melakukan kesilapan kerana begitu percaya kepada teman lelakinya yang kini menjadi suspek utama kematian anak keduanya itu.

“Suami saya tidak mahu lepaskan saya...Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu, saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya,” ujarnya sebak.

Siti Norhanim ditemui pemberita selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di rumah ibu bapanya di Sungai Plong di sini hari ini.

Khamis lalu, Allahyarham Syafiah Humairah meninggal dunia selepas didera teman lelaki Siti Norhanim di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama di Batang Kali.

Berikutan kejadian itu, teman lelaki Siti Norhanim yang bekerja sebagai pemandu teksi dan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Siti Norhanim yang masih sebak dengan kejadian menimpa anaknya itu mendakwa, dia tidak menyangka teman lelakinya yang dilihat begitu penyayang dan baik terhadap Syafiah Humairah sanggup bertindak sedemikian.

“Sepanjang saya kenal dia (teman lelakinya), dia seorang yang agak kelakar. Depan saya, dia begitu menyayangi anak saya, sebab itu saya tak pernah curiga dengan dia.

“Dia melayan Syafiah seperti anaknya sendiri, memanjakan dia, belikan dia baju. Anak saya pula memang tak pernah mengadu kena pukul,” katanya.

Masih trauma dengan kejadian itu, Siti Norhanim yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual turut menafikan laporan bahawa dia sedang mengandung empat bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya itu.

CREDITED TO UTUSAN MALAYSIA

lagi kes kena dera... on the way ke ofis pagi tadi pun, hot fm ada sentuh isu nie. aku bersetuju dengan pendapat pendengar pagi tadi. ibunya yang bersalah. ke mana ibunya semasa kejadian? mana tanggungjawab seorang ibu? kenapa baru sekarang sedar kesilapan sendiri? kalau pegangan agama yang kuat, sekuat mana cabaran pun, insyallah, akan berjaya diatasi kerana Allah sentiasa bersama. kalau pegangan agama macam lalang, semua masalah akan dijadikan satu alasan. pokok pangkalnya, hati kita. setiap agama semuanya menjurus ke arah kebaikan. tak kiralah samada islam, hindu ataupun kristian. jika benar siti norhanim pernah melakukan kesilapan besar, semoga kejadian ini akan memberi hidayah kepadanya. Alfatihah kepada Allahyarham Syafiah Humairah Sahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...