thank you!!!

Wednesday, November 30, 2011

suppose to be aku stay back kat ofis semalam. tapi ada kerja. cepat2 siapkan kerja before 8 pm. before balik, singgah supermarket nak beli beras. normal me, aku akan pusing2 satu supermarket walaupun nak beli satu benda jer. tapi malam semalam, aku ambil beras dan terus bayar. sampai rumah terus mandi. 8.55 pm, aku dah terpacak depan tv. tunggu dan terus tunggu sehingga 9.10pm, last2 yang ado nyer perhimpunan agung umno.... aiseh!!! huh!!! apalagi, terug g dapur dan hirup sup daging... :) oh!!! i miss CINTA ELYSA!!!

Tuesday, November 29, 2011


tada!!! masa untuk bergumbira!!! cuti umum maal hijrah, aku dengan sepupu g layan breaking dawn kat spring. kitaorang g lepas solat zuhur. omg!!! sesak giler nak g spring. jalan belakang pun dah sesak.... nie semua kena fever twillight ker? :) bila aku tengok jln sesak, so aku assume 1 jam aku cari parking. tapi, nasib baik lah pulak, dalam 10 minit dapat parking. :) kitaorang terus g mbo. beli tix kat kiosk. yeah!!! twin seat lah pulak.. :) ada lagi masa 1 jam before breaking dawn, so lunch kat secret recipe. aiseh!! servis lembap lah pulak.... movie time 4.30 ptg, so ada masa nak solat asar. alhamdulillah... aku nie bukanlah twi hard fan... cousin aku tue mungkin lah kot... :) jalan cerita ok lah, banyak story pasal wedding bella and her pregnancy. apa yang pasti, aku jatuh cinta dengan wedding gown bella...

simple, cantik, elegan

i love the lace...

:)

scene yang paling kelakar.. bagi aku kelakar ler... scene edward keluarkan darah dari blood pack untuk bella minum. yer lah... bila aku tengok blood pack, teringat lak keja aku mostly dealing dengan blood pack. :) lepas movie, jalan2 kat spring, hasil tangkapan aku

1. harry potter and the chamber of secrets... yer, aku tahu dah basi harry potter nie, tapi aku masih belum sempat baca buku tapi dah banyak kali tengok movie harry potter. conclusion nyer, jalan cerita dalam buku mostly berbeza dalam movie. :) yang paling best, mestilah buku kan... :)
2. beli to do list pad... iyo lah tue... last2 jadi hiasan jer... :)
3. white tree cleanser dari the face shop. dapat free 1 botol kecik toner white tree dan 1 botol kecik white tree face lotion. actually nak beli rice water cleanser tapi stock sampai bulan depan.

Sunday, November 27, 2011

pegi ke ICT fair di BCCK dengan akmal dan berjaya menangkap

1. seagate external hardisc
2. hard disc case
3. pendrive kingston 4gb

niat nak beli hard disc dah setahun lebih. ingat lagi masa tue plan nak beli sekali dengan efida. konon2 dapat diskaun lah kan.

Thursday, November 24, 2011

hari nie, aku terpaksa ambik heavy breakfast. pagi, before g ofis, breakfast oat dengan low fat milk dan secawan madu. sampai ofis, g breakfast sekali lagi. sebabnyer, baru ingat ada meeting tengahari n cuma ada masa 1 jam jer break. ingatkan nak makan mee goreng. tapi mee pulak tak der. boleh pulak macam tue. :) so order roti prata cicah dengan kari ayam. yang bestnya kari ayam tue ada 3 ketul ayam yang sederhana besar. :) boleh cover sampai petang. minum white coffee. sekarang, baru jer habis kelas pukul 4 dan mula rasa lapar. takpe ada lagi 1 jam before office hour. ntah apa lah yang mak aku masak kat rumah.

p/s setakat nie, boleh tahan nafsu nak minum 3 in 1. harap2 nyer konsisten. :)

Wednesday, November 23, 2011


azam terbaru...

1. kurangkan minum 3 in 1
2. breakfast with cereal atau oat dengan low fat milk... kurangkan heavy breakfast
3. exercise at least 3x per week
3. minum green tea setiap hari

sebabnyer body dah out of shape... jeans dah ketat... so before lebih ketat, kena disiplinkan diri. currrently 50kg + . target weight, at least 45kg. ideal weight, 40 kg.

image credited to http://bestwaytoloseweighttoday.com

Tuesday, November 22, 2011


normal me, aku tak minat bola. world cup season, aku memang tak nak minat nak ambil tahu. kalau live kat tv, aku tukar channel. tapi malam semalam, aku layan bola. tapi tak tengok dari mula lah. dah dekat2 nak habis. tapi for me, its a miracle. :) kan sekarang nie team harimau muda memang top. so, sana sini org cakap pasal harimau muda. kualiti bola sepak malaysia pun semakin meningkat sekarang nie. menang sana sini. baguslah macam tue. pemain kita pun sudah ada yang diimport ke luar negara. kalau dulu, kiter yang import pemain luar. harap2 bila dah berjaya nie, jangan berlagak lah pulak. jangan lak gosip sana sini. :) tahniah kepada team harimau muda. walaupun penyokong team harimau muda cuma seciput kalau dibandingkan dengan penyokong garuda, tapi anda semua tidak mudah menyerah kalah dan akhirnya pingat emas berjaya dibawa pulang.

# pagi tadi, aku gelak sorang2 on the way ke office, apa tak nyer, bila dj hot fm mentioned garuda telah bertukar menjadi angry bird.

image credited to http://www.hoohaa.my

Saturday, November 19, 2011

minggu nie dah masuk second week lecture. so far, semua task masih on track. semua assessment yang dah diberi, dah disemak... :) hehehehe....hopefully consistent sampai hujung sem. harap2 tak kena buat 'task' mengarut. kekadang pihak atasan hanya tahu bagi kerja tapi tak ambil kira kualiti. yang penting kuantiti. yang susahnya staff bawahan. ingat kerja mengajar nie senang ker? lagi susah sebab manusia ni pelbagai ragam dan perangai. setakat nie, aku rasa puas hati sebab masa aku untuk student lebih banyak, preparation mengajar pun lebih teratur. minggu depan, ada staff assembly. masa nie lah nak tahu management structure. harap2 nyer management kali ini lebih baik dari yang sebelum nie.


image credited to http://www.fastcompany.com

Monday, November 14, 2011

jadual hari isnin
12-1 lecture
1-2 lecture
2-3 lecture
4-5.30 meeting akademik

orang lain g lunch, aku lak g kelas. orang lain syok makan sedap2, minum air sedap2, aku lak syok conteng2 white board sampai penuh. agaknya kalau dinding pun boleh conteng, dah lama aku conteng. aku sedar diri jadual aku pada hari isnin abnormal so pagi2 lagi aku brunch.so tak rasa bersalah sangat ambik heavy breakfast. hehehehe... balik meeting, singgah kedai gambar, print gambar paspot. pas tue beli sponge dan pengelap cermin kereta, tengah bersemangat nie, hehehehe... on the way balik, ingat2 lupa masih ada lagi tak sampul saiz A4. memandangkan perlu guna esok jugak, so untuk sedapkan diri, singgah choice supermall. aku seperti biasanya, akan berjalan2 tengok apa2 yang boleh dibeli. sikap aku, kalau beli barang esp food, label yang aku tengok dulu. mana2 makanan yang tertera NO ADDED SUGAR, LOW FAT, 99.9% NO FAT, NO CHOLESTHEROL, NO ARTTIFICAL COLORING, NO ARTIFICIAL FLAVORING, memang menjadi tarikan. puas belek2, tak berkenaan (normal me) sampai jer kat luar, hujan lebat giler. aku tak bawa payung pun. cuma bawa handbag dan beg plastik berisi 3 keping sampul A4 dan 2 botol gam. kedai2 yang lain ada yang dah tutup. so, aku selamba jer lah tunggu hujan reda. nasib baik ramai yang senasib dengan aku. tunggu punya tunggu, sama jer, so aku nekad redah hujan. lantak lah apa jadi... sampai rumah, rupa-rupanya sampul A4 terletak baik punya dalam kotak dan 2 botol gam berdiri cantik dalam almari. :) rasa macam nak hempuk jer muka diri sendiri dengan 10 sampul A4. boley tak? hehehehe....

Friday, November 11, 2011

jadual hari jumaat
1-12 FREE
2-4 lecture
4-6 practical

so, dapat lah dibayangkan betapa 'syoknya' jadual hari jumaat ku ini. :) tambahan pula kalau practical around 4-6. lab aku lak yang paling tersorok di belakang... semester nie pulak, lab kanan dan depan semuanyer kosong. sebelah kiri lak bilik kitchen untuk student DSKU. lab aku jer yang active. setiap kali mengajar student, automatik aku terpandang lab yang gelap di depan. lab depan jugak jadi timer kalau habis waktu. kalau dah gelap, tue pandai2 lah kemas lab. kekadang, kalau syok mengajar, terlepas gak waktu. kalau time lain aku ok jer. cuma kalau petang2 tue, nampak scary lah skit. :) hari nie, first amli teknik hsitologi, so after explain instrumen lab dan fungsi, student aku siapkan laporan amali 1. hantar pagi isnin. dalam pukul 5.30, muka sorang2 dah monyok, ader yang dah siap susun buku2, notepad elok2. kiranyer bila class dismissed, terus angkat kaki jerlah. 5.45, aku arahkan student memastikan lab dalam keadaan kemas dan bersih, sampah-sarap buang dalam tong sampah, segala instrumen disimpan semula di tempat asal, last sekali before keluar, kerusi mesti dimasukkan ke bawah meja. around, 5.50, aku announced class dismissed, student aku macam kena lepas keluar bilik tahanan jer. hehehehe...dalam pukul 6.00, aku dah selamat sampai kat ofis. 2 hours lah kan... :)

Thursday, November 10, 2011

semalam, my colleague baru balik cuti dari kl. seperti biasa, ole2 nyer roti gardenia. so, semalam sesi distribution roti gardenia. aku dapt quick bite chocolate muffin, bun coklat, and 2 extra gardenia egg waffles. (purposely mintak !! hehehe ) sedap!!! hari nia sorang lagi colleague pun baru balik cuti dari kl. yang nie aku purposely pesan butterscotch. so pagi tadi, aku breakfast bun coklat dengan muffin dengan nescafe o panas. :)


Tuesday, November 8, 2011

hari nie first day start kuliah semester okt 2011. ini jadual sebenar aku untuk hari selasa

8-10 - kuliah
12-1 - perjumpaan mentor mentee
4-6 - kuliah

tapi hari nie ada extra...
8-10 - kuliah
10-12 - seat in
12-1 - perjumpaan mentor mentee
1-2 - FREE
2-4 - seat in
4-6 - kuliah

hahaha, hebat kan... nasib baik first day, cuma briefing subjek. cuma pukul 2-4 aku mengajar. first semester student pulak tue. so, ada briefing gak pasal dress code g lab. pas tue introduce instrumentasi untuk subjek microbe. ala, yang simple jer.. loop wire, micropipet, slide, incubator etc. member aku pesan explain skit2 then arahkan student cari fungsi. :) takpelah, tolong kawan. time aku cuti panjang dulu pun, kawan tolong seat in kelas aku. tak salah tolong kan... :) esok aku start mengajar chapter 1... my dear students, are u ready?

Monday, November 7, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

syukur alhamdulillah, aku masih lagi berpeluang menyambut hari raya korban pada tahun ini. hari raya tahun nie jatuh pada hari hari ahad, so hari isnin cuti umum. best !!! best !!! best!!! tetiba jer raya tahun nie aku rasa rajin semacam jer nak buat cheese kek dan lasagna. secara normalnyer, aku makan jer aper mak aku buat. janji boleh makan. plan asal, malam raya nak buat kek, pagi raya buat lasagna, so family aku boleh makan semasa breakfast. tapi, malam raya, my uncle ajak whole family makan seafood. balik rumah around 10pm, perut kenyang mana ader mood nak buat kek. cheese cake tue pulak kena susun2 biskut jadi lapisan, silap2 bukan biskut yang disusun tapi muka aku yang tersembam atas biskut. pagi raya, aku buat menu sekaligus. so, kek cheese jadi menu hari isnin, lasagna jadi menu minum petang. :) menu lain pulak, kambing panggang yang diperap dengan sos, mihun sup dan croissant.




kek cheese nie kawan aku yang bagi resepi. senang jer, tak payah bakar. freeze jer dalam peti sejuk. atas tue nampak comot sebab aku tak reti nak sapu rata2. :)


aku suka makan lasagna bila ex housemate, aku puan hidayah ishak yang masak untuk kitaorang. memang sedap dayah buat. teringat lagi sampai sekarang. :)

menu yang lain tak sempat tangkap gambar sebab mulut dah tangkap dulu... :)

Friday, November 4, 2011

4 tahun lepas, 'sang kancil' setia menemani aku g ofis, balik dari ofis, tak kira petang atau malam, mahupun tengah malam.. iyer, aku pernah balik umah pukul 1.00 pagi sebab masa tue ada audit MQA, g ofis time hujung minggu, nie pun jika ada audit MQA, jalan2 kat spring, g kenduri kahwin member dan banyak lagi. tapi sekarang nie, 'sang kancil' telah uzur, mula2 tue batuk, selsema, bawak g 'klinik' pas tue ok. tapi sekarang bukan takat batuk dan selsema tapi dah sampai peringkat kronik. kalau ikut medical term, malignant stage... malignant stage commonly untuk penyakit kanser yang telah merebak. macam tue situasi 'sang kancil' aku nie. rosak kat sana, baiki then ok, pas tue rosak pulak kat tempat lain..baiki lagi...dan ia akan berputar mengikut giliran sehingga keseluruhan sistem rosak. tahap kronik 'sang kancil' bermula bila suhu badan meningkat... bubuh coolant, buat organ tranplantasi, pas tue ok. kemudian, demam panas, tukar kipas baru. pas tu external bleeding, masuk surgery room, pas tue ok. terbaru, suhu badan meningkat semula... bile check, rupa nyer saluran tersumbat dan paling latest, BONET DEPAN TAK BOLEH DIBUKA...selain faktor umur, rasanya 'sang kancil' aku nie perlukan perhatian selepas adanya adik baru... :)

Thursday, November 3, 2011

time2 sejuk cam nie, memang best kalau minum kopi panas dengan kek... fuh!!! mesti terangkat...


image credited to http://www.dreamstime.com

Wednesday, November 2, 2011








48934 undi



49649 undi

vote di atas pada pukul 9.22 malam, 2 Nov 2011. sila vote siapa yang bakal bersama soffiya. vote kat sini okay. aku dah vote tau. my choice adalah ilyas. nape aku pilih ilyas? sebabnyer...

1. ilyas adalah cinta pertama soffiya
2. ilyas yang bersama soffiya ketika soffiya dituduh membunuh bapanya sendiri merangkap
peguam soffiya.
3. soffiya lebih senang berkomunikasi dengan ilyas sebab ilyas mengetahui sejarah hitam soffiya.
berbanding dengan kamal, soffiya lebih banyak berahsia
4. amanah kakak ilyas, arwah dr noraini supaya ilyas menjaga soffiya.

image credited to tv3.com.my
topik hot chat hot fm pagi nie... PERHUBUNGAN SINGKAT. nie gara2 isu cerai kim dan kris humpries. macam baru jer kim's fairytale wedding tu kuar kat channnel 712. majlis yang gah, mewah dan mahal. dah namernyer fairytale, dongeng lah tue kan... :) takpe, at least dapat gak layan kat 712 sambil minum air nescafe... hilang tension tengok mason berlari2 bawak wedding ring, kagum dengan gaun kim yang lawa... wedding gown vera wang okay... actually, its not the big issue sebab kat malaysia pun ada ikut jejak langkah hollywood... kahwin singkat... yang jadi isunyer sebab nama KARDASHIAN. aper2 jer yang berkait dengan KARDASHIAN, memang jadi isu even hal yang remeh temeh. apa2 pun, ramai manusia zaman sekarang menganggap perkahwinan macam beli baju kedai, bila suka, terus beli dan pakai, bila tak suka, buang dan cari baju baru. :) pilih lah nak branded atau cikai...

image credited to http://fashionistainaction.blogspot.com

Tuesday, November 1, 2011

4 tahun lepas... ( lupa tarikh )


hari ini...1/11/2011


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...