thank you!!!

Thursday, February 11, 2010

semua orang pernah mengalami zaman persekolahan. antara fasa pembelajaran, yang paling menyeronokkan bagi aku semasa matrikulasi dan degree. lebih ringkasnya, era IPT. time sekolah menengah, erm...biasa jer lah. maybe sebab aku di boarding school. pagi sekolah, petang ada prep, balik, then sambung prep malam. semuanya sama sampailah aku form 5. lepas tue dapat offer matrikulasi, aku berpeluang berjumpa ramai kawan dari serata negeri di malaysia. berpeluang belajar cara percakapan dan pemakanan mereka terutamanya pantai timur. aku pernah menghabiskan cuti semester di kelantan. aku berpeluang merasai makanan tradisi seperti nasi kerabu, budu, laksam, kuih taik itik dsb. roomate aku dari pebagai negeri. ada dari kelantan, johor, perak, terengganu, anak jati kl dan selangor. bila ambik degree, aku tak lagi stay di hostel, menyewa apartmen lak. time nie aku rasa lebih berdikari. dalam2 sibuk study, kami serumah boleh meluangkan masa menonton wayang, bersiar2, piknik atau cuma lepak di rumah sambil menonton tv. tapi, semua assignments, lab reports dsb semuanya ikut dateline tau. tak pernah tak hantar atau lambat hantar. bila habis belajar, semuanya mengejar impian masing-masing. member aku kat matrik dulu, kebanyakkannya dah berkerja. ada yang jadi cikgu, peguam, wartawan, penyelidik, pegawai kerajaan dsb. selalu gak tengok member aku kat tv kalau ada buat liputan. ada yang tak lagi stay kat malaysia nie. samada belajar atau bekerja di luar negara. ada gak yang ikut suami. :)) ihar, awak kat qatar kan... housemates time degree lak, mostly ambik master and aku yakin semuanya dah bekerja. yang lain2 tue ada yang masih sambung belajar nak jadi doktor. bukan doktor phd tue, nie doktor yang cucuk2 orang2. :)) ada di poland and india. ada gak yang sama satu ofis sekarang nie. aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku kawan- kawan yang mendorong ke arah kebaikan. syukur alhamdulillah. jauh dari kawalan ibu bapa bukannya tiket untuk mencari kebebasan. itulah peluang keemasan untuk membentuk diri menjadi lebih baik. aku tak nafikan ada di antara kawan2 yang tersasar jauh. nasib baiklah bukan nyer teman serumah atau teman baik. takat sama batch atau sama kelas. terpulang dengan diri sendiri sebenarnya. :))

jana, suhaila, onie, kak long, amy, yanie, nurulhuda, ina, syikin, ateng, fatimah, jumi, redzuan, yen, rin dan semua intake kpm matrik 1999-2001( aliran sains hayat dan fizik). 1-5- 18 lak, zakia, nurul jannah, azidahani, liza, iwana izni, dayah, ayu, tim dan yang paling kecik sekali yana termasuk lah bodyguard kecik reza. kak ina, hesyam, nora, adzha, fird, joss, nicky, amy, juraimi , feby, syaheda dan semua batch bbm intake may 2004. yang tak disebut tue jangan kecik ati ya, tak cukup pulak blog aku nie. terima kasih kerana telah menyerikan sebahagian kehidupan aku dulu. sanggup bersama time susah dan senang. bersama2 roll call awal2 pagi, bersama2 beli burger atau nasi lemak kat luar pagar. bersama-sama meredah banjir, bersama-sama sesak nafas bila time kelas dr pallavi. :)) semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...