thank you!!!

Friday, March 5, 2010

sekarang nie student aku tengah jawab final paper patologi. semuanya hadir. alhamdulillah. 9 pg tadi, aku sempat belek2 soalan final sambil tersenyum. soalan structure and esssay question senang beb!!! kebanyakan soalan dah dibincangkan semasa kuliah. berbaloi rasanya aku suruh pelajar aku jawab soalan2 past year. mana yang ikut arahan aku tue, pastinya tak ada masalah. mana yang copycat jer, nasib lah kan. tujuan aku supaya mereka nie biasa dengan bentuk2 soalan peperiksaan. dulu, masa awal2 kerja, aku hairan gak, nape student aku tak boleh jawab soalan time exam walaupun dah diajar berulang kali. rupa-rupanya time exam selalu blur, tak faham soalan dan macam2 lagi lah. so, aku cuba suruh student aku jawab2 soalan2 past year. mereka nie beruntung sebenarnya, soalan2 past year dari awal sehinggalah yang paling latest semuanya ada di library. tapi tak ramai yang sedar. bila silibus dah cover, aku akan buat ulangkaji dengan past year question jer. aku minta student yang tulis jawapan kat white board. dari situ lah student aku yang lain dapat tengok dengan mata sendiri macam mana sebenarnya mereka jawab soalan time exam. ada sesetengahnya ada point tapi penggunaan bahasa pulak salah. bila dibaca, maksud nya jadi lain. bila melukis, tak ada label. markah kecil, jawab banyak tapi bila markah besar, jawapannya 2 baris jer. practice makes perfect!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...