thank you!!!

Tuesday, April 27, 2010

cinta zaman sekarang...
mr A telah berkahwin. berjumpa dengan miss B. terus jatuh cinta. paras rupa mr A memang tak hensem tapi bila check akaun, baru nampak hensem. mana tak miss B cair kan. mr A bagitau miss B, perkahwinan bukan suka sama suka, tapi dah beranak pinak.miss B lah first love. miss B pulak makin jatuh cinta. dahlah kaya pulak tue. semakin hari semakin sayang. mr A dalam proses perceraian. miss B pulak belajar menjadi isteri mithali. suatu hari, miss B dapat tahu mr A belum menceraikan isterinya.perang dunia ketiga pulak dah. mr A nak kedua2 nya. tamak kan. miss B NEKAD lupakan mr A. tapi selepas mr A taburkan dengan hadiah2 mahal, miss B jatuh cinta sekali lagi

kesian ekk dengan miss B. sampai begitu sekali sebab nak hidup mewah. takpe, esok lusa tiba hari miss B, redha jer lah. WHAT U GIVE U GET BACK...
semalam ader idea nak bloggy tapi blogpsot macam haram. hari nie, blogpsot dah ok, otak aku pulak blank.

Monday, April 19, 2010

item yang tersenarai dalam belanjawan mei 2010 ialah...

harganya rm75, tapi aku tak kisah sebab memang berbaloi-baloi. complete semua info from A to Z. thanks to Fatini Yaacob. pernah baca ur artikel pasal natrah cuma tak ingat di mana. cuma ingat masa tue dalam library upm jer. alangkah baiknya kalau filem JASMIN 1 dan JASMIN 2 diulang tayang ataupun dijual dalam bentuk cd. astro tak nak buat ker? :)

credited to http://bukunatrah.blogspot.com/

Monday, April 12, 2010

pagi nie, ada nescafe free kat office. suke!!! kalau kat cafe, rm2 setin. mahal kan... jadi aku pulun habis-habisan.


aku berjaya menghabiskan sebanyak...

Saturday, April 10, 2010

last 2 days, ada misi urgent kat ofis. my fren sepatutnya antar sumthing kat HQ tapi masih tak settle lagi. document tue sepatutnya sampai pada 8 april. tapi petang 7 april masih lagi kat meja. aiseh...jadi aku dan yang sewaktu dengannya terus jadi bidan terjun buatkan apa yang patut. mesti kejar dateline poslaju. apa lagi kawan aku drive kereta dier macam kat litar f1 sepang. whoa!!!! sampai kat main post office, jam dah pukul 6 lebih, staff kat sana bagitau, semua document post laju kena sampai before 4.30 petang. kalau nak jugak, kena pergi pusat pas laju kat satok before 7.30. aiseh!!! time2 macam nie biasanya jammed. apalagi, kawan aku yang prihatin nie, tambah lagi pecutan kereta untuk menjadi juara f1. finally, kami selamat sampai di main poslaju before 7.30. nasib baik staff poslaju tengah sorting document. memang laju siot. rasa nak gugur jantung aku nie. dahlah bawa macam f1, radio kereta rosak lah pulak. aiseh!!! kereta bukan main laju tapi radio hampeh. :) the next day, driver f1 nie bagitau kawan aku yang lain, nurizah dalam kereta diam jer. mesti dier takut aku drive laju.

Thursday, April 1, 2010

boleh ker hidup tanpa wang? jawapannya TAK. semua perlukan wang. nak beli itu, nak beli ini. barang semua naik kan. betul ker wang boleh beli segalanya? boleh ker wang membeli kebahagiaan? confirm ker kalau ada wang, boleh hepi? dulu aku pun anggap kalau ada wang memang happy. apa yang aku nak, petik jari jer boleh dapat. tak perlu nak fikir macam2. ye lar time tue aku student lagi. depend ngan loan mara and FAMA. nak shopping pun nak fikir dua tiga kali. masa tue rasa tak sabar nak kerja and pegang duit sendiri. bila dah kerja, terbalik lah pulak. first time dapat gaji, memang excited. macam2 benda nak beli. :)) semakin lama aku bekerja, tetiba aku macam ada tak kena. rasanya macam ada sumthing lost tapi tak tau apa. setiap hari rutin aku sama jer, bangun tido, pergi ofis, balik umah, makan, ( kalau ada selera lah) tido dan pergi ofis balik. kekadang balik umah bawa kerja...i want my life back!!! gaji banyak pun kalau tak enjoy, best ker? masa tue memang membuktikan MONEY CANNOT BUY HAPPINESS...its true... no wonder lah orang2 kaya nie selalunya dapat heart disease, diabetic and hypertension. 3 in 1. beserderhana dalam semua aspek, insyallah, semuanya diberkati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...