thank you!!!

Monday, November 7, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

syukur alhamdulillah, aku masih lagi berpeluang menyambut hari raya korban pada tahun ini. hari raya tahun nie jatuh pada hari hari ahad, so hari isnin cuti umum. best !!! best !!! best!!! tetiba jer raya tahun nie aku rasa rajin semacam jer nak buat cheese kek dan lasagna. secara normalnyer, aku makan jer aper mak aku buat. janji boleh makan. plan asal, malam raya nak buat kek, pagi raya buat lasagna, so family aku boleh makan semasa breakfast. tapi, malam raya, my uncle ajak whole family makan seafood. balik rumah around 10pm, perut kenyang mana ader mood nak buat kek. cheese cake tue pulak kena susun2 biskut jadi lapisan, silap2 bukan biskut yang disusun tapi muka aku yang tersembam atas biskut. pagi raya, aku buat menu sekaligus. so, kek cheese jadi menu hari isnin, lasagna jadi menu minum petang. :) menu lain pulak, kambing panggang yang diperap dengan sos, mihun sup dan croissant.




kek cheese nie kawan aku yang bagi resepi. senang jer, tak payah bakar. freeze jer dalam peti sejuk. atas tue nampak comot sebab aku tak reti nak sapu rata2. :)


aku suka makan lasagna bila ex housemate, aku puan hidayah ishak yang masak untuk kitaorang. memang sedap dayah buat. teringat lagi sampai sekarang. :)

menu yang lain tak sempat tangkap gambar sebab mulut dah tangkap dulu... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...