thank you!!!

Sunday, February 5, 2012

VENICE part 4

sejam duduk dalam gondola, sekarang masa untuk jalan2 beli souvenirs. memang banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti beg, perhiasan rumah, keychain, pakaian etc. berjalan2 di sekitar venice seperti berjalan2 di set movie hollywood zaman 50an. kesemuanya bangunan yang hampir mencecah beratus2 tahun. kebanyakan kediaman asal telah diubahsuai menjadi hotel atupun kedai. setiap bangunan mempunyai ground floor yang sengaja dikosongkan sebagai persediaan jika air pasang. aku memang kagum dengan jurutera yang membina bandar venice keraana mampu membina bangunan yang kukuh sehingga kini.

sesi jalan2 di sekitar venice

trademark venice. venetian mask. venetian mask ini biasanya digunakan pada Carnevale. pelbagai rupa dan saiz. first time lihat, memang teringin nak beli, tapi bila lihat kali kedua, rasa seram lak pulak. imgine lah gantung mask nie kat dinding rumah?

ha!! yang nie pulak fav mak aku.



suasana di venice. kiri kanan semuanya kedai.

nougat!!!







bila berada di luar negara, situasi berjumpa dengan rakan senegara adalah sesuatu yang menyeronokkan. kiterorang berjumpa dengan famili yang peramah nie. famili nie dari kl dan g venice dari rom guna train.

sesuatu yang menarik di venice adalah murano glass. murano glass nie adalah barangan kaca yang dibuat khas di venetian island, murano. memang cantik dan harganya pun cantik. murano glass tidak terhad kepada perhiasan rumah tetapi juga untuk perhiasan diri seperti cincin, loket, subang dan rantai. paper weight pun ader gak. aku tidak berani mengmabil gambar barangan murano glass sebab khuatir mengenai peraturan di sana. so, seperti biasa, mr google jugak yang akan membantu

murano ring
credited to http://www.thelifeofluxury.com
murano vase
credited to elismuranoglass.com

murano rectangular pendant.
credited to http://www.muranoathome.com
murano pendant
credited to http://www.thesuzette.com

murano chandelier
credited to murano-store.com

murano plate
credited to murano-store.com

murano watch. aku ada beli seutas cuma mine silver strap. exact price tak ingat lah. antara 28 hingga 35 euro. trademark nyer design kat muka jam tue.

to be continued at VENICE part 5. probably the last part.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...