thank you!!!

Saturday, March 27, 2010

semalam, tengok filem nie kat tv2. aku tak pernah miss tengok. banyak kali tapi tak pernah jemu. bagi aku inilah filem melayu yang betul2 mendatangkan kesan kat aku. takde scene cinta2, takde heroin yang cun dan seksi, takde hero yang control macho tapi kaku, takde scene pusing2 pokok kat tepi tasik, tapi sudah cukup membuatkan aku terpaku depan tv. setiap kali layan cerita nie setiap kali tue jugak aku menangis. aku dilahirkan semasa zaman merdeka, tak pernah melalui zaman era komunis. syukur alhamdullillah. macam mana agaknya perasaaan atuk nenek aku dulu yek...sedangkan aku yang cuma tengok filem jer dah rasa takut...salah satu scene yang menyedihkan bila part seorang anak kecil namanya jamilah melihat ibu dan adiknya rebah lalu mati ditembak komunis di depan matanya sendiri. mesti kekal dalam ingatan sampai bila2 kan...betapa tingginya semangat juang anggota polis bukit kepong pada masa itu yang tidak mahu menyerah diri walaupun kekurangan peluru dan anggota polis. aku salute dengan watak jin shamsuddin yang mengambil berat hal ehwal anak buahnya. semoga semangat juang sebegini masih lagi wujud di kalangan anggota polis. kejamnya komunis yang sanggup membunuh tanpa belas kasihan. seolah2 nyawa manusia itu tidak beharga. memang patut chin peng tidak dibenarkan kembali ke malaysia. itulah padahnya menjadi seorang ketua komunis! semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada. dapat tau ada novel bukit kepong. nak!!! nak!!! nak!!! kat dbp mesti ada tak? kan best kalau stesen tv ulang siarkan filem jasmin 1 dan jasmin 2. rasanya sekali jer aku tengok tue pun masa kecik lagi. another quality malay movie.

KAMI ORANG- ORANG POLIS TIDAK AKAN MENYERAH DIRI DAN BIAR KAMI MATI DI SINI. BUKIT KEPONG MENJADI TANAH KUBUR KAMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...