thank you!!!

Sunday, June 13, 2010

2nd day at Kabong
tidur malam yang nyenyak sebab penat giler. pagi2 lagi dah ready untuk aktiviti2 sehingga petang. kami dijamu dengan special dish from kabong time breakfast. bahan utamanya tepung sagu. ada 4 jenis, suman ikan pari-pari, sotong, udang dan ikan lumek. bahan2 nie akan disalut dengan tepung sagu. kemudian dibakar. lepas dibakar, boleh lah makan tapi ada option lain, iaitu boleh digoreng. syaratnya mesti bakar dahulu sebelum digoreng. bagi aku, aku lebih suka digoreng. lebih rangup. ni lah suman... yang ni suman bakar.

lepas makan suman, aku order sepinggan mee goreng. harganya cuma rm2.50. memang berbaloi-baloi. no pic sebab rupanya sama seperti mee goreng biasa yang berharga rm3.50 di kuching. lepas breakfast, aktiviti utama pun bermula. pengagihan barang2 derma kepada yang kurang mampu. sebelum tue ada mesyuarat dengan penghulu kampung dan ketua2 kampung. new info, kabong adalah perkampungan melayu terbesar di sarawak. ada 12 ketua kampung semuanya. memandangkan kabong nie perkampungan nelayan, kebanyakan rumah didirikan di tepi sungai. jarak di antara rumah ke rumah memang kecil. mengikut info yang diberikan oleh kawan aku yang juga salah seorang pengiring, suasana semasa hari raya memang meriah. jalan2 kampung penuh dengan kereta ahli keluarga yang merantau. kereta pulak2 bukan calang2. ada vios pulak tue.

ada 16 buah keluarga semuanya. sebelum nie berpeluang melihat bersamamu, di tv3 sekarang nie live. semua yang hadir menitiskan air mata. harap2 lah student2 aku insaf. no pic sebab tak tergamak nak post kat sini. terima kasih lah kat penghulu dan ketu2 kampung yang terlibat. lepas lunch, kami semua bersemangat untuk aktiviti seterusnya, membersihkan ladang kelapa sawit.

on the way to oil farm

pintu masuk ke ladang

selepas kerahan tenaga di ladang, aktiviti seterusnya ialah melawat ke ladang penternakan sapi.

giler punya luas ladang nie. ada yang masuk ke ladang menaiki kereta dan ada yang berjalan kaki. sorang kawan aku drived kereta nya comel tue. huh!!! katanya , macam menunggang kuda. yang tak nak drive tue takut kereta rosak teruk memandangkan jalannya yang berlubang2. penat giler, seolah2 aku telah berjalan kaki mengelilingi trek lumba lari 400m sebanyak 4x!!! time tue pulak, matahari tegak kat atas kepala. aku sedapkan hati, takpe, ini salah satu teknik bakar lemak2 tepu kat badan.

itu yang kucari!!!

sapi bertuah

seriously, aku ingatkan ada sapi dalam kandang, berpeluang memerah susu sapi, bagi sapi makan tapi yang ada cuma 2 ekor sapi yang slim sedang syok meragut rumput. aiyak!!! cobaan!!! selepas tue akitiviti seterusnya melawat ke

kami didedahkan dengan misi dan visi pejabat perikanan ditubuhkan dan bagaimana ia berfungsi untuk menaiktan taraf hidup nelayan2 di sini. selepas itu, kami dibawa ke

yang nie best sebab berpeluang melihat cara2 memproses keropok untuk dijual. memang segar ikan nyer. fresh!!!

proses menyiang ikan

ikan yang telah diproses menjadi keropok. keropok ikan empirang. rm 7 untuk 500 gram.

akak nie boss keropok ikan nie. ini sesi memasukkan keropok untuk dijual kepada kami..

untung kakak tue, abis semua kami beli. selain membuat keropok, pusat ini juga membuat mee secara kecil-kecilan.

tepung diuli untuk dipotong menjadi kepingan mee

selepas dipotong, mee akan dilumur dengan minyak macam nie


sedia untuk dijual. lupa lak harga berapa sekilo.

mee nie kami tak dapat nak beli sebab takut basi on the way ke kuching sebab tak ada cooler box. tapi kami semua dijamu dengan mee goreng yang super sedap. terima kasih akak... kami pulang dengan perut yang kenyang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...