thank you!!!

Monday, June 14, 2010

pelajar zaman sekarang tak respect cikgu? dulu2, mana ada kes2 guru kena pukul, kena belasah, kena ugut oleh pelajar? tapi sekarang nie dah jadi suatu perkara yang biasa. setahu aku lah kan, ibu bapa zaman dulu2 memang menghormati guru. beruntung betul guru2 zaman dulu kan. mak aku cikgu gak. mostly kebanyakan famili aku memang terdiri dari cikgu2 lah. dari kecil, aku paling takut bila mak aku check buku2 sekolah. kalau salah, mak aku tanya kenapa salah. kadang2 kena marah sebab buat silly mistake. semasa sekolah rendah, macam biasalah, masih lagi budak2. aku didenda sebab bercakap dalam kelas semasa cigu tiada. denda nya menulis SAYA BERJANJI TIDAK AKAN BERCAKAP DALAM KELAS LAGI. bukan sekali tau, tapi 100x. sampai rumah, ntah macam mana terkantoi ngan sepupu then sepupu bagitau mak. apalagi, kena marah giler siap kena piat telinga. agaknya kalau mak bapak zaman sekarang, ada kot yang sumpah seranah cikgu tue sebab dera anak dier. tangan aku pernah kena rotan. bukan aku sorang tapi sekelas kena rotan. tak kiralah mak bapak ko siapa. aku tak ingat sebab apa sebab kena rotan. balik rumah, tangan aku masih lagi berbekas. punyalah takut kalau mak aku nampak. sebab mak aku tak akan sokong aku.bagi mak aku, cikgu tak akan marah tanpa sebab. kalau maka bapak sekarang, agknya dah buat polis report kot.dari kecil, aku dah diajar JANGAN MELAWAN CIKGU, IKUT KATA CIKGU. benda tue aku pegang sampai aku masuk uni. walaupun cikgu atau pensyarah tue garang mengalahkan singa, aku tetap rasa takut nak melawan. sebab bagi aku, kalau aku melawan pun, apa yang aku dapat? siapa yang bagi aku ilmu? bukan ker cikgu atau pensyarah yang macam singa tue kan. ilmu bukan untuk sehari dua tapi dibawa sampai mati. adakah dengan melawan, aku akan dapat A? erm, belajar jer betul2, insyallah dapat A. cikgu aku pernah bagitau, cikgu nie ibarat ibu . kata2 cikgu makbul seperti doa ibu. kalau awak melawan cikgu, samalah awak melawan ibu awak sendiri. kalau cikgu tak halalkan ilmu samalah seperti ibu yang tak menghalalkan perbuatan2 anak-anaknya. aku paling takut kalau cikgu aku tak halalkan ilmu yang diberi. belajarlah sampai nak mati, gerenti tak berkat.tapi pelajar zaman sekarang nie, aku tengok ramai yang tak hormat cikgu. bila dimarah skit, melawan cikgu, mengadu kat mak bapak. ada sesetengah mak bapak percaya anak mereke budak baik padahal belakang mereka anak jadi hantu. yelah, sapa yang percaya anak jadi hantu sebab anaknya bijak, depan mak bapak, pijak semut pun tak mati. aku berani jamin, kalau cikgu tak rotan tangan aku dulu, tak marah aku macam singa, aku tak akan duduk depan monitor nie. ntah2 komputer pun aku tak kenal. TERIMA KASIH CIKGU!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...