thank you!!!

Monday, October 26, 2009

around 11.30 am, makcik aku call bagitau her elder brother ( my uncle ) meninggal dunia, aku terkejut sangat. terus aku inform my HOS and terus drive balik rumah. on the way drive home, aku cuba nak pastikan kenapa tetiba jer meninggal. based on history, my uncle ada heart disease, dah buat bypass surgery around mac lepas. makcik aku pun tak bagitau sebab apa and aku pun tak sampai hati nak tanya banyak2 sebab makcik aku masih di hospital. lepas solat zohor, aku n cousin aku g umah uncle aku. bila aku masuk jer dalam rumah, kat ruang tamu dah ada katil. my uncle's only daughter, only 13 years old, terus menangis bila jumpa aku. aku cuma mampu bagitau, sabar, sabar, memang berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul. tapi itu jer yang mampu aku buat. aku peluk makcik aku ( my uncle's wife). masa tue aku rasa sebak sangat sebab my uncle's youngest kid only 7 years old!!! sementara menunggu jenazah sampai dari hospital, aku tolong kemas rumah, simpan apa2 yang patut. pukul 2.30 petang, barulah jenazah pakcik aku sampai, masa tue semua yang ada mengalirkan air mata. tambahan lagi melihat anak bongsu pakcik aku. blur jer... yang takda time tue cuma nenek aku dan anak pakcik aku yang ketiga. pukul 3, barulah cousin aku sampai. nenek aku lak sampai dalam pukul 4 petang. lepas isyak, barulah jenazah dimandikan terus dikapan dan dikebumikan keesokan harinya. bila aku renung jenazah pakcik aku, baru aku teringat 2 weeks before, aku bermimpi sebatang gigi geraham aku patah, masa tue tak pulak terfikir apa2.last time jumpa aku jumpa 3 days before dier meninggal, apa yang pelik, time tue, masa nak balik, pakcik aku melambai and tak bersalam seperti biasa. cara melambai pun lain. tapi, tak pulak terfikir apa2. yang paling menyentuh hati, semasa melambai tue aku duduk sebelah makcik aku yang bongsu. n terdengar perbualan terakhir antara makcik aku n pakcik aku nie. makcik aku nie tak sempat nak berziarah time raya dulu. bila sampai umah, pakcik aku lak keluar , so pakcik aku bagitau lah, bila mak sampai, kau datang umah aku tau, yer...memang betul, bila nenek aku sampai kat rumah, memang betul time tue jugak makcik aku nie datang umah dier. yelah, datang menziarahi arwah @ pakcik aku. paling sedih, bila keranda nak diusung keluar rumah, semua yang hadir menitiskan air mata, sepanjang hayatnya, pakcik aku memang ramai kawan dan sentiasa membantu terutamanya urusan berkaitan dengan pihak bank sebab pakcik aku dulu bekerja di bank. aku memang tak dapat nak control air mata bila tengok anak bongsu pakcik aku, apalah yang budak tau kan... tapi bila dah ajal, seminit pun tak dapat ditangguh. kita yang hidup nie teruslaha membuat amal kebajikan untuk bekalan akhirat kelak.

untuk makcik aku dan anak -anak ( 6 orang ) , bersabarlah dengan dugaan ini. kami yang lain sentiasa ada untuk membantu. jangan lupa banyakkan membaca surah yasin dan al fatihah untuk disedekahkan kepada arwah abah. doa anak yang soleh dan solehah lah yang menjadi bekalan abah ke akhirat.

AL FATIHAH
SYED HUSSIEN BIN TKU ABDULLAH
21 OKTOBER 2009 BERSAMAAN 2 ZULKAEDAH 1430








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...