thank you!!!

Monday, June 28, 2010

workstation aku kembali diserang tsunami. ingatkan bila dah step down PM, terurus skit tapi sama jer. aku ditugaskan untuk tolong member aku incharge LI. buat briefing, make sure semua student ada dokumen2 yang diperlukan, uruskan permohonan penempatan, uruskan tajuk projek, buat file assessment. whoa!!!! dulu, aku sendiri yang cari tempat LI, tak dapat tempat, salahkan diri sendiri lah . tapi kat sini, tak bole, student datang briefing jer dan isi borang jer. tue pun ada gak yang tak nak datang.
ada segolongan manusia yang mempunyai ciri-ciri berikut
1. perasan bagus
2. tahap PHD yang paling tinggi dari semua aspek
3. suka menunjuk2
4. materialistik tahap melampau
ok, pendekkan cerita lah, suatu hari, golongan ini telah menjatuhkan hukuman dengan orang lain dengan cara yang paling tidak adil. niatnya untuk menyingkirkan orang itu dengan cara yang paling memalukan dan dalam masa yang sama ingin membuktikan kepada orang lain bahawa golongan ini berkuasa. tapi mungkin golongan ini lupa, ALLAH itu MAHA KUASA. setelah disiasat, ternyata, tuduhan itu tidak berasas. nah!!! niat asalnya memalukan orang lain bertukar menjadi memalukan diri sendiri. berubah lah wei, semakin hari semakin menjelikkan tapi kadang kala melucukan. seolah2 melihat drama tv yang heroinnya merasakan dirinya seseksi angelina jolie, secantik aishwarya rai tetapi hakikatnya lebih hodoh daripada the ugly betty.

Monday, June 14, 2010

pelajar zaman sekarang tak respect cikgu? dulu2, mana ada kes2 guru kena pukul, kena belasah, kena ugut oleh pelajar? tapi sekarang nie dah jadi suatu perkara yang biasa. setahu aku lah kan, ibu bapa zaman dulu2 memang menghormati guru. beruntung betul guru2 zaman dulu kan. mak aku cikgu gak. mostly kebanyakan famili aku memang terdiri dari cikgu2 lah. dari kecil, aku paling takut bila mak aku check buku2 sekolah. kalau salah, mak aku tanya kenapa salah. kadang2 kena marah sebab buat silly mistake. semasa sekolah rendah, macam biasalah, masih lagi budak2. aku didenda sebab bercakap dalam kelas semasa cigu tiada. denda nya menulis SAYA BERJANJI TIDAK AKAN BERCAKAP DALAM KELAS LAGI. bukan sekali tau, tapi 100x. sampai rumah, ntah macam mana terkantoi ngan sepupu then sepupu bagitau mak. apalagi, kena marah giler siap kena piat telinga. agaknya kalau mak bapak zaman sekarang, ada kot yang sumpah seranah cikgu tue sebab dera anak dier. tangan aku pernah kena rotan. bukan aku sorang tapi sekelas kena rotan. tak kiralah mak bapak ko siapa. aku tak ingat sebab apa sebab kena rotan. balik rumah, tangan aku masih lagi berbekas. punyalah takut kalau mak aku nampak. sebab mak aku tak akan sokong aku.bagi mak aku, cikgu tak akan marah tanpa sebab. kalau maka bapak sekarang, agknya dah buat polis report kot.dari kecil, aku dah diajar JANGAN MELAWAN CIKGU, IKUT KATA CIKGU. benda tue aku pegang sampai aku masuk uni. walaupun cikgu atau pensyarah tue garang mengalahkan singa, aku tetap rasa takut nak melawan. sebab bagi aku, kalau aku melawan pun, apa yang aku dapat? siapa yang bagi aku ilmu? bukan ker cikgu atau pensyarah yang macam singa tue kan. ilmu bukan untuk sehari dua tapi dibawa sampai mati. adakah dengan melawan, aku akan dapat A? erm, belajar jer betul2, insyallah dapat A. cikgu aku pernah bagitau, cikgu nie ibarat ibu . kata2 cikgu makbul seperti doa ibu. kalau awak melawan cikgu, samalah awak melawan ibu awak sendiri. kalau cikgu tak halalkan ilmu samalah seperti ibu yang tak menghalalkan perbuatan2 anak-anaknya. aku paling takut kalau cikgu aku tak halalkan ilmu yang diberi. belajarlah sampai nak mati, gerenti tak berkat.tapi pelajar zaman sekarang nie, aku tengok ramai yang tak hormat cikgu. bila dimarah skit, melawan cikgu, mengadu kat mak bapak. ada sesetengah mak bapak percaya anak mereke budak baik padahal belakang mereka anak jadi hantu. yelah, sapa yang percaya anak jadi hantu sebab anaknya bijak, depan mak bapak, pijak semut pun tak mati. aku berani jamin, kalau cikgu tak rotan tangan aku dulu, tak marah aku macam singa, aku tak akan duduk depan monitor nie. ntah2 komputer pun aku tak kenal. TERIMA KASIH CIKGU!!!

Sunday, June 13, 2010

2nd day at Kabong
tidur malam yang nyenyak sebab penat giler. pagi2 lagi dah ready untuk aktiviti2 sehingga petang. kami dijamu dengan special dish from kabong time breakfast. bahan utamanya tepung sagu. ada 4 jenis, suman ikan pari-pari, sotong, udang dan ikan lumek. bahan2 nie akan disalut dengan tepung sagu. kemudian dibakar. lepas dibakar, boleh lah makan tapi ada option lain, iaitu boleh digoreng. syaratnya mesti bakar dahulu sebelum digoreng. bagi aku, aku lebih suka digoreng. lebih rangup. ni lah suman... yang ni suman bakar.

lepas makan suman, aku order sepinggan mee goreng. harganya cuma rm2.50. memang berbaloi-baloi. no pic sebab rupanya sama seperti mee goreng biasa yang berharga rm3.50 di kuching. lepas breakfast, aktiviti utama pun bermula. pengagihan barang2 derma kepada yang kurang mampu. sebelum tue ada mesyuarat dengan penghulu kampung dan ketua2 kampung. new info, kabong adalah perkampungan melayu terbesar di sarawak. ada 12 ketua kampung semuanya. memandangkan kabong nie perkampungan nelayan, kebanyakan rumah didirikan di tepi sungai. jarak di antara rumah ke rumah memang kecil. mengikut info yang diberikan oleh kawan aku yang juga salah seorang pengiring, suasana semasa hari raya memang meriah. jalan2 kampung penuh dengan kereta ahli keluarga yang merantau. kereta pulak2 bukan calang2. ada vios pulak tue.

ada 16 buah keluarga semuanya. sebelum nie berpeluang melihat bersamamu, di tv3 sekarang nie live. semua yang hadir menitiskan air mata. harap2 lah student2 aku insaf. no pic sebab tak tergamak nak post kat sini. terima kasih lah kat penghulu dan ketu2 kampung yang terlibat. lepas lunch, kami semua bersemangat untuk aktiviti seterusnya, membersihkan ladang kelapa sawit.

on the way to oil farm

pintu masuk ke ladang

selepas kerahan tenaga di ladang, aktiviti seterusnya ialah melawat ke ladang penternakan sapi.

giler punya luas ladang nie. ada yang masuk ke ladang menaiki kereta dan ada yang berjalan kaki. sorang kawan aku drived kereta nya comel tue. huh!!! katanya , macam menunggang kuda. yang tak nak drive tue takut kereta rosak teruk memandangkan jalannya yang berlubang2. penat giler, seolah2 aku telah berjalan kaki mengelilingi trek lumba lari 400m sebanyak 4x!!! time tue pulak, matahari tegak kat atas kepala. aku sedapkan hati, takpe, ini salah satu teknik bakar lemak2 tepu kat badan.

itu yang kucari!!!

sapi bertuah

seriously, aku ingatkan ada sapi dalam kandang, berpeluang memerah susu sapi, bagi sapi makan tapi yang ada cuma 2 ekor sapi yang slim sedang syok meragut rumput. aiyak!!! cobaan!!! selepas tue akitiviti seterusnya melawat ke

kami didedahkan dengan misi dan visi pejabat perikanan ditubuhkan dan bagaimana ia berfungsi untuk menaiktan taraf hidup nelayan2 di sini. selepas itu, kami dibawa ke

yang nie best sebab berpeluang melihat cara2 memproses keropok untuk dijual. memang segar ikan nyer. fresh!!!

proses menyiang ikan

ikan yang telah diproses menjadi keropok. keropok ikan empirang. rm 7 untuk 500 gram.

akak nie boss keropok ikan nie. ini sesi memasukkan keropok untuk dijual kepada kami..

untung kakak tue, abis semua kami beli. selain membuat keropok, pusat ini juga membuat mee secara kecil-kecilan.

tepung diuli untuk dipotong menjadi kepingan mee

selepas dipotong, mee akan dilumur dengan minyak macam nie


sedia untuk dijual. lupa lak harga berapa sekilo.

mee nie kami tak dapat nak beli sebab takut basi on the way ke kuching sebab tak ada cooler box. tapi kami semua dijamu dengan mee goreng yang super sedap. terima kasih akak... kami pulang dengan perut yang kenyang.

Sunday, June 6, 2010

my first trip to kabong and sri aman! 16 student dan 5 pengiring. konvoi beramai2. 5 buah kereta lah. kuching ke kabong mengambil masa 5 jam tapi kami punya ambik masa 6 jam sebab lunch di sri aman. bertolak pukul 10 pagi dan sampai around pukul 5 petang. inilah rumah persinggahan kami....


ada 3 bilik semuanya termasuk bilik vip. tutor pengiring (semuanya perempuan) dan pelajar perempuan masing2 shared satu bilik. pelajar lelaki stayed kat ruang tamu yang super duper luas lengkap dengan tv set dan sofa. resthouse nie okay lah sebab lengkap. ada dapur, ada dining hall lengkap dengan meja makan. ada 2 buah peti sejuk lagi. kami sampai dalam pukul 5 petang so lepas tue student dah kemaruk nak pergi pantai. maklumlah kat kuching bukan selalu g pantai pun. ok lah sebab tak ada aktiviti lagi kan. sampai kat pantai ada resort rupanya. tapi nasib baik lah tak stay kat situ sebab sunyi sangat. yer lah, kat tepi pantai kan. tapi tempatnya memang aman dan menenangkan.








more pics on the next day....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...