thank you!!!

Thursday, September 30, 2010

nie blog aku lah, sukati lah nak cakap apa lah kan. dah kira baik aku tak reveal nama. apa yang aku rasa tak patut ialah sikap manusia yang selfish. aku menjaga kebajikan ramai orang so, banyak benda yang perlu diambil kira. ko pulak cuma seorang sahaja. wajarkah aku mengorbankan kebajikan yang lain semata2 untuk kebajikan seorang. adil ker? dalam situasi aku, banyak point yang aku buktikan memang salah ko pun cuma aku tak nak kecoh2. patutkah ko minta tolong, then tak dapat, ko maki hamun pulak orang tue. patut ker? contohnya ada orang minta sedekah, tapi orang tue tak cukup duit, yang mintak sedekah pulak marah sebab tak cukup duit. logik akal, memang tak patut tapi kalau logik emosi, patut kot. logik akal ikut akal, logik emosi ikut emosi. mana lebih bijaksana, akal atau emosi?

Sunday, September 26, 2010

ada sesuatu yang aku nak share tapi aku bimbang ia akan dijadikan satu isu yang maha besar. penat tau melayan kerenah manusia yang boleh dikatakan agak kurang bijak dalam menangani masalah. macam manalah ko dipilih ek? takpe, satu hari nanti, ko akan tau jugak, langit tue tinggi atau rendah. kalau ikutkan aku boleh jer type nama ko kat sini biar satu dunia nie tahu. tapi tak nak memalukan ko sebab aku ada otak.

Saturday, September 18, 2010

ingat lagi tak dengan entry nie, my belated 'birthday gift' was a baby girl, Qisya Aqilah Amir

11 september 2010, 6.51 pm
auntie 5-18, dtgla tgk bb gurl...bb lahir kul 10.39am td...

congrats for mummy and papa Qisya, ada 'handbag baru'
mummy Qisya, selamat menguruskan badan...

next mummy to be...mummy dayah, mummy iwana n mummy yana... :)


dulu, kecoh dengan mona fendy, mangsanya datuk mazlan yang dikerat 18. kemudian canny ong yang dibakar. kerat sudah, bakar pun sudah so upgrade guna c4 lak. dalam sibuk nak beraya, kecoh pulak dengan kes datuk sosilawati lawiya. kali nie dibakar kemudian abunya dibuang ke sungai. memang ala2 filem tamil lah pulak. mereka nie ingatkan bakar orang macam bakar suratkhabar kot. takde hati perut langsung!!! agaknya apa perasaan mereka nie bila buat keja bodoh nie?!!! esok lusa ntah apa lagi yang akan berlaku. nyawa manusia sekarang nie memang takde value ek. apa2 cuma tunggu perbicaraan dan nasib kesemua2 manusia2 gila ini.

Wednesday, September 15, 2010




selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. tahun nie memang takde mood nak beraya. ziarah ke rumah family member dan selebihnya tunggu tetamu datang. aku mesti lakukan sesuatu supaya mood raya datang kembali. biar lah jadi rahsia dulu ek. nanti jadi issue besar lak. al maklumlah ada di kalangan manusa nie yang suka mengadu domba. yang sebesar kuman dijadikan sebesar dinasour. yang besar tue cuma ditokok tambah saja. time2 tunggu tetamu, sempat tangkap pic lak. layan jer lah. malas nak rotate ek. sowi!!!

Saturday, September 4, 2010

tahun nie, HONESTLY, aku tak tau bila raya. baru 2-3 hari lepas, aku realized lebih kurang seminggu lagi nak raya. last year, dalam waktu begini, aku sibuk mengisi borang cuti raya. tahun nie, aku tak terhegeh2 isi borang cuti raya. dalam otak aku, takde langsung imej2 berkaitan hari raya. yang ada cuma imej fail yang bewarna putih. 3 hari berturut2, aku berbuka puasa di ofis. best gak buka puasa ramai2 ek. hopefully, malam nie malam last aku berbuka puasa di ofis. so far, 96% dah settle. so, esok pagi, aku cuma print 4 KEPING dokumen sahaja. dah siap print, boleh lah aku declare fail aku siap 100%. pas tue baru isi borang cuti raya. ahad nie, aku plan nak kemas rumah. this semester, final exam lepas raya. tahun lepas, before raya. orang sibuk beraya, aku sibuk menyemak exam paper. ini bermakna, kereta aku bukan lagi stor simpan paper final exam. kalau aku bawa ke rumah, memang nak kena marah dengan mak aku lah tue. :0 yer lah, time raya orang sibuk kemas rumah, aku pulak sibuk sepahkan rumah dengan paper final. kalau sepuluh orang takpe gak. ini seratus lebih. raya kali nie, aku nak rehatkan minda dan tidur secukup-cukupnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...