thank you!!!

Friday, November 26, 2010

sebulan lepas, aku mengalami simptom-simptom seperti
1. malas nak g ofis
2. takde mood nak mengajar
3. malas nak buat semua kerja di ofis
4. malas nak fikir2 apa yang berkaitan dengan kerja even tengok file rasa macam nak mengamuk jer.
5. malas nak mekap g ofis. toner + moisturizer + foundation + face powder. no eye shadow, mascara, blusher even lipstick.
my fren asked me to go for holiday. holiday!!! sounds great. my mum baru balik dr korea n beijing. me? :( my mum memang ajak tapi bila fikir kena replace kelas dengan teaching load 20, belum lagi filing...hasrat nak makan original kimchi dan bulgogi, nak feeling ala2 winter sonata, terus hilang ditiup angin. cheh!!! currently, my ofis ada management restructuring . we got new principal. ok, no comment.

Saturday, November 20, 2010

aku pernah kenal seseorang yang panas baran. bagi aku aura panas barannya sangat panas. certain time, ok, certain time, aku rasa macam nak bagi jer kat dier. yang geramnya, kalau dier ajak bercakap, even time tue tengah moody so kureng nak layan, kecik ati pulak TAPI bila dier tengah moody but then suddenly kita yang TERlepas cakap, terlebih gurau or etc hanginnya macam gunung berapi. honestly, aku memang dah malas nak layan orang macam nie. tanya satu, aku jawab satu. tak tanya, aku buat tak tau. iyer, memang dier terasa bila satu hari, aku memang tak layan langsung. sepatah pun aku tak jawab soalan dier. pandai pulak tanya kat orang lain nape aku macam tue. amboi!!! kalau kau boleh pulak yer. kesian kat kau. ada masalah emosi yang sangat teruk. lama2 orang lain boleh tahan ker dengan sikap ko tue? berubahlah, kalau kau tak nak orang buat macam tue kat kau, so kau pun buatlah benda yang sama. kekadang aku terfikir adakah ini salah satu ciri orang yang sudah lanjut usia? bukan makin berusia, makin matang ker? :)

Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aidiladha. nothing much special for this raya. pagi2 lagi, erm...8.30 pg, pg lagi ker? my mum kejutkan sebab nak aku beli pepper, ajinomoto, gula dan nescafe 3 in 1. lepas mandi dan breakfast terus drive. tempat pertama aku pergi, supermall dekat rumah. CLOSED. explore lagi in case ada kedai runcit bukak. CLOSED jugak. aiseh!!! then jumpa 2 kedai runcit. kedai 1 aku beli ajinomoto, yg lain takde. kedai 2 ada gula. last2 aku drive g pusat bandar. nasib baik jalan lengang. sampai umah dalam pukul 11 tengahari. menu hari raya tahun nie

1. sup ayam cicah dengan roti
2. ayam masak merah
3. kek butter cheese
4. laksa sarawak
5. cupcake
6. murtabak
7. cheese cake
8. dadih anggur.

menu 4 ke bawah, jiran-jiran yang kasi. sistem barter . hahahaha...

Friday, November 12, 2010

semester okt dah start seminggu. seriously, cuti semester kali nie memang tak merasa nikmat cuti langsung. mqa visit, filing dan etc. alih2 jer, student dah register. semester nie, ada banyak benda baru. oppss, bukan banyak tapi terlampau banyak. semester kali nie, aku cuba belajar buat setakat mampu untuk task yang diberikan. badan aku dah cukup penat. kalau banyak sangat berdiri, belakang badan aku terutamanya bahagian pinggang, akan rasa sakit. aku tak nak lagi bersungguh2 buat kerja tapi at the end, sama jer macam tak buat langsung. bukannya nak rebelliuous tapi aku rasa ada certain time, aku harus ada time untuk diri sendiri dan menikmati nya tanpa ada rasa bingung, risau dsb. badan mesti kena jaga, kalau tidak tidak tahan lama... :) kerja sampai mati pun tak akan siap so, nikmatilah kehidupan jika masih berkesempatan. periuk besar, banyaklah nasinya, periuk kecil, sedikitlah nasinya. situasi aku sekarang, periuk kecil tapi nak nasi banyak. mana tak nasi melimpah keluar. so, siapa yang rugi?
  • S = Specific
  • M = Measurable
  • A = Attainable
  • R = Realistic
  • T = Timely


Thursday, November 11, 2010

at last, drama CHINTA dah abis. kahwin jugak dengan rasul iman. tapi ader ker isteri sebaik sadatul saadiah ? faradhiya macam tak sesuai jer bawak watak tue. maybe sebab aku masih teringat lakonannya dalam spa q. macam langit dengan bumi. fasha sandha memang sesuai dengan watak CHINTA. perangai fasha yang suka berparti tue, itu aku tak nak komen lah. yang penting lakonannya hebat. mula2 tengok drama nie, macam kelakar jer, ramai watak utamanya dah 'mati' awal. maybe cerita nie agak biasa bagi sesetengah orang tapi bagi aku, banyak mesej yang cuba disampaikan. lakonan aida radzwill memang annoying lah. dari cara bercakap malah nada suara pun dah cukup membuatkan aku rasa macam nak jerit SHUT UP!!! :) yang paling best, tudung2 yang dipakai semuanya cantik. jarang drama melayu yang mencipta watak chinta yang marahkan ALLAH. walaupun chinta marahkan ALLAH, tapi ALLAH yang memberikan hidayah untuk chinta. aku ingatkan chinta kejam sehingga lah episod akhir tapi jadi baik lah pulak. anyway, drama nie memang ada aura sehinggakan aku sanggup menempuh traffic jam supaya aku sampai umah before 6.30.
p/s yang jahat tak semestinya kekal jahat dan yang baik pun tak semestinya kekal baik. yang menentukan ahli syurga dan ahli neraka bukannya manusia tetapi ALLAH SWT.

Thursday, November 4, 2010

bila aku busy, aku tak akan sempat buat kerja2 lain yang langsung takde kaitan dengan task aku. tapi aku rasa kelakar, bila ada manusia yang asyik complained banyak keja, tapi status FB sempat lak nak update. alangkah baiknya jika masa yang digunakan untuk update status FB, digunakan dengan cara yang betul. kalau task dah siap, tak kisahlah nak update setiap minit pon. lain kali, apply keja jadi FB analysist kay...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...