thank you!!!

Sunday, December 4, 2011

last weekend dating dengan bella dan edward, weekend kali nie dating dengan hariz dan izzah. before keluar rumah, kitaorang, me and afiqah dah lunch, masih lagi kenyang so cuma lepak kat starbucks.

espresso frappuccino for me and mocha frappucino for afiqah

american baked cheesecake for afiqah

red velvet cake for me

chocolate macaroon for me... there goes my diet plan... hehehehe

okay, sekarang kisah date dengan hariz dan izzah

siapa yang pernah baca novel ombak rindu, mesti teruja dengan movie nie. aku baca novel nie di uni. memang best!!! seperti biasa, bila novel ke filem, mesti jalan cerita berubah. samalah seperti filem lagenda budak setan. mengenai watak, aaron aziz dan maya karin berjaya tetapi lisa surihani macam ada yang tak kena. ada banyak perubahan dalam movie nie tapi so far masih lagi menarik untuk ditonton.

1. makcik izzahm puan hajar digambarkan sebagai seorang yang lumpuh dan baik dengan izzah, tetapi dalam novel, makcik izzah nie seorang yang garang, benci dan cemburu dengan izzah kerana suaminya meminati izzah.

2. hariz pertama kali berjumpa dengan izah apabila kereta hariz hampir melanggar izzah. dalam novel, hariz berjumpa izzah di kelab malam dalam keadaan izzah yang mabuk.

3. hariz menghantar izzah ke sebuah rumah kampung sedangkan dalam novel, izzah tinggal di apartmen.

4. semasa pak dollah menghantar izzah ke klinik, anak pak dollah, najwa ternampak pak dollah lalu menganggap izzah isteri muda ayahnya. najwa memberitahu mak jah menyebabkan mak jah merajuk sehingga mengambil keputusan tinggal di najwa di seremban sedangkan dalam movie pak dollah dan mak jah yang menemui izzah sakit ketika menghantar keperluan dapur.

5. izzah pengsan dalam toilet tetapi dalam novel izzah pengsan dalam bilik tidur.

6. hariz dan izzah kantoi dengan pak dollah dan isterinya ketika berpelukan dalam bilik. dalam novel, hariz dan izzah kantoi ketika pak dollah dan mak jah menemui hariz tidur bersama izzah di rumah pak dollah.

7. dalam novel, hariz mempunyai seorang adik perempuan yang bernama hazirah tetapi dalam movie watak hazirah tidak diwujudkan.

8. gambar izzah bersama hariz yang ditangkap oleh spy datuk sufiah sebenarnya gambar hariz dan izzah berpelukan di koridor apartmen tetapi dalam movie, gambar di tepi kereta.

9. ayah angkat hariz mempunyai isteri kedua dan adik tiri yang bernama musliha. musliha pulak berkawan baik dengan izzah ketika izzah menyambung pelajaran. ketika izzah dipecat dan dihalau keluar dari apartmen, izzah menetap bersama ibu tiri hariz dan bekerja di butik pakaian milik ibu tirinya. dalam filem, izzah menetap dengan pak dollah dan mak jah.

10. dalam movie, datuk sufiah menfitnah izzah mempunyai hubungan dengan mail tetapi gambar dalam movie adalah gambar izzah bersama hudhairi.

11. izzah terlanggar tunggul kayu ketika berlari mengejar hariz sehingga menyebabkan keguguran. dalam movie, kandungan izzah selamat.

12. ketika scene pak dollah memarahi hariz, sebenarnya ketika itu hanya ada pak dollah dan hariz sahaja. datuk sufiah pula mencuri dengar pergaduhan pak dollah dan hariz dan mengalami serangan jantung apabila mengetahui hariz adalah anak angkat. datuk sufiah rebah dan meninggal dunia. sebelum menghembuskan nafas terakhir, datuk sufiah menyebut nama hazirah.

13. rumah pakcik taha terbakar dan menyebabkan kematian makcik hajar yang ditinggal berseorangan di rumah selepas pak taha pula melarikan diri.

.14. mila berjumpa dengan izzah di rumah tetapi dalam movie, di sawah lah pulak.

15. izzah mengutip comel di perhentian bas. tetapi sebenarnya comel adalah hadiah dari hariz lengkap dengan rumah kucing dan keperluan yang lain dengan pertolongan wafiah. wafiah merupakan cat lover.

16. dalam movie, hariz kemalangan ketika mengejar izzah. sebenarnya punca kemalangan tidak diketahui. izzah berpeluang menemui hariz di hospital dengan bantuan sulaiman, pekerja hariz. ketika kemalangan, hariz dalam perjalanan untuk berjumpa izzah.

17. last scene, yang atas bot tue. memang berbeza. hariz dan izzah sedang menonton tv menyaksikan mila menerima anugerah.

18. izzah bekerja dengan hariz usai izzah menyambung pelajaran.

apa2 pun, osman ali berjaya menarik hati penonton dengan scene ladang teh yang cukup cantik. kalau lah aku berpeluang bercuti di ladang teh, best nyer... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...