thank you!!!

Friday, December 2, 2011

sejak cuti sekolah nie, rumah aku dah bertukar menjadi kelas mengaji lepas maghrib. kelas mengaji setiap malam kecuali weekend. actually yang mengaji tue sorang jer, anak cousin aku. lepas mengaji, sesi borak + minum + makan... memang best bila lepak ramai2 . macam2 cerita keluar, dari salasilah keluarga hinggalah yang paling latest... 2 malam berturut2 borak pasal saka dan hantu. malam first, aku memang tertarik tapi bila masuk malam kedua, jatuh lak malam jumaat, rasanya better aku layan astro. sepanjang hidup aku, ada 2 pengalaman seram yang aku experienced sendiri. kedua-duanya berlaku di hostel.

kisah seram 1
lepas tamat sekoalah rendah, aku masuk boarding school. sekolah tue pulak dikelilingi dengan hutan. depan sekolah aku ada pantai. hostel aku terletak2 betul2 tepi hutan. cuma dipisahkan dengan pagar dawai jer. bilik aku lak nun di hujung blok. bilik yang paling dekat dengan stor baldi dan toilet. memang scary lah kan. dalam bilik aku ada 8 orang dan semuanya single bed. kisah nie terjadi semasa aku form 1. malam tue aku tetiba terjaga tengah malam. dalam pukul 3 pagi rasanya. aku terjaga sebab terdengar ada bunyi ketukan di pintu. aku terfikir sapa lah nak ketuk pintu bilik aku pagi2 buta. member2 aku yang lain semuanya tidur. aku tenung jer pintu bilik. rasa takut usah cakap lah. dalam masa 5 minit, ketukan pun berhenti. directly lepas ketukan berhenti, angin tiba2 kuat bertiup dalam bilik aku. kuat sangat2 hinggakan langsir bilik aku seolah2 terapung2 di udara. nasib baik lah di luar bilik aku, lampu koridor terpasang. semasa angin kuat bertiup tue, aku tengok kat tingkap sebelah pintu tue, tak de lah pulak imbasan manusia. kalau ikut logik, jika manusia yang mengetuk pintu, for sure lah aku boleh nampak imbasan manusia apabila berjalan di koridor. aku pasang telinga in case etrdengar bunyi selipar ker tapi nothing. di kiri dan kanan pintu ada tingkap. so, aku boleh nampak sesiapa yang pergi dan balik ke toilet sebab sebelah bilik aku adalah stor baldi dan toilet. aku terus baca ayat kursi sambil tutup mata2. sedar2 dalam pukul 4.30 pagi. normal me, aku akan mandi awal sebab tak nak berebut2 mandi. aku biasanya yang pertama masuk toilet. tapi pada hari tue, aku tunggu sehingga aku yakin manusia betul2 yang g toilet. pagi esoknya, semasa bersiap2 nak g sekolah, aku tanya member aku, dier perasan tak angin kuat malam semalam. mestilah jawapannya tidak. sampai sekarang aku masih ingat lagi langsir bilik aku yang ditiup angin kuat malam tue.

kisah seram 2
yang nie pulak berlaku bila aku di uni. belakang hostel aku ada kawasan padang rumput yang memisahkan hostel lelaki dengan perempuan. meja study pulak memang menghadap betul2 padang rumput nie. kalau siang hari, memang cantik tapi kalau malam, memang menakutkan. bilik aku lak first floor dan berdekatan dengan toilet. memang nasib tak baik kan. :) dalam bilik ada 3 orang dan ada 1 katil double decker dan 1 single bed. aku guna katil double decker dan aku pilih tidur atas. roomate aku lak senior so, dier pilih single bed. masa tue dalam bilik ada 2 orang jer. ntah kenapa malam tue, kitaorang teringin nak dengar lagu semasa tidur. so, kami pinjam lah radio kawan. masa tue pulak ada channel lagu jiwang time tengah2 malam. masa tue kitaorang ready nak tido dan siap tutup lampu. semuanya ok sehinggalah lagu nyanyian ezad dan safura. tajuk nyer andang cintaku menyala. mula2 lagu tue ok sehinggalah di pertengahan lagu, aku terdengar ada suara yang cukup halus, sayup2 tapi sedap yang turut menyanyi. ntah kenapa, mulut aku laju jer bertanya kat roommate aku, kak mid, ada dengar sesuatu tak, bunyi aper tue? roomate aku lak tak menjawab dan mukanya dihadapkan ke dinding. aku lak assume dier dah tidur tapi aku rasa pelik, takkan cepat sangat tido padahal baru jer baring2 atas katil. bila soalan aku tak dijawab, aku pun diam jer lah. masa tue aku tak pulak rasa takut, maybe aku salah dengar kot. pagi esok, aku borak2 dengan roommate aku, so keluarlah kisah malam semalam. rupa-rupa nyer roommate aku memang mendengar suara tu. tapi pura2 tidur. dier siap sound aku yang 'terlepas' soalan tue. masa tue lah tetiba bulu roma aku meremang. masa tue baru aku rasa takut. jiran sebelah aku lak ada bagitau kitaorang, malam2 dier selalu dengar tingkap bilik dekat meja study diketuk orang. dier ingatkan kitaorang yang ketuk. sapa nak ketuk tingkap kat tingkat 1? kalau aku nak ketuk pun, aku kena panjat atas meja study. malam esoknya, kitaorang pasang cd yasin. sejak malam tue, radio diharamkan dipasang di bilik kami. :) bila ingat balik, agaknya apa reaksi aku bila suara itu menjawab soalan aku? maybe aku jatuh tergolek kot.

4 comments:

~Marcell~ said...

Kat tpt keja? Huhu

mylifemythotz said...

tempat bunga terbalit ya kah? huhuhu

~Marcell~ said...

Sine bunga tbalit? Hehe

mylifemythotz said...

tempat bunga yang terbalik ya... sik kan ko dah lupa. alu ko meli bunga baru...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...