thank you!!!

Friday, October 29, 2010

rasa marah sangat nie, marah dengan manusia yang suka menyusahkan orang. educated tapi aku tak sure otak letak kat mana. kat tempurung lutut kot. sabar aku ada hadnya. satu hari akan meletup juga. sibuk nak uruskan orang lain, tapi life sendiri tunggang langgang. macam tin kosong, kalau diketuk, bunyi punyalah kuat tapi, isinya? nan hado!!!

Saturday, October 16, 2010

setelah bertungkus lumus prepare segala document, akhirnya hari yang ditunggu, MQA visit. kali nie, aku agak nervous sebab panel kali nie expertise dalam histopatologi which was my subject for every semester. aku lah yang first time mengajar subjek nie dari first batch sehinggalah sekarang. daripada nota tak lengakp sehinggalah ada modul. semasa lawatan premis, semua tutor mesti ready di dalam lab masing2. my lab was shared with anatomy subject. anatomy kan ader related gak ngan histopatologi. histapatologi more to slide processing for microscopic observation. the panel puas hati dengan segala slides yang ada. untuk subjek patologi, mostly semua prepared slide since the subject was more to cancer. ingat senang ker buat slide yang ada kanser? untuk histopatologi, student yang akan buat slide. semua slide tue aku simpan for collection. time interview, akulah yang banyak ditanya. :) im in the 2nd group tapi semasa 1st group sedan interview lagi, panel tue dah mencari aku. whoa!!! im the wanted person!!! lepas interview, aku rasa lega sangat. petang tue pulak, ada meeting tapi secara santai. time tue mata aku memang tak dapat tahan punyer. iyerlah, mana tak ngantuk. malam before MQA visit, aku balik dalam pukul 12 tengah malam. sampai rumah sambung kerja sampai pukul 1.30. tertidur depan tv sehingga pukul 2.30 pagi. pas tue sambung sehingga pukul 4 pagi. bangun balik dalam pukul 6.30 pagi. g ofis pukul 7 pagi. touch up file untuk kali terakhir. balik malam tue, memang aku qadak tido puas2. pukul 8 malam sehingga lah pukul 630 pagi. nasib baik hari sabtu cuti umum, dapat lah rest lebih skit. :)

Thursday, October 14, 2010

what a bad day!!! hari nie, aku spent extra time kat ofis. bukan aku sorang yer, ramai lagi yang senasib. hahahaha...kira2 pukul 8 malam, aku mengalihkan kereta aku parking kat depan pintu ofis. senang nak balik... waktu tue pulak hujan dan takde lampu on the way nak ke parking lot. dalam syok2 aku berjalan, tiba2 aku terlanggar ataupun lebih tepat, tersepak sesuatu yang berbulu. time tue dah rasa lain dah, aku konar ikut jalan lain. dalam masa yang sama lah, aku ternampak kelibat seekor ANJING melintas dengan selambanya. jawapan kepada sesuatu yang berbulu itu adalah seekor ANJING. korang dapat agak lah kan, apa yang berlaku kepada aku seterusnya kan. tersepak seekor anjing dalam hujan lebat... apa hukumnya? nasib baik lah anjing tue tak menyalak. kalau tak, mau aku terkejut giler kat situ. maybe anjing tue dah familiar dengan bau aku kot. :) ntah2 anjing tue tengah syok bermimpi, alih2 kena sepakan tanpa niat dari aku.

Monday, October 11, 2010

superlove the wedding of dato dr. sheikh muszaphar shukor and datin dr halina mohd yunos!!! thumbs up!!! tak meleret-leret macam wedding mawi and ekin. mana lagi naik bot, naik kuda lah... at last mawi and ekin yang tengok aku tido... yang nie very simple, nice, elegant, exclusive and unique. rasa macam sekejap jer dah abis. rasa tak puas lah pulak. dr halina pulak very down to earth. sentiasa senyum dan tak kontrol ayu. she just be herself. i love her make up too. simple and natural :)) perhiasan dewan pulak lebih menyerlah. maybe disebabkan kerusi yang digunakan lebih kecil kot. itu pendapat aku yang tak professional nie. i love the blue spotlight. ala2 kat angkasa gitu. and the best part was the soyuz wedding cake with the couple initial. whoa!!! cuma kan best kalau kek tue diletakkan melintang. at least dapat gak dipotong kan. baju dr halina semasa cake cutting memang ala2 astronaut lah. design biasa jer. lagi cantik kalau pakai wedding gown ala2 astronaut. to dato and datin, selamat pengantin baru dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat. u r born for each other and the most cheerful bride and groom i have ever seen.

Sunday, October 10, 2010


cute!!!

serba hijau
10.10.10. a perfect date for a wedding. pagi nie, majlis persandingan kawan aku. tema hijau. gambar pengantin nyer takde kat aku. kat OP jer. so, sempat tangkap gambar katil pengantin dan kereta jer lah. to faiza fuzanne dan pasangan, selamat pengantin baru. semoga kekal sehingga ke akhir hayat...




yeay!!!! lastly, dapat gak try eda cupcakes nie. sedap esp the cookies.. sesapa nak order cupcakes nie, surf kat sini kay...

Thursday, October 7, 2010

mqa revisit next week. again!!! sigh!!! tapi whole department macam biasa jer. before nie, macam kena serang taufan. well, for mqa, kami dah immune kay... :) final dah lepas, paper checking pun dah. pasnie meeting, bengkel, meeting, bengkel, lagi, lagi dan lagi. tak habis2. filing latihan industri tak siap lagi nih. tak idea nak blogging, chow beb
tak lama lagi musim makan nasi minyak. it means kenduri kahwin. 10.10.2010, ex officemate kahwin. 20 september, iwana kahwin. dayah lak 29 januari. oppss...my 'old friend' pun included in the wedding list. hahahaha... actually entry nie khas untuk my old friend. untuk kamu aka kawan lama dalam kurungan, selamat menempuhi alam baru. akhirnya jumpa jugak pilihan hati. harapnya itu lah yang terakhir yer. harapnya takder ler dengar ko bercerai berai pulak lepas nie. sekarang nie, kat dunia pun dapat cash tau. anyway, selamat pengantin baru. what you give you get back!!!

Wednesday, October 6, 2010


kononnya, hari ahad tue, nak habiskan menyemak paper exam. iyer lah tue!!! tengah syok menyemak, tetiba tv3 siarkan trailer magika, macam best jer... tanpa sedar terus jatuhkan pen, check cinema online, touch up skit2, terus drive g spring... menyemak konon!!! hahaha!!! nasib baik ader membership mbo, tak yah baris panjang2.... terhibur sebab lagu2 yang best... KRU lah katakan. scene pun cantik. cuma mawi jer kaku semacam. the best part, dalam filem nie ada macam2 watak. ada mahsuri, pak pandir, mak andeh, hang tuah and the gang, badang, bawang putih n bawang merah, nenek kebayan, puteri bunian, puteri gunung ledang and last but not least, naga tasik chini. semua nie cerita2 dongeng yang memeriahkan era kanak2 ribena aku dulu. budak zaman sekarang nie, familiar ker dengan cerita2 dongeng nie? buku cerita nie lah yang aku cari setiap kali g library atau book store. :)) kalau harry potter tue, kenal lah kot.. hehehe... lagu yang paling best, time closing. muzik cam closing theme filem duyung jer. watak yang paling best adalah ziana zain. memang garang beb. ada satu part yang buat aku tergelak.. scene ning baizura with sabri yunus. ning (puteri gunung ledang) sedih sebab dah hodoh dan gemuk. dialog sabri memang kelakar. hang tuah and the gang lak cakap utara. so far, filem nie menghiburkan lah. memang kena lah time aku yang pening layan final exam student. lupa jap dengan jawapan student aku yang mengarut2.

Saturday, October 2, 2010

yeay!!! satu subject dah settle. siap key in dalam sistem lagi. syabas!!! tinggal satu subject. yang nie ada teori dan praktikal. 84 x 2 =168 set!!! aku cuba habiskan weekend nie. at least semak soalan structure and essay pun cukuplah... okay!!! sambung menyemak!!!

Friday, October 1, 2010

semester nie banyak isu yang aku lepas pandang. mana nak mengajar lagi, nak uruskan student parktikal pulak. 85 orang, hokey!!! tue belum campur lagi, mentee aku. dalam life aku yang rushing, dengan jujurnya ada task yang aku tak sempat double check. kebiasannya, sebelum final exam, aku pastikan mentee aku dah settlekan semua fee. tapi kali nie, aku langsung tak check dengan acc department. so, ada sorang yang tak bayar jadi terlepas semua final exam. satu lagi, selepas key in markah dalam sistem, memang aku akan simpan satu hardcopy for backup. manalah tau kan, sistem tue tetiba jadi bengong. tapi kali nie, aku memang tak buat, so ada markah yang missing. nak kata sistem bengong, aku takde hardcopy for evidence. sigh!!!! semester nie gak, first time subject aku ada final exam amali, tue belum lagi student yang dah habis praktikal, mesti lab test gak. paling mengharukan, semester nie jugak, banyak cuti. cuti gawai dan cuti hari raya. sekarang nie, sepatutnya aku dah siap menyemak paper exam sebab semua paper aku minggu lepas tapi satu subject pun belum habis. apa nak jadi nie?!!! oit, dah lah blogging tue!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...