thank you!!!

Tuesday, February 23, 2010

yiha!!! minggu nie last lecture. next week dah final exam. seriously, semester nie aku memang exhausted. dengan teaching load 24 jam. dengan kerenah student yang sama setiap semester. pelik betul. tapi, no more buat report. cuma semak exam paper dan hopefully dapat update file untuk next semester. semester break seminggu jer.hopefully dapat jalankan misi aku yang tergendala before nie. misinya masih lagi rahsia. otak aku blur lah. nanti bloggy lagi. chow!!!
tengah2 layan facebook, tetiba jer ada sorang makhluk tuhan nie 'sergah' aku kat chatbox. aik? aku perati jer monitor pc mak aku nie. aku tak tau nak reply apa. aku blur. nasib baik lah makhluk tuhan nie cepat sedar dan terus minta maaf. buat lawak lah pulak tengah2 malam nie. sempatlah chat sekejap. ala kadar jer. actually nak chat kat anak sedara dier tapi TERsergah aku. anyway, tak rasa apa2 pun tau. suratan atau kebetulan? jawapannya KEBETULAN.

Friday, February 19, 2010

kalau g hospital swasta, semalam jer boleh cecah ribu- ribu, paling koman pun beratus. kalau masuk ipts, fee memang mahal compare dengan ipta. belum lagi campur, tolak, darab dan bahagi. dah namanya swasta lah kan. memang lah kena bayar itu dan ini. u pay for it... masalah timbul bila ada sesetengah yang kurang cerdik tapi berlagak cerdik. mana ada benda free kat dunia ni oiiii... masuk toilet pun kena bayar kan... bila dengar jer SWASTA, setkan otak tue, semuanya kena bayar. mana ada peruntukan. kalau tak nak bayar, ada banyak tempat awam kat malaysia nie. apa masalahnya? nak macam2, tapi nak free. kalau tak nak masuk bayar mahal, jangan libatkan diri dengan apa2 yang berkaitan dengan swasta. kekadang geram dengan sesetengah mentaliti manusia nie yang agak pelik. senang jer sebenarnya, kalau tau tak mampu, silalah berurusan dengan pihak awam okay. berlambak kat malaysia. ini tak, dah tau tak mampu, nak jugak masuk swasta. pastue komplen sana sini. lain kali, ukur baju di badan sendiri. keputusan sebenarnya di tangan anda. nak atau tak. easy as ABC!

Wednesday, February 17, 2010

siapa ek tuan punya miserable-stroll. blogspot? contact kat email okay, thanks....

Sunday, February 14, 2010

GONG XI FA CHAI
HAPPY VALENTINE'S DAY

yea!!! CNY!!! cuti 2 hari. tahun nie CNY sekali dengan valentine's day. mana2 ada jual bunga. my cousin came back from shah alam on CNY. lepas jemput kat airport, kami semua g spring. ingatkan lengang, tapi ramai gak eventhough mostly kedai tutup. kami hang out kat secret recipe. yeah!! kali nie aku try chicken cornish lak. sedap tapi aku tak larat nak habiskan. huhuhu... lepas tue pusing2 kat spring tue. so kepada yang sambut CNY, hopefully tahun nie bawak lebih ong. so far yang aku tahu, tahun rimau nie tak boleh kahwin, kalau kahwin gak pasangan mati awal. kalau anak yang lahr tahun rimau lak, jadi anak yang agresif. kalau aku silap, tolong betulkan yer. yang celebrate valentine lak, semoga kasih sayang semakin bertambah. tak semestinya untuk pasangan kekasih jer. kasih sayang kan subjektif. kasih kepada keluarga, kawan dan yang paling utama adalah kasih kepada Allah. setiap hari adalah hari kasih sayang kay. dalam islam, diharamkan menyambut hari valentine, tetapi ada jer yang celebrate. terpulang lah kepada masing2. :))

Thursday, February 11, 2010

semua orang pernah mengalami zaman persekolahan. antara fasa pembelajaran, yang paling menyeronokkan bagi aku semasa matrikulasi dan degree. lebih ringkasnya, era IPT. time sekolah menengah, erm...biasa jer lah. maybe sebab aku di boarding school. pagi sekolah, petang ada prep, balik, then sambung prep malam. semuanya sama sampailah aku form 5. lepas tue dapat offer matrikulasi, aku berpeluang berjumpa ramai kawan dari serata negeri di malaysia. berpeluang belajar cara percakapan dan pemakanan mereka terutamanya pantai timur. aku pernah menghabiskan cuti semester di kelantan. aku berpeluang merasai makanan tradisi seperti nasi kerabu, budu, laksam, kuih taik itik dsb. roomate aku dari pebagai negeri. ada dari kelantan, johor, perak, terengganu, anak jati kl dan selangor. bila ambik degree, aku tak lagi stay di hostel, menyewa apartmen lak. time nie aku rasa lebih berdikari. dalam2 sibuk study, kami serumah boleh meluangkan masa menonton wayang, bersiar2, piknik atau cuma lepak di rumah sambil menonton tv. tapi, semua assignments, lab reports dsb semuanya ikut dateline tau. tak pernah tak hantar atau lambat hantar. bila habis belajar, semuanya mengejar impian masing-masing. member aku kat matrik dulu, kebanyakkannya dah berkerja. ada yang jadi cikgu, peguam, wartawan, penyelidik, pegawai kerajaan dsb. selalu gak tengok member aku kat tv kalau ada buat liputan. ada yang tak lagi stay kat malaysia nie. samada belajar atau bekerja di luar negara. ada gak yang ikut suami. :)) ihar, awak kat qatar kan... housemates time degree lak, mostly ambik master and aku yakin semuanya dah bekerja. yang lain2 tue ada yang masih sambung belajar nak jadi doktor. bukan doktor phd tue, nie doktor yang cucuk2 orang2. :)) ada di poland and india. ada gak yang sama satu ofis sekarang nie. aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku kawan- kawan yang mendorong ke arah kebaikan. syukur alhamdulillah. jauh dari kawalan ibu bapa bukannya tiket untuk mencari kebebasan. itulah peluang keemasan untuk membentuk diri menjadi lebih baik. aku tak nafikan ada di antara kawan2 yang tersasar jauh. nasib baiklah bukan nyer teman serumah atau teman baik. takat sama batch atau sama kelas. terpulang dengan diri sendiri sebenarnya. :))

jana, suhaila, onie, kak long, amy, yanie, nurulhuda, ina, syikin, ateng, fatimah, jumi, redzuan, yen, rin dan semua intake kpm matrik 1999-2001( aliran sains hayat dan fizik). 1-5- 18 lak, zakia, nurul jannah, azidahani, liza, iwana izni, dayah, ayu, tim dan yang paling kecik sekali yana termasuk lah bodyguard kecik reza. kak ina, hesyam, nora, adzha, fird, joss, nicky, amy, juraimi , feby, syaheda dan semua batch bbm intake may 2004. yang tak disebut tue jangan kecik ati ya, tak cukup pulak blog aku nie. terima kasih kerana telah menyerikan sebahagian kehidupan aku dulu. sanggup bersama time susah dan senang. bersama2 roll call awal2 pagi, bersama2 beli burger atau nasi lemak kat luar pagar. bersama-sama meredah banjir, bersama-sama sesak nafas bila time kelas dr pallavi. :)) semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Wednesday, February 10, 2010

bila mengajar, aku kurang gemar student duduk di tepi. ada student aku larang duduk tepi sebab normal view manusia lurus. niat aku, bila mengajar, aku nak ada eye contact dengan semua pelajar. karang mengata aku bias lak. dier boleh pulak bagitau aku, dier boleh nampak dari sisi. pelik gak, setahu aku yang cetek pengetahuan nie, spesies burung jer yang ada view dari sisi. aku tanya balik, macam mana boleh nampak dari sisi. manalah tau kan, boleh aku praktikkan. biler dier bagitau dapat tengok dengan spek. kesian lah pulak, mesti dier tak nampak kot aku nie tak pakai spek. bila tak pakai spek, tak ada view dari sisi. jadi, ko kenalah duduk di tengah. kalau ko duduk tepi, memang lah kurang perhatian. g check degree mata tue, dah naik kot. semakin hari, student aku makin kelakar... macam maner nak jadi MLT nie...

dulu aku pernah mention pasal sukin organics. FYI, aku dah beli sukin shampoo and conditioner. pasal cleanser tue, tak dapat nak komen dulu sebab aku guna sesekali jer. aku dah guna selama seminggu. before tue aku guna shampoo jer. sebabnya conditioner yang lama masih berbaki lagi. masa mandi, memang lembut lah. tapi sebab tak ada conditioner, bila kering, agak keras skit lah. bila conditioner dah abis, barulah aku beli sukin conditioner. hasilnya memang memuaskan hati. lembut sentiasa. ini pengalaman, bukannyer propa yer. harganya memang mahal tapi berbaloi. biar kalah membeli tapi menang memakai. plus takde SLS and paraben. wangi pulak tue. natural okay...setakat nie, rasanya ini shampoo terbaik yang pernah aku guna. :)) tunggu cleanser lama abis, baru aku komen lak sukin cleanser ya.

Tuesday, February 9, 2010

semalam, hot fm ada bagitau mengenai masalah kekurangan air. antara area yang terlibat ialah ampang dan klcc. bekalan air akan kembali normal pada tengah malam. whoa!!! kalau elektrik takde, rasanya aku boleh tolerate, tapi kalau air takde, sukar lah. time study dulu, memang masalah nie kerap berlaku, dulu, menyewa di apartmen, tingkat 5 pulak tue. kalau nak tadah air, angkut baldi, letak dalam troli, masuk dalam lif....sebab dah kerap sangat, so, kami serumah deciced beli tong air. :)) pernah bangun pagi2 buta sebab nak mandi kat toilet di swimming pool. yer lah, mana ader orang pergi swimming pool pagi2 buta, pergi beramai secara jemaah... :)) pernah jugak pergi mandi kat rumah ayu, thanks ayu... on the way ke rumah ayu tue, sempat pulak berangan2 kalaulah ada di antara parents kami nie pengurus hotel ker, tuan punya hotel ker, nak minta tolong pinjam satu bilik untuk kami semua, yang kecik pun takpe, asalkan dapat mandi... hahahaha...memang air itu penting untuk kehidupan. itu semua nya pengalaman time study dulu. pengalaman itu lah yang menjadikan kami semua menjadi manusia sekarang nie, banyak jugak pengalaman yang lain2 tapi esok2 lah share. tak pulak kami semua jadikan itu alasan nak ponteng kuliah, tak pulak kami tunggu sampai air ada, kami semua berusaha cari alternatif lain. :)) kalau lah student aku macam tue, best nyer...

Friday, February 5, 2010

hohoho!!! rasa nak shopping tudung, tapi tak de lak tudung yang lawa...nak shopping kasut, pun tak de yang lawa, belek2 baju, blouse, lawa lah pulak tapi tak rasa nak beli...aiseh!!! blouse baru ada lagi 3 helai yang belum dipakai. ingatkan nak beli tudung bercorak sebab blouse plain, x pelah, maybe sebab masa shopping tadi tergesa2. tue yang tak sempat nak analisis semua tudung yang ada. :)) surfing old blossom pulak, tak update lagi, :(( geram pulak tengok bag kat store tue. lawa2 lah pulak. kalau ada peluang pergi kl nanti, rasanya nak spend sehari lah g shah alam esp the old blossom store. tak sabar lah!!!

Thursday, February 4, 2010

pada suatu petang, hanphone aku menjerit2 minta diangkat...
aku : hello
pemanggil : hello, boleh bercakap dengan **** ****
aku : ini siapa ? ( terkejut sebab aku kenal dengan nama yang dimaksudkan )
pemanggil : saya cikgu dier dari kolej
aku : sy pun cikgu dier jugak. ( blur)
pemanggil : sy cikgu dier dari kolej.
aku : ini siapa ? ( suara aku time nie dah berubah nada )
pemanggil : saya *******
aku : *******, ko buat aper nie ? naper ko call aku ?
pemanggil : erk, ini awak ker?
aku : yalah, aku, ko ingat siapa lak ? ( gelak2 rasa macam nak guling2)
pemanggil : ok, ok, sori... ( aku terdengar ada gelak2 di hujung talian )

kepada sesiapa yang masih tak faham story di atas, aku explain kan yer ... pemanggil tue actually nyer kawan satu ofis. nak call student dier, tapi boleh pulak call nombor aku. aku bengang sebab ingatkan student aku nak mainkan aku. kawan aku pulak ingatkan student dier mainkan dier.

Monday, February 1, 2010

colours of the world. tema untuk annual dinner tahun nie. setiap department mewakili negara yang dipilih. department aku pilih egypt. yea!!! boleh lah pakai jubah yang mak aku beli kat dubai ari tue. first time, aku prepared betul2 untuk dinner. kalau tak, main tangkap muat jer. dinner yang paling ideal ialah makan makanan mak aku masak sambil menonton tv... :))) aku guna khidmat petra enterprise untuk mekap plus aksesori. best sangat, sebab akak tue sanggup betulkan tudung aku malam tue. :)) lepas mekap, aku rasa kelakar bila tengok muka aku selepas make over. aku kah ini? oh!! sungguh tak ku percaya. ye lar lah, aku nie bukannya yang pakai makeup sangat pun. time g keja, kenduri and raya jer. itupun mekap biasa jer, lepas mekap, ada photo session lah pulak, kat studio lagi... whoa!!! aku bukan nyer reti nak pose2 ala2 model gitu...tapi lantak jer lah... :))

great job!!! thanks !!!

sampai hotel around 7, tempat biasa lah kan, menu pun chinese food gak macam last year. last yer, ada fish lip soup, tahun nie lak fish maw, member aku bgtau, maw tue perut ikan. yer lah kot. bila masuk jer kat hall tue, rasa macam segan lah pulak, kelakar pun ada tapi aku buat biasa jer. masuk jer aku terus snap backdrop, cantik...


ada macam2 persembahan, department aku buat tarian belly dance versi sopan. aku? mestilah tak terlibat... :)) department lain pun best gak. ada tarian bollywood, sepanyol, melayu n nyanyian. macam biasalah, time dinner tue, mesti lah ada snap pic skit...tada!!!! nie sebahagian jer, yang lain kat my facebook.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...