thank you!!!
Sunday, March 28, 2010
advantages
1. cheaper than samsung z720. total rm580 upgraded to 2GB
2. 5 megapixel, samsung z720 only 3.2 megapixel
3. ada radio
disadvantages
1. keypad keras
2. no usb port cover
yang tue jerlah yang dapat aku detect setakat nie. welcome sony ericsson c902!!!
Saturday, March 27, 2010
Thursday, March 25, 2010
Thursday, March 11, 2010
Wednesday, March 10, 2010
B : bgs lah. im not business minded. :)) impian sy yg plg besar, sy nak invent sumthing yang boleh cure any severe diseases.
A : haha... i dont think it will make profit. i have 6 yrs experience in private sector. better u join me to invest in assets.
B : sy bukan fikir nak profit. cuma nak sumbang sesuatu unntk community. better health. apa salahnya. nyawa bukan blh dibyr dgn wang.kalau bnyk duit pun, tp bnyk penyakit, tak guna gak.
A : buang masa jer. kalau takde untung, macam maner nak jual. kalau tak dapat dijual, kenapa nak buat kalau takde market. haha
B : gelak lah lagi. hopefully, sy tak jumpa awak terlatar atas katil. tgh nazak sbb x cure. time tu
mungkin sy pulak yg gelakkan awak. masa tue, ada duit million pun tak berguna.
A : berguna, untuk buat amal jariah...bekalan untuk anak belajar ilmu. semua ada hasil pahala.
alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang berusaha untuk memajukan diri. tapi perlukan kita merendahkan orang lain? adakah kerana mengejar wang ringgit, kita terlupa asal usul kita? setiap orang ada impian masing2. tak kiralah bidang apa, asalkan boleh membawa kebaikan. setiap kita depends each other. guru perlukan murid, pesakit perlukan doktor, businessman perlukan pelanggan. hari2 makan nasi, ayam, udang, ikan, sotong dsb. dapatkah kita makan nasi kalau tak ada petani, dapatkah makan ayam kalau tak ada penternak ayam, dapatkan makan udang, sotong, ikan kalau tak ada nelayan. setiap orang ada peranan masing2. businesmman untuk jana ekonomi, cikgu untuk didik jadi insan yang berguna, doktor untuk rawat pesakit. kalau lah kat dunia nie semua orang nak jadi businessman, kalau sakit, nak jumpa siapa? kalau lapar, nak cari makanan kat maner? taburlah wang tue kat laut, mana tau dapat ikan salmon ker, udang galah ker, sotong kurita ker. kalau nak makan nasi, tanam lah wang tue, kot2 boleh tumbuh padi...belum listed lagi dah macam tue, apa jadi agaknya kalau ada ada syer nanti.
Monday, March 8, 2010
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati
Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi
Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia
Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia
Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong yang mengesahkan penahanan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut latar belakang wanita berkenaan.
Utusan Malaysia difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah kedai minuman di kawasan Stutong pada pukul 1 petang ini.
Dalam kejadian itu, dua kanak-kanak berusia 13 tahun terkejut apabila menemui mayat berkenaan di dalam longkang.
Mayat berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui ekoran terdapat kesan darah baru pada pusat bayi malang itu.
Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
credited to utusan malaysiaSunday, March 7, 2010
Friday, March 5, 2010
Thursday, March 4, 2010
salam... epy bday kak izah...Miss u so much
selang seminit ada lagi sms masuk...dari iwana!!!
Kak izah, happy birthday :) take care...
whoa!!! Allah macam tau jer aku memang rindu kat 1-5-18... terima kasih ya Allah
sambung chit chat ngan zakia n iwana... best sangat tapi part yang paling best, sms si zakia nie
Sori lmbt n selalu jek lupe. Tp sumpah! Pasni kompom sy igt. U know y???? Br realize same day wif my hubby. Ha3. Sori xde hadiah. Hadiah pospon raya nnt ekkk. Weee...
Xpe. Sy fhm. Dulu lain skrg lain. Huh! Nasib baik kawen ngan en amir. Hahahaha! Kalau x, x ingat lah 2.
Hehehehe.... Tau ke sy nk bg awk hadiah ape nanti???
X bg lagi, mana tau. Ha! Awak pregnant ya! Due raya ek
Weeeeee....Insyallah....Doakan sy tau!!!
Tuesday, March 2, 2010
p/s
tuan punya miserable-stroll, leh berkenalan tak? :)
Monday, March 1, 2010
Pengakuan ibu Syafiah
pengarang@utusan.com.my
|
|
HULU SELANGOR 28 Feb. – Mungkin ramai yang tidak pernah merasai pengalaman kehilangan anak tersayang. Dan jika boleh, sesiapapun tidak sanggup untuk melalui pengalaman itu.
Tetapi, jika ditakdirkan berlaku, adakah kita sebagai ibu bapa bersedia dan reda menerima hakikat kehilangan anak tersebut.
Sudah pasti, hanya tangisan yang mampu mengiringi pemergian kanak-kanak itu, seperti yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3, mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia pada Khamis lalu.
Ibu kandungnya, Siti Norhanim Aziz, sudah tidak mampu lagi mengeluarkan air mata mengenangkan kehilangan anak perempuan kesayangannya.
Sebak, pilu dan berlinangan air mata – itulah yang dilalui oleh Siti Norhanim selepas insiden itu dan setiap kali nama Syafiah Humairah disebut.
Teman lelakinya ditahan untuk membantu siasatan, namun wanita itu masih belum ‘dilepaskan’ oleh suaminya yang kini ditahan dalam penjara, menambah lagi derita yang ditanggung.
Siti Norhanim mendakwa, dia pernah memohon untuk bercerai dengan suaminya yang kini ditahan dalam penjara namun tidak dilepaskan.
Akibatnya, wanita berusia 25 tahun itu mengaku dia telah melakukan kesilapan kerana begitu percaya kepada teman lelakinya yang kini menjadi suspek utama kematian anak keduanya itu.
“Suami saya tidak mahu lepaskan saya...Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu, saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya,” ujarnya sebak.
Siti Norhanim ditemui pemberita selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di rumah ibu bapanya di Sungai Plong di sini hari ini.
Khamis lalu, Allahyarham Syafiah Humairah meninggal dunia selepas didera teman lelaki Siti Norhanim di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama di Batang Kali.
Berikutan kejadian itu, teman lelaki Siti Norhanim yang bekerja sebagai pemandu teksi dan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Siti Norhanim yang masih sebak dengan kejadian menimpa anaknya itu mendakwa, dia tidak menyangka teman lelakinya yang dilihat begitu penyayang dan baik terhadap Syafiah Humairah sanggup bertindak sedemikian.
“Sepanjang saya kenal dia (teman lelakinya), dia seorang yang agak kelakar. Depan saya, dia begitu menyayangi anak saya, sebab itu saya tak pernah curiga dengan dia.
“Dia melayan Syafiah seperti anaknya sendiri, memanjakan dia, belikan dia baju. Anak saya pula memang tak pernah mengadu kena pukul,” katanya.
Masih trauma dengan kejadian itu, Siti Norhanim yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual turut menafikan laporan bahawa dia sedang mengandung empat bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya itu.
CREDITED TO UTUSAN MALAYSIA
lagi kes kena dera... on the way ke ofis pagi tadi pun, hot fm ada sentuh isu nie. aku bersetuju dengan pendapat pendengar pagi tadi. ibunya yang bersalah. ke mana ibunya semasa kejadian? mana tanggungjawab seorang ibu? kenapa baru sekarang sedar kesilapan sendiri? kalau pegangan agama yang kuat, sekuat mana cabaran pun, insyallah, akan berjaya diatasi kerana Allah sentiasa bersama. kalau pegangan agama macam lalang, semua masalah akan dijadikan satu alasan. pokok pangkalnya, hati kita. setiap agama semuanya menjurus ke arah kebaikan. tak kiralah samada islam, hindu ataupun kristian. jika benar siti norhanim pernah melakukan kesilapan besar, semoga kejadian ini akan memberi hidayah kepadanya. Alfatihah kepada Allahyarham Syafiah Humairah Sahari.