thank you!!!

Saturday, October 31, 2009

received sms bagitau cancelled jumpa petang nie. takpe lah, nak buat macam mana kan. kebetulan lak minggu nie lecture tak der lagi, tue aku free. its ok. :)) maybe next time...insyallah

Friday, October 30, 2009

pagi tadi breakfast kat sini


menu nyer



tengahari lak g spring, g section nie

dan beli yang ini
dah lama tau teringin nak beli... so dengan bonus ari tue aku sambarlah sepasang. tak salah kan manjakan diri. penat2 kerja takkan tak bagi sumthing untuk diri sendiri. hari tue gi singapore ada gak teringin nak beli, memang lawa lah tapi bila convert RM sama jer so tak jadi nak beli. bila sampai kat malaysia, merata aku cari tapi takde lagi design yang aku nak. huhuhu...dah dekat setahun pun tak sampai lagi ker?

Thursday, October 29, 2009

breakfast
1. teh tarik
2. one set roti kahwin
3. sekeping roti canai kosong

lunch
1. ice blended white coffee original
2. half boiled egg on toast

tak lalu lah nak jamah makanan berat. 2 3 hari nie pun rasa malas nak buat kerja. entahlah...
semalam, my big boss suruh aku pindah workstation. erm, biasalah kat sini. kalau ada turun pangkat ker naik pangkat ker, mesti pindah workstation. dulu workstation aku luas lah jugak. kalau tutor ada 1 meja jer, kalau PM ada 2 meja. aku kan pantang tengok meja banyak2, so sudah menjadi kewajipan aku memenuhkan meja-meja yang telah disediakan dengan segala jenis barang. kalau tak takkan bagi 2 meja kan...:) kalau time mqa dulu, meja aku memang macam kena tsunami. :)) tapi bukan meja aku jer tau...:)) bila aku dah inform dengan HOA, aku nak step down, aku nekad nak kemaskan workstation aku tue. aku mintak plastik sampah kat auntie cleaner pas tue sedikit demi sedikit aku lupuskan semua sampah sarap yang ada. nasib baik dah mqa, kalau tak susah gak. so bila aku diarahkan berpindah, aku cuma ambik masa setengah jam jer. cuma masalahnya sekarang, dulu aku ada 4 laci, sekarang cuma ada 3 laci, so aku tengah cari idea nak sumbat extra stuffs tue. akhirnya berjaya jugak... aku kena adapt lah dengan saiz workstation yang limited nie. takpe, yang penting beban kerja dah kurang skit. tue yang lagi penting sebenarnya. actually plan A big boss aku tue bukat takat nak pindah workstation jer tapi pindah bilik sekali. honestly, aku selesa dengan environment bilik aku sekarang so aku bagitau my big boss aku nak meja aku sekarang nie. kebetulan lak meja tue kosong sebab tuan punya nyer dah resigned. alhamdullillah, my big boss aku setuju. hehehehe... thank you.

Wednesday, October 28, 2009

nampak tak gambar kat atas tue... disebabkan benda tue lah aku tak mood nak bloggy panjang2. actually 2 hari lepas, handphone aku tue ada prob kat camera function. aku ingatkan bengong sekejap jer. last2 sampai ke hari nie. tue yang buat aku tekan minyak g samsung service. nasib baik dekat jer. technician tue cakap maybe ada masalah camera atau cabel. kalau kamera, budget nyer rm400+. kalau cable lak rm80+ . kalau ikutkan benda nie dah bermalam kat pusat servis tue tapi aku ada sebijik je phone, so technician tue order dulu baru inform kat aku. erm...baguslah lah, at least dapat aku sediakan budget and yang paling penting, aku ada jumpa kawan sabtu nie, susahlah lah pulak takde handphone.

ingatkan time lunch nak makan korea food so g satu restoran nie kan. bila duduk jer baru perasaaan, bukan korean food pun tapi ala-ala hong kong style. so, aku and the gang terus blah before order...hahahahaha...ingatkan nak snap lah pic korean food tue kat blog nie, hehehehe, macam tau jer handphone aku tengah kritikal. alang2 terus masuk sushi king.... :)) before balik sempat beli majalah e ring sebab rasanya aku kena ada 2nd handphone lah. hati aku masih lagi terpaut kat samsung walaupun cousin aku kata bukan samsung tapi samseng.

Tuesday, October 27, 2009

ada orang masih marah sebab aku step down as programme manager. lantak ko lah...for your information, nama ko tak pernah terlintas kat kepala otak sebagai pengganti aku. yang pilih bukan aku lah, mestilah big boss. aku bukan ada hak nak pilih sapa sapa pun. tapi kalau ada hak pun, aku tak pilih orang macam ko. tak guna ko marah pun. kesian lah aku tengok ko. tulah, dulu main2, sekarang dah ada responsibility, mestilah rasa tak best sebab tak boleh nak main-main lagi. tadi aku ada cakap aku nak jugak merasa layan facebook and escape meeting kan... itu aku cakap jer. aku takkan buat ko macam tue even ko dah buat kat aku dan PM yang lain. kan tanggungjawab semua tutor untuk join semua academic meeting kan...jangan risau yer...ko buat jer keja ko elok2 dan tunjukkan kat semua orang ko bertanggungjawab.

anyway sesiapa tau pasal yahoo mobile? aku sejak masuk keja dah kurang sikit bab IT nie. dulu ada banyak masa surfing. yelah, tengah cari info pun sempat melalut kt tempat lain. member pun jenis yang giler IT. tapi tue zaman aku masih pakai kad student. dari tadi aku try, macam hampeh jer. aha!!! mesti kena blocked. semalam aku nak baca paper online pun dah blocked. aiseh!!! lepas nie apa pulak yer...jadi aku tak sure lah sms aku sampai ke tak...kalau tak sampai, minta maaf yer...bab nie sy rabun skit.
semalam aku dah pergi kerja selepas ambil EL sebab pakcik aku meninggal. dalam 3 hari aku takda di ofis, dah ada cerita yang menarik. tampuk pemerintahan department aku dah menerima ahli baru. kan aku step down ari tue. cuma yang mengejutkan, ahli nie memang mengejutkan semua orang. masin mulut aku, hahaha...yang paling melucukan siap ada babak air mata lagi, aiseh!!! bengang ngan aku pulak sebab aku step down, kalau aku masih lagi pegang post tue, mungkin dier tak dipilih. siap boleh mention, tak dapatlah aku layan facebook lagi... :)) yang peliknya kat staff lain boleh pulak kata itu ini, tak nak itu ini, tapi depan big boss, boleh pulak kata tolerate, tak pulak membangkang... yang paling aku rasa nak gelak guling2, dier nak aku tolong dier buat kerja. hello, dulu pernah ker aku mintak tolong kau, takde kan? dulu ko buat aper? kutuk aku lah kan...kritik macam2, so now your turn...aku memang tak ada hati nak tolong ko...cubalah dulu ko tak kutuk management, mestilah aku berbesar hati nak bagi tunjuk ajar, tapi ko dulu, orang lain meeting, ko layan facebook, buat kerja sesuka hati, bukan aku tak suka dikritik, tapi yang mengkritik tue mestilah memang layak kritik, kalau takat buat kerja tangkap muat jer, apa kes? bila turn ko, aku tak akan kritik macam ko kritik aku dulu. aku cuma duduk diam and observe jer...hopefully ko akan berubah jadi seorang yang bertanggungjawab kay, good luck!!!

Monday, October 26, 2009

around 11.30 am, makcik aku call bagitau her elder brother ( my uncle ) meninggal dunia, aku terkejut sangat. terus aku inform my HOS and terus drive balik rumah. on the way drive home, aku cuba nak pastikan kenapa tetiba jer meninggal. based on history, my uncle ada heart disease, dah buat bypass surgery around mac lepas. makcik aku pun tak bagitau sebab apa and aku pun tak sampai hati nak tanya banyak2 sebab makcik aku masih di hospital. lepas solat zohor, aku n cousin aku g umah uncle aku. bila aku masuk jer dalam rumah, kat ruang tamu dah ada katil. my uncle's only daughter, only 13 years old, terus menangis bila jumpa aku. aku cuma mampu bagitau, sabar, sabar, memang berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul. tapi itu jer yang mampu aku buat. aku peluk makcik aku ( my uncle's wife). masa tue aku rasa sebak sangat sebab my uncle's youngest kid only 7 years old!!! sementara menunggu jenazah sampai dari hospital, aku tolong kemas rumah, simpan apa2 yang patut. pukul 2.30 petang, barulah jenazah pakcik aku sampai, masa tue semua yang ada mengalirkan air mata. tambahan lagi melihat anak bongsu pakcik aku. blur jer... yang takda time tue cuma nenek aku dan anak pakcik aku yang ketiga. pukul 3, barulah cousin aku sampai. nenek aku lak sampai dalam pukul 4 petang. lepas isyak, barulah jenazah dimandikan terus dikapan dan dikebumikan keesokan harinya. bila aku renung jenazah pakcik aku, baru aku teringat 2 weeks before, aku bermimpi sebatang gigi geraham aku patah, masa tue tak pulak terfikir apa2.last time jumpa aku jumpa 3 days before dier meninggal, apa yang pelik, time tue, masa nak balik, pakcik aku melambai and tak bersalam seperti biasa. cara melambai pun lain. tapi, tak pulak terfikir apa2. yang paling menyentuh hati, semasa melambai tue aku duduk sebelah makcik aku yang bongsu. n terdengar perbualan terakhir antara makcik aku n pakcik aku nie. makcik aku nie tak sempat nak berziarah time raya dulu. bila sampai umah, pakcik aku lak keluar , so pakcik aku bagitau lah, bila mak sampai, kau datang umah aku tau, yer...memang betul, bila nenek aku sampai kat rumah, memang betul time tue jugak makcik aku nie datang umah dier. yelah, datang menziarahi arwah @ pakcik aku. paling sedih, bila keranda nak diusung keluar rumah, semua yang hadir menitiskan air mata, sepanjang hayatnya, pakcik aku memang ramai kawan dan sentiasa membantu terutamanya urusan berkaitan dengan pihak bank sebab pakcik aku dulu bekerja di bank. aku memang tak dapat nak control air mata bila tengok anak bongsu pakcik aku, apalah yang budak tau kan... tapi bila dah ajal, seminit pun tak dapat ditangguh. kita yang hidup nie teruslaha membuat amal kebajikan untuk bekalan akhirat kelak.

untuk makcik aku dan anak -anak ( 6 orang ) , bersabarlah dengan dugaan ini. kami yang lain sentiasa ada untuk membantu. jangan lupa banyakkan membaca surah yasin dan al fatihah untuk disedekahkan kepada arwah abah. doa anak yang soleh dan solehah lah yang menjadi bekalan abah ke akhirat.

AL FATIHAH
SYED HUSSIEN BIN TKU ABDULLAH
21 OKTOBER 2009 BERSAMAAN 2 ZULKAEDAH 1430








Wednesday, October 21, 2009

dah lama rasanya tak update blog nie. bila dah tak update banyak story nak share sampaikan ada dah lupa. insyallah, aku letak yang paling 'hebat'....

MQA
alhamdulillah, my department dah dapat accreditation both for cert and diploma. around jun 2009, mqa visit for diploma. 3 hari jer. mlm last tue, aku balik around 12 am. selesaikan all the documentations. yang stay malam tue cuma beberapa orang jer. yang lain? entahlah. no comment lah. dah berlalu pun. apa yang penting, aku dah jalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin untuk pastikan mqa kali nie berjaya. so, kalau ada apa-apa yang berbangkit kelak, aku tak risau sebab aku dah buat yang terbaik! :))

STEP DOWN
bila mqa dah settle, aku rasa tanggungajawab aku dah hampir selesai. setelah berfikir berulang kali and my mum pun setuju, aku nekad nak step down as a programme manager. aku dah penat and tak ada hati nak buat semua kerja as a programme manager. aku bagi peluang kat orang lain pulak untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. yelah, before nie selalu kata macam macam, so, now your turn pula. hopefully, department nie akan makin maju. semua kerja siap before 5. tak ada meeting lama sangat especially hari sabtu kan. bila meeting kelak, tak adalah yang buat muka, mesti ceria time meeting tau. bila nak meeting pulak, dah ada memo atau notis atas meja. tak adalah inform last minute yer.
**************************************
ingatkan bila dah step down, dapat lah aku focus mengajar jer, tapi ada lagi satu task besar di'amanah' kan kat aku. nape lah dalam ramai-ramai staff aku gak yang dipilih. tapi takpe lah, at least ada satu lagi experience aku boleh add dalam resume aku. :) thank you...my opinion, aku ulang yer, OPINION sahaja, apa-apa task better lah bagi peluang semua orang buat. tak kiralah dier layak ker tak, yang belum lagi layak bagi jer lah task yang simple dulu, at least dier ada responsibility. tak lah asyik layan facebook, ataupun borak-borak kosong dari satu meja ke meja yang lain. memang lah ada time boleh sembang - sembang, tapi kalu dari pagi sampai petang ber'hijrah' dari meja ke meja...apa kes? lu fikirlah sendiri....


p/s kalau ko baca blog aku nie, sorilah aku tak dapat jumpa ko time ko datang sini dulu. ada kerja urgent yang perlu aku settlekan... sorry bebanyak...insyallah lain kali yek...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...